Font size
WorksheetsKuiz Semarak Ramadhan dan Syawal
Total questions: 125
Worksheet time: 53mins
Sila tulis NAMA PENUH, KELAS DAN NOMBOR TELEFON anda dan diakhiri dengan tanda #.
Contoh: ZULKIFLY BIN DARUS, 1 EMAS , 01158105685#
Perhatian, penyertaan anda terbatal jika gagal berbuat demikian. SOALAN INI TIADA MARKAH. HARAP MAKLUM.
(a)
Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa ?
10 Syaaban tahun k dua hijrah
10 syaaban tahun pertama hijrah
Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.
Menahan diri daripada makan dan minun dan mengelakkan melakukan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Menahan diri daripada makan dan minun, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, menunaikan solat lima waktu dan membayar zakat.
Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ?
Wajib.
Sunat
Sebutkan syarat dan hikmah puasa.
Melatih diri dengan sifat mahmudah
Melatih diri dengan sifat mazmumah
Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah
Al Baqarah
At Taubah
Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?
Ya
Tidak
Apakah status puasa kanak-kanak yang belum baligh ?
Sah
Tidak Sah
Adakah sah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah puasa ?
Sah
Tidak Sah
Seseorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat oleh pakar perubatan melakukan ibadah puasa. Apakah status puasanya?
Sah
Tidak Sah
Adakah orang yang terlupa bagun untuk makan sahur dikira berpuasa pada keesokan harinya ?
Ya
Tidak
Apakah hukumnya jika seseorang itu sengaja melewat-lewatkan sahurnya
Sunat
Makruh
Orang tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan wajib…………………………………….puasanya di hari lain luar daripada bulan Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan berikutnya.
Mengqada
Bernazar
Batalkah puasa kalau pakai `earphone` di lubang telinga?
Batal
Tidak Batal
Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat
Haram
Apakah hukum memasang lampu pelita di halaman rumah pada 10 hari terakhir ramadhan dengan niat untuk mencerahkan halaman rumah?
Makruh
Harus
Apa hukumnya puasa seseorang itu jika dia masih makan tatkala azan Subuh berkumandang.
Batal puasa
Sah puasa
Apa hukumnya puasa seseorang itu yang menangis sedangkan dia masih berpuasa.
Sah
Batal
Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?
Boleh
Tidak
Solat terawih di surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid
Surau
Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Apakah status puasanya?
Batal
Tak Batal
Apa hukumnya jika kita asyik teringat lelaki/perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Berdosa
Tidak Berdosa
Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir
Beristinjak
Batal tak puasa jika letak ubat mata seperti EYEMO, dan ubat itu mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal
Tidak Batal
Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Batal
Tidak Batal
Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?
Batal
Tidak Batal
Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?
Harus
Makruh
Seorang lelaki tertidur di siang hari pada bulan ramadhan.. Dia bermimpi lalu keluar air mani. Adakah puasanya batal?
Ya
Tidak
Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Batal
Tidak
Saya ada tabiat suka meludah. Apakah hukum puasa saya?
Makruh
Haram
Korek hidung semasa puasa kerana rasa gatal , batal tak puasa?
Batal
Tidak Batal
Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal atau tidak?
Batal
Tidak Batal
Betulkah pahala solat terawih tidak ada jika tak buat solat witir dipenghujung solat terawih itu?
Betul
Tidak Betul
Apakah hukum puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?
Makruh
Sunat
Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Batal
Tidak Batal
Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?
Boleh
Tidak Boleh
Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Sunat
Makruh
Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
Benar
Tidak Benar
Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus
Sunat
solat tarawih mana lebih afdhal, 8 rakaat atau 20?
8
20
Jika kita mandi wajib selepas subuh, adakah puasa itu sah?
Sah
Tidak Sah
Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Puasa masih sah?
Sah
Tidak Sah
Ahmad bekerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai maghrib. Apakah hukum puasa dia?
Sah
Tidak Sah
Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?
