wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah ciri-ciri pilihan bermoral KECUALI..

a)

bertingkah laku benar,baik dan patut

b)

mematuhi peraturan dan undang-undang

c)

tidak menghormati antara kaum

d)

mengikut ajaran agama dan kepercayaan

2.

Keperluan membuat pilihan bermoral adalah

a)

hidup sejahtera

b)

mencipta kejayaan

c)

dipandang hina oleh masyarakat

d)

taat kepada agama dan negara

3.

Nyatakan SATU Nilai Moral

a)

Kelebihan berkomunikasi

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Peka terhadap keadaan sekeliling

d)

Bersikap pentingkan diri sendiri

4.

Maksud Nilai Moral BERTANGGUNGJAWAB ialah

a)

membantu menyelesaikan masalah orang lain

b)

memberi tunjuk ajar

c)

bekerjasama melaksanakan tugas dengan baik

d)

kesanggupan seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan sempurna

5.

Apakah kepentingan Nilai BERTERIMA KASIH?

a)

memperoleh sesuatu kebaikan

b)

menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan

c)

menunjukkan keberanian

d)

mewujudkan kepercayaan

6.

Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara


Berikut adalah definisi bagi Nilai Moral...

a)

kepercayaan kepada Tuhan

b)

Rasional

c)

Bertanggungjawab

d)

Berdikari

7.

Ganit menghadapi masalah obesiti. Doktor menasihatinya supya mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan manis. Dilema berlaku apabila dia disajikan dengan makanan berlemak yang menjadi kesukaannya. Apakah tindakan bermoral yang sewajarnya?

a)

Ganit tidak perlu peduli dengan nasihat doktor kepadanya

b)

Ganit perlu makan sayur-sayuran sahaja

c)

Ganit perlu mengambil makanan berlemak dalam kuantiti yang sedikit dan perlu melakukan aktiviti senaman

d)

Ganit perlu bersukan untuk menurunkan berat badannya

8.

David serba salah sama ada hendak menghadiri majlis hari lahir anak jirannya atau menyiapkan tugasan projek Pendidikan Moral. Apakah tindakan bermoral yang seharusnya dilakukan oleh David?

a)

menghadiri majlis tersebut dengan perasaan gembira

b)

tidak perlu ke majlis hari jadi tersebut

c)

fokus kepada tugasan Pendidikan Moral yang diberikan

d)

boleh menghadiri majlis tersebut tetapi minta diri untuk pulang lebih awal untuk menyiapkan tugasannya.

9.

kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

a)

Bertanggungjawab

b)

Berdikari

c)

Kerajinan

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

10.

Definisi Kerajinan dalam Nilai Universal Pendidikan Moral adalah..

a)

usaha yang berterusan, sungguh-sungguh dan dedikasi dalam melakukan sesuatu

b)

membantu orang lain

c)

menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru

d)

melakukan kebaikan kepada orang lain

11.

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan merujuk kepada Nilai moral...

a)

Berterima kasih

b)

Harga Diri

c)

Kerajinan

d)

Bekerjasama

12.

Apakah maksud Nilai Moral Patriotisme?

a)

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu menulis dan menjaga maruah diri dan kehidupan

b)

Kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

c)

Bangga dan taat setia kepada raja dan negara

d)

Kesanggupan seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan sempurna

13.

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.


Apakah Nilai Moral di atas?

a)

Keberanian

b)

Berterima kasih

c)

Rasional

d)

Bertanggunjawab

14.

Apakah maksud Nilai Moral Kebebasan?

a)

Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang

b)

Bercakap benar, amanah dan ikhlas

c)

Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata

d)

Bangga dan taat setia kepada raja dan negara

15.

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian merupakan definisi Nilai Moral bagi....

a)

Berkhemah tinggi

b)

Bersopan santun

c)

Kerajinan

d)

Berhemah tinggi

16.

Dalam Nilai Moral, Hormat bermaksud?

a)

Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir dari hati yang ikhlas

b)

Melakukan sesuatu bersama-sama

c)

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.

d)

Bersikap tidak keterlaluan

17.

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham merujuk kepada Nilai Moral..

a)

Toleransi

b)

Bekerjasama

c)

Hormat

d)

Berdikari

18.

Apakah definisi bagi Kesederhanaan dalam Nilai Moral?

a)

Bertolak ansur tanpa memikirkan kekayaan

b)

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

c)

Kepekaan dan ada perasaan cinta yang lahir dari hati yang ikhlas

d)

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia

19.

Mengapakah Nilai Moral perlu di terapkan kepada murid?

a)

untuk melahirkan murid yang bermoral

b)

untuk mendidik murid dengan nilai yang baik

c)

untuk memastikan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri setiap murid

d)

untuk melahirkan murid yang berkebolehan

20.

Nilai Moral ada berapa?

a)

20

b)

15

c)

18

d)

8