Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tg3 Bab 1

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Sistem Saraf Pusat terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

2.

Sistem Saraf Periferi terdiri daripada?

a)

Saraf Kranium dan Saraf Spina

b)

Saraf Tunjang dan Otak

c)

Saraf Spina dan Otak

d)

Saraf Kranium dan Saraf Tunjang

3.

Fungsi Sistem Saraf Manusia?

a)

Menyembuhkan Luka

b)

Menghasilkan Anak

c)

Mengkoordinasi Badan Manusia

d)

Mengawal Jenis Darah

4.

Contoh Tindakan Terkawal

a)

Bersin

b)

Denyutan Jantung

c)

Membaca Buku

d)

Menarik Tangan Daripada Objek Panas

5.

Contoh Tindakan Luar Kawal

a)

Bernafas

b)

Menyanyi

c)

Makan

d)

Berjalan

6.

Tindakan Luar Kawal Melibatkan?

a)

Saraf Periferi dan Saraf Spina

b)

Medula Oblongata dan Saraf Tunjang

c)

Saraf Kranium dan Otak

d)

Saraf Spina dan Saraf Tunjang

7.

Saraf tunjang mengawal _____________ seperti menarik tangan apabila tersentuh objek panas

a)

tindakan refleks

b)

tenaga badan

c)

pergerakan badan

d)

impuls

8.

Sistem saraf periferi menghantar____________dari organ deria atau reseptor melalui sistem saraf pusat kepada otot atau kelenjar

a)

tindakan reflek

b)

impuls

c)

tenaga

d)

salur darah

9.

Antara yang berikut yang manakah merupakan organ deria.

a)

otak

b)

kulit

c)

perut

d)

peparu

10.

Organ-organ deria manusia berikut dipadankan dengan deria masing-masing. Pasangan yang manakah betul.

a)

hidung - penglihatan

b)

lidah - sentuhan

c)

telinga - pendengaran

d)

kulit - rasa

11.

Apakah rangsangan yang diterima oleh hidung dan lidah.

a)

bahan kimia

b)

sentuhan

c)

sakit

d)

cahaya

12.

Louis Braille telah mencipta suatu kod untuk kemudahan orang buta membaca. Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk 'membaca' susunan huruf-huruf. Rajah menunjukkan seorang buta yang membaca menggunakan Sistem Braille.

Apakah deria yang diperlukan untuk aktiviti ini.

a)

deria pendengaran

b)

deria sentuhan

c)

deria rasa

d)

deria bau

13.

Antara bahagian badan manusia berikut, yang manakah paling peka terhadap rangsangan sentuhan.

a)

siku

b)

lutut

c)

bibir

d)

tapak kaki

14.

Antara yang berikut, yang manakah sebab yang betul mengapa seorang doktor biasanya memberi suntikan pada lengan seorang pesakit.

a)

dermis pada bahagian lengan tebal

b)

epidermis pada bahagian lengan tebal

c)

lapisan lemak pada bahagian lengan tebal

d)

lapisan kulit mati pada bahagian lengan tebal

15.

Rajah menunjukkan keratan rentas kulit manusia. P merupakan satu-satunya reseptor yang dijumpai dalam lapisan lemak (adipos). Antara reseptor-reseptor berikut, yang manakah reseptor P.

a)

reseptor sakit

b)

reseptor sejuk

c)

reseptor panas

d)

reseptor tekanan

16.

Rajah menunjukkan beberapa reseptor yang dijumpai dalam kulit manusia. Antara reseptor berikut, yang manakah dirangsang apabila seseorang terjatuh dari basikalnya.

a)

reseptor P

b)

reseptor Q

c)

reseptor R

d)

reseptor S

17.

Antara bahagian-bahagian hidung berikut, yang manakah membantu melarut bahan kimia , memanaskan dan melembapkan udara sebelum ia masuk ke dalam peparu.

a)

saraf

b)

lubang hidung

c)

lapisan mukus

d)

bahagian atas rongga hidung

18.

Seseorang yang mengidap selesema tidak boleh mengesan bau dengan baik kerana...

a)

tiada mukus dihasilkan di dalam hidung untuk mengesan bau

b)

mukus kurang dihasilkan di dalam hidung untuk mengesan bau

c)

mukus yang berlebihan dihasilkan di dalam hidung dan menghalang sel-sel deria

d)

mukus di dalam hidung tidak boleh merangsang sel deria

19.

Bahagian lidah yang paling kurang peka terhadap rasa ialah

a)

bahagian belakang lidah

b)

bahagian tepi lidah

c)

bahagian hujung lidah

d)

bahagian tengah lidah

20.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi koklea.

a)

menghantar impuls saraf ke otak

b)

mengesan getaran dan mengubahnya menjadi impuls saraf

c)

menguatkan getaran dan memindahkannya ke jendela bujur

d)

mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi

21.