Sah
Tidak Sah
Adakah sah puasa seseorang yang sedang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah
Tidak Sah
Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?
Boleh
Tidak Boleh
Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?
Ya
Tidak
Apakah hukum membeli makanan berbuka di bazar ramadhan yang penjualnya berpakaian tanpa menutup aurat?
Sah berjual beli
Tidak sah berjual beli
Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?
Batal
Tidak Batal
apakah hukumnya menerima suntikan vaksin di lengan tatkala sedang berpuasa?
makruh
Harus
Mandi junub selepas pukul 8.00 pagi pada ramadhan. Adakah sah puasa saya?
Sah
Tidak Sah
Adakah wajib mengganti puasa bagi orang yang telah meninggal dunia?
Ya
Tidak
Bolehkah kita di Malaysia berpuasa dan berhari raya mengikut bandar Mekah ?
Boleh
Tidak
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya,
Mengikut waktu negeri asalnya.
Kalau sedang selesema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?
Sah
Batal
Apakah hukum pergi takbir raya?
Sunat
Wajib
Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?
Batal
Tidak
Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?
Sah
Tidak Sah
Saya berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru saya tersedar saya sedang berpuasa. apakah status puasa saya ?
Batal
Tidak Batal
Apakah hukum mengadakan rumah terbuka semasa hari raya?
Wajib
Sunat
Mak Limah menghidu bau masakannya dengan sengaja walhal dia sedang berpuasa. Apakah status puasanya?
Batal
Tidak Batal
Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?
Harus
Sunat
Seperti biasa, Ahmad memeluk dan mencium dahi isterinya sebelum pergi bekerja pada setiap pagi. Apakah status puasanya?
Sah
Batal
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?
Sah
Tidak Sah
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?
Sah
Tidak Sah
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?
Sah
Tidak Sah
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?
Sah
Tidak Sah
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?
Sah
Tidak Sah
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?
Batal
Tidak Batal
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?
Batal
Tidak Batal
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?
Batal
Tidak Batal
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Sah
Tidak Sah
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?
Suami sahaja
Kedua duanya
Berapakah kadar fidyah bagi negeri Sabah pada tahun 2021 untuk sehari?
RM 1.90
RM 2.00
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?
Ya
Tidak
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?
Ya
Tidak
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Ya
Tidak
Kanak-kanak yang belum baligh dan tidak berpuasa di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?
Ya
Tidak
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Ya
Tidak
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Sah
Tidak sah
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Sah
Tidak sah
Bilakah waktu membayar fidyah?
sepanjang masa
sebelum ramadhan tahun berikutnya
Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Boleh
Tidak
Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Boleh
Tidak
Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan pada waktu siang ( di dalam bilik berseorangan) kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Berdosa
Tidak Berdosa
Apakah hukumnya seorang suami bersetubuh dengan isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan?
Haram
Makruh
Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya.?
Boleh
Tidak Boleh
Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?
Kurma dan air
Nasi dan sayur
Kalau saya dari Kuala Lumpur pukul 3 petang bertolak ke Jeddah dan sampai pukul 6 petang (waktu Jeddah) sedangkan waktu Malaysia sebenarnya sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut untuk berbuka puasa?
Waktu Malaysia
Waktu Jeddah
Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim
Kita tinggal
Kita bekerja
Bilakah waktu afdhal untuk membayar zakat fitrah
Pada hari terakhir Ramadhan
Pagi Aidilfitri sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Adakah orang yang mempunyai harta, tetapi hutangnya lebih banyak daripada hartanya itu, wajib mengeluarkan zakat fitrah?
Wajib
Tidak wajib
Adakah wajib dikeluarkan zakat fitrah bagi orang yang mati sebelum jatuh matahari pada akhir bulan Ramadhan?
Wajib
Tidak wajib
Adakah wajib dikeluarkan zakat fitrah bagi kanak- kanak yang dilahirkan sebelum jatuh matahari pada akhir bulan Ramadhan?
