wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 5 ( PERIBAHASA )

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

2.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai

3.

Anak pertama seerti dengan ________.

a)

anak angkat

b)

anak tunggal

c)

anak menantu

d)

anak sulung

4.

Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup _________________________ demi mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

a)

indah khabar dari rupa

b)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

c)

dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung

d)

kacang lupakan kulit

5.

Menurut Encik Husin, penduduk Taman Impian sangat _________ akan kebun komuniti tersebut.

a)

sambil lewa

b)

berat sebelah

c)

ambil berat

d)

buah tangan

6.

Encik Husin dan anak-anaknya sangat _______________ apabila melihat para penduduk ____________ menguasahakan kebun ini.

a)

kecil hati

b)

mandi peluh

c)

mandi kambing

d)

besar hati

7.

Menurut Encik Husin, penduduk Taman Impian sangat _________ akan kebun komuniti tersebut.

a)

sambil lewa

b)

berat sebelah

c)

ambil berat

d)

buah tangan

8.
Mereka pergi ke pantai untuk _______________________.
a)
angin masuk
b)
ambil angin
c)
makan angin
d)
buang angin
9.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

10.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

11.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
12.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
13.

dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

14.

Pilih maksud peribahasa bagai layang-layang terputus talinya.

a)

Ada tempat bergantung harapan

b)

Putus harapan untuk meneruskan hidup

c)

Tempat berharap

d)

Terbuka harapan utuk meneruskan hidup

15.

Apakah maksud peribahasa cepat kaki, ringan tangan

a)

Giat Berusaha

b)

Rajin

c)

Rajin berusaha

d)

Rajin dan giat berusaha

16.

Hanis mendapat _____________________ selepas menyertai perrtandingan itu.

a)

durian runtuh

b)

batu api

c)

mata duitan

d)

gaji buta

17.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

18.
Perniagaannya mengambil masa dua puluh tahun untuk maju seperti sekarang tetapi jika dia tidak berhati-hati, semuanya dapat hancur dalam sekelip mata kerana apa pepatah mengatakan bahawa .......
a)
panas setahun hujan sehari,liput tanjung dengan pulau
b)
orang mengantuk disorongkan bantal
c)
naik seperti semut,turun seperti ribut
d)
nasi sudah menjadi bubur
19.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
20.
Pembinaan projek perumahan itu terbengkalai kerana pihak pengurusannya ___________________.
a)
makan angin
b)
kacang hantu
c)
gulung tikar
d)
perang dingin