Antara struktur telinga berikut, yang manakah TIDAK terlibat dalam mekanisme pendengaran.

a)

tiub Eustachio

b)

koklea

c)

osikel

d)

jendela bujur

22.

Rajah menunjukkan bahagian hadapan mata manusia. Antara berikut, yang manakah mewakili P, Q dan R.

a)

P-anak mata, Q-iris, R-sklera

b)

P-iris, Q-sklera, R-anak mata

c)

P-anak mata, Q-sklrea, R-iris

d)

P-iris, Q-anak mata, R-sklera

23.

Antara bahagian mata berikut, yang manakah dipadankan dengan fungsinya yang betul.

a)

bintik kuning- memfokus cahaya ke atas retina

b)

kornea-mengawal saiz anak mata

c)

koroid-menyerap cahaya dan menghalang pantulan cahaya

d)

retina-membawa impuls saraf ke otak

24.

Rajah menunjukkan beberapa kedudukan di mana imej mungkin akan terbentuk di dalam mata manusia.

Syukri yang mempunyai penglihatan normal memakai cermin kakaknya yang rabun jauh. Kedudukan yang manakah imej objek akan terbentuk.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Rajah menunjukkan yang garisan P kelihatan lebih pendek daripada garisan Q. Namun, kedua-dua garisan itu adalah sama panjang.

Antara berikut, yang manakah gambaran paling tepat bagi had penglihatan itu.

a)

bintik buta

b)

ilusi optik

c)

astigmatisme

d)

presbyopia

26.

Haiwan ini boleh melihat dengan sebelah mata sahaja, tidak dapat menganggar jarak dengan tepat dan mempunyai medan penglihatan yang luas.

Haiwan yang manakah mempunyai jenis penglihatan seperti yang dinyatakan itu.

a)
b)
c)
d)
27.

Rajah menunjukkan medan penglihatan manusia. Apakah kelemahan medan penglihatan ini.

a)

medan penglihatan adalah sempit

b)

tidak dapat menganggar jarak dengan tepat

c)

tidak dapat melihat objek dalam tiga dimensi

d)

medan penglihatan mata kiri dan mata kanan tidak bertindih

28.

Antara alat berikut, yang manakah dapat membantu mengatasi had pendengaran.

a)

mikroskop

b)

mikrofon

c)

teleskop

d)

alat pembesar suara

e)

stetoskop

29.

Bahagian tumbuhan yang manakah menunjukkan hidrotropisme positif.

a)

bunga

b)

pucuk

c)

akar

d)

daun

30.

Rajah menunjukkan pokok perangkap lalat Venus.

Seekor serangga terperangkap apabila tersentuh daun pokok perangkap lalat Venus. Antara gerak balas tumbuhan berikut, yang manakah paling sesuai menggambarkan jenis gerak balas ini.

a)

gerakan nastik

b)

geotropisme

c)

phototropisme

d)

hydrotropisme

31.

Rajah menunjukkan gerak balas pokok semalu terhadap rangsangan. Apakah rangsangan yang menyebabkan gerak balas pokok semalu itu.

a)

cahaya

b)

air

c)

sentuhan

d)

graviti

32.

Rajah menunjukkan gerak balas satu tumbuhan.

Dalam eksperimen ini, akar tumbuhan tumbuh ke arah kapas basah.Apakah inferens yang boleh dibuat daripada eksperimen ini.

a)

pucuk menunjukkan hidrotropisme positif

b)

pucuk menunjukkan hidrotropisme negatif

c)

akar menunjukkan hirdotropisme positif

d)

akar menunjukkan hidrotropisme negatif

33.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menggambarkan tropisme tumbuhan dengan betul.

a)

daun pokok betik bergerak ke dalam pada hari yang sejuk

b)

daun pokok periuk kera terbuka selepas disentuh

c)

sulur paut pokok timun melilit mengelilingi struktur pepejal

d)

gerakan hujung batang ke arah air

34.

Rajah menunjukkan tiga jenis tropisme bahagian P pada satu tumbuhan. Berdasarkan tropisme itu, bahagian P besar kemungkinannya ialah...

a)

pucuk

b)

akar

c)

bunga

d)

batang

35.

Pilih pernyataan yang benar tentang tropisme tumbuhan.

a)

pucuk menunjukkan hidrotropisme positif tetapi fototropisme negatif

b)

pucuk menunjukkan fototropisme positif tetapi hidrotropisme negatif

c)

akar menunjukkan fototropisme positif tetapi hidrotropisme negatif

d)

akar menunjukkan geotropisme positif tetapi hidrotropisme negatif