WorksheetsPerniagaan Tingkatan 4 : Bab 1 (Subtajuk 1.0 - 1.3)
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Antara berikut, yang manakah merupakan komponen dalam konsep asas perniagaan?
I Pemasaran
II Syer pasaran
III Pertukaran nilai
IV Penjual dan pembeli
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah yang benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
I Mengembangkan perniagaan
II Merancang strategi perniagaan
III Melancarkan proses pengeluaran
IV Mengukur tahap prestasi perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah berikut menunjukkan sebuah organisasi bukan bermotifkan untung yang menawarkan barang dan perkhidmatan.
Ini menunjukkan Yayasan Amal Malaysia menawarkan barang dan perkhidmatan....
secara percuma
pada harga kos
pada harga di bawah kos
secara sumbangan masyarakat
Gambar berikut menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.
Mengapakah Nur Faizah memilih untuk membuka perniagaan tersebut?
Perniagaan tidak berterusan
Diuruskan secara berseorangan
Saiz kecil dan mudah diuruskan
Pemilik menanggung liabiliti terhad
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri perniagaan Poliklinik Dr. Farah dan Rakan-Rakan?
Mempunyai bilangan ahli 2 hingga 50 orang
Sukar untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
Menanggung beban cukai yang tinggi
Sukar berkongsi kepakaran
Mengapakah sesetengah perniagaan memilih penubuhan perkongsian biasa berbanding perkongsian berhad?
Modal dapat dikongsi kepada rakan kongsi aktif sahaja
Semua pekongsi mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan
Perniagaan boleh diteruskan jika rakan kongsi meninggal dunia
Bilangan rakan kongsi lebih ramai iaitu 50 orang
Gambar berikut menunjukkan sebuah bentuk pemilikan perniagaan.
Antara berikut, yang manakah benar tentang bentuk pemilikan perniagaan di atas?
I Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah
II Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad
III Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara 2 hingga 50 orang
IV Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli lembaga pengarah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
* Penubuhan yang rumit
* Beban cukai yang tinggi
* Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam
Syarikat yang manakah terdapat kekurangan di atas?
Sime Darby Berhad
Kedai Kek Ain
Salun Dalila Sdn Bhd
Koperasi Pelaburan Johor Berhad
Jumlah anggota dalam koperasi memerlukan sekurang-kurangnya (a) orang dan setiap anggota perlu membeli modal syer.
Puan Fauziah ingin mengusahakan sebuah perniagaan. Beliau membeli hak kebenaran daripada francaisor untuk menjalankan perniagaan.
Apakah kelebihan Puan Fauziah boleh menikmati dengan membuka bentuk perniagaan tersebut?
Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
Kerugian perniagaan akan ditanggung oleh francaisor
Dapat mengembangkan perniagaan secara global
Apakah tujuan pembentukan usaha sama?
I Menjaga kebajikan masyarakat
II Melahirkan usahawan yang inovatif
III Menambahkan keuntungan syarikat bersama
IV Perkongsian kepakaran dan teknologi bersama
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
