WorksheetsKUIZ PENGGOLONGAN KATA - BAHASA MELAYU TINGKATAN 2.
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
" Saya berharap __________ sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera ," kata Imran kepada rakan baiknya, Emir.
dia
kalian
kami
mereka
Beberapa buah rumah telah ________ pokok semasa ribut melanda di kawasan itu malam tadi.
ditindih
dihempas
dihimpit
dihempap
Kakak __________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya.
merebus
mengukur
memasak
menjerang
Perjumpaan Persatuan Alumni SMK Dato' Bentara Dalam Segamat __________ sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
dimatikan
dibubarkan
dihentikan
ditangguhkan
Guru yang baru berpindah dari Sarawak itu __________ dengan senyuman.
subur
penuh
murah
mewah
" Sila lekatkan setem ____________ sebelah kanan sampul surat kamu, " kata posmen itu kepada Siti.
di
atas
ke
kepada
Budaya __________ perlu diamalkan untuk memartabatkan lagi adat lama dan mengeratkan silaturahim.
kata-mengata
datang-mendatang
masak-memasak
kunjung-mengunjung
Pengemis tua itu tidur _________ lengan kerana keletihan membersihkan kawasan surau lama itu.
beralaskan
berbantalkan
bertilamkan
bersandarkan
" ___________ tujuan anda datang ke rumah saya ini?" Ujar Pak Yaacob kepada ketua rombongan meminang itu.
Apakah
Mengapakah
Siapakah
Bagaimanakah
Ayah __________ ranting pokok bunga di halaman rumah.
menebas
menebang
mengerat
mencantas
Kapal terbang itu terpaksa membuat pusingan di udara kerana sukar untuk _________ akibat tiupan angin kuat.
berhenti
mendarat
berlabuh
menyinggah
Lokman terkial-kial mengait buah rambutan kerana pokok itu tinggi _________
melangit
melambung
meninggi
menggunung
Seramai 25 orang _________ asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana menceroboh perairan negara.
polis
pengawal
nelayan
pendatang
Yang di-Pertuan Agong mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat penempatan banjir. __________ turut memberikan bantuan yang diperlukan mengikut permintaan mangsa banjir.
Dia
Beliau
Anda
Baginda
Berita __________ bencana alam itu disiarkan di media sosial dari semasa ke semasa.
akan
tentang
antara
dengan
Sikap ibu yang ___________ memberikan dorongan dan sokongan menambahkan lagi semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh.
sering
malu
jarang
tidak
___________ kamu kenangkan peristiwa sedih itu lagi.
Usah
Tolong
Harap
Jemput
Sekumpulan penduduk berbangsa Cina di taman itu membakar beberapa __________ mercun sempena Tahun Baharu Cina.
das
baris
ikat
papan
Sifat ____________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah itu menyenangkan hati tetamu yang datang.
ramah-tamah
kelam-kabut
remeh-temeh
keluh-kesah
Sofian mudik ke ________ sungai untuk menjala ikan.
sisi
tengah
hulu
penjuru
