WorksheetsKata Ganda Separa Tunggal!
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Dibuat bantal daripada tumbuhan,
Apakah itu cubalah teka?
kekura
kekabu
lelangit
peparu
Sungguh cantik kemeja jingga,
Dipakai pula semasa bekerja,
Mencari nafkah menanggung keluarga,
Siapakah dia ketua keluarga?
pemandu
penyanyi
lelaki
pelajar
Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Selalu diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati.
gegasing
bebola
pelukis
gegendang
Burung Nuri Burung Dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Suka menghisap menggigit nyawa,
Apakah yang hidup dalam takungan?
pepari
rerumpai
kekuda
jejentik
Burung Helang terbang melayang,
Terbang melangit tak nampak bayang,
Diikat di benang dikawal dek orang,
Sering dimain di tempat lapang.
lelayang
sesiku
peparu
gegelang
Penggandaan separa kata tunggal berlaku apabila bunyi vokal suku kata (--------------) dilambangkan dengan 'e'
terakhir
kedua
keempat
pertama
Yang manakah contoh penggandaan separa kata tunggal?
ramai-ramai
berlari-lari
pepohon
lauk-pauk
Pilih yang manakah penggandaan separa kata tunggal.
dedaun
sayur-mayur
persatuan-persatuan
kekura
Adakah pemuda-pemuda kata ganda berimbuhan?
Ya
Tidak
Tandakan contoh SELAIN kata ganda separa tunggal
selok-belok
murid-murid
rerambut
gotong-royong
Adik menangis kerana dimarahi Cikgu Rosli. Dia tertinggal pembaris, pensel dan (-------------) untuk digunakan dalam kelas Matematik.
kekuda
jejari
bebawang
sesiku
Petang tadi, ibu singgah ke kedai untuk membeli (--------) kerana tanpanya ibu sukar untuk masak
pepohon
rerambut
tetikus
bebawang
Ibu: Kakak, tolong layan para tetamu yang hadir. Jangan asyik bermain-main dengan kawan kamu itu!
Kakak: Baiklah,ibu. Saya akan menyimpan lelayang di dalam rumah semula.
Apakah perkataan yang menggunakan konsep kata ganda separa tunggal?
lelayang
bermain-main
tetamu
Mak Kiah sedang menyapu kesemua dedauan yang bertaburan di hadapan rumah.
Adakah dedaun dikira sebagai kata ganda separa tunggal?
Tidak
Ya
Akibat dijerit pada jarak yang dekat, (__________) telinga Abu telah pecah.
jejari
lelangit
gegendang
kekabu
