wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penjodoh Bilangan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ibu membelek beberapa ________________ sayur sawi yang segar sebelum membeli sayur sawi itu.

a)

cekak

b)

tangkai

c)

jambak

d)

rumpun

2.

Pak Husin membeli dua ________________ pisang dan lima biji epal di gerai buah-buahan itu.

a)

hiris

b)

ketul

c)

sikat

d)

batang

3.

Bangunan lima ________________ yang didiami oleh orang kaya itu terpaksa dikosongkan kerana ada retakan.

a)

baris

b)

deret

c)

bidang

d)

tingkat

4.

Puan Laila hanya memasukkan beberapa ________________ gula halus ke dalam adunan kek itu sebelum mengulinya supaya kek yang dihasilkannya tidak terlalu manis.

a)

cubit

b)

raga

c)

ketul

d)

batang

5.

Sekumpulan ahli arkeologi menemukan beberapa ________________ meriam di kawasan penyelidikan itu.

a)

laras

b)

butir

c)

bidang

d)

batang

6.

Suhaina berasa amat gembira apabila menerima se ________________ surat daripada kawan baiknya setelah berpindah ke tempat baharu.

a)

utas

b)

pucuk

c)

gulung

d)

longgok

7.

Pekerja-pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan beberapa ________________ sampah di kawasan pasar pagi itu.

a)

gugus

b)

gemal

c)

pucuk

d)

timbun

8.

Beberapa orang polis yang bertugas melepaskan beberapa ________________ tembakan ke arah sebuah rumah usang.

a)

das

b)

pucuk

c)

cucuk

d)

lingkar

9.

Se ________________ burung bangau terbang bebas melewati kawasan bendang itu.

a)

cubit

b)

kawan

c)

pasukan

d)

angkatan

10.

Sementara menunggu gilirannya, Aizat membaca se ________________ surat khabar di ruang menunggu klinik itu.

a)

pucuk

b)

kalung

c)

tangkai

d)

naskhah