Wajib
Tidak wajib
Bilakah solat sunat aidilfitri mula disyariatkan?
Tahun Kedua Hijrah
Tahun Pertama Hijrah
mengikut sunnah nabi, solat aidlilfitri baik di adakan di
Masjid
Tanah lapang
Adakah disyari’atkan azan untuk solat sunat hari raya?
Ya
Tidak
Bolehkah solat sunat aidilfitri dilakukan secara bersendirian?
Boleh
Tidak boleh
Apa hukum mendengar khutbah hari raya?
Wajib
Sunat
Menurut mazhab syafie, berapakah jumlah khutbah adildilfitri?
Satu
Dua
Apakah hukumnya bersalaman dengan sepupu berlainan jantina semasa hari raya?
Haram
Sunat
apakah yang patut dibuat pada malam aidilfitri?
tahmid
takbir
antara berikut manakah yang wajar dibuat pada pagi aidilfitri
menziarah tanah perkuburan
menziarah jiran tetangga
apakah huiumnya memulakan puasa enam di bulan syawal mulai pada 1hb. syawal
haram
sunat
antara berikut manakah sunat dilakukan pada pagi aidilfitri
mandi (sunat) sebelum pergi masjid
pergi dan balik masjid mengikut jalan yang sama
Siapakah yang membuat pengumuman pengisytiharan permulaan hari raya
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Perdana Menteri
apakah hukumnya makan (sarapan) sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri
sunat
wajib
apakah hukumnya golongan lelaki memakai minyak wangi ketika solat sunat aidilfitri
haram
sunat
apakah hukumnya mengucapkan `selamat hari raya` kepada sesama islam pada hari raya?
sunat
makruh
apakah hukumnya berkelah di tepi laut (pantai) pada aidilfitri?
sunat
haram
apa hukumnya melakukan solat sunat aidilfitri secara bersendirian di rumah?
sah
tidak sah
berapakah jumlah takbir pada rakaat kedua solat sunat aidilfitri
5
7
khutbah hari raya dibaca
sebelum solat
selepas solat
sekiranya solat sunat aidilfitri itu dilakukan secara berjemaah oleh kaum wanita sahaja sepenuhnya, maka perlukah khutbah dibaca
perlu
tidak perlu
kita ditegah melakukan ziarah ke rumah jiran pada waktu berikut
tengahari
petang
apa hukumnya memberikan `duit raya` kepada kanak-kanak yang berkunjung ke rumah kita (jika kita ada kemampuan)
sunat
wajib
apakah hukumnya menangis pada pagi aidilfitri mengenangkan ibu bapa di kampung?
makruh
sunat
Ahmad bertugas sebagai anggota keselamatan. Beliau diarahkan bertugas pada pagi hari raya dan tidak dibenarkan bercuti. Apakah hukumnya(gaji/pendapatannya)jika seseorang itu bekerja pada hari raya?
halal
haram
Apakah hukumnya mengadakan kenduri arwah sebelum ramadhan?
sunat
harus
apakah hukumnya ambil darah untuk ujian kesihatan semasa berpuasa?
makruh
Harus
Apakah hukumnya meletakkan bunga yang masih hidup di atas tanah perkuburan pada hari raya dengan niat untuk bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzah
Sunat
Harus
Menyiram air di tanah perkuburan pada hari raya adalah satu perkara
bidaah
sunnah
Ketika azan maghrib dilaungkan di masjid, anda pun terus berbuka puasa seperti kebiasaannya. Esoknya pihak berkuasa memaklumkan bahawa azan tersebut tersilap kerana dilaungkan awal daripada waktu sebenarnya. Apakah status puasa anda?
Batal
Sah
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ?
ketiga
kedua
Tatkala anda sedang berpuasa, doktor membuat pemeriksaan kesihatan dengan cara memasukkan teropong ke mulut hingga ke perut (endoscopy). Apabila proses ini selesai, anda muntah. Apakah status puasa anda?
Sah puasa
batal puasa
