NEW
Font size
WorksheetsKATA TERBITAN
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Apakah maksud kata terbitan?
Bentuk kata yang terbit dari mata turun ke hati.
Bentuk kata yang mengalami proses penggandaan
Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan
Bentuk kata yang mesti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Proses pengimbuhan merangkumi kata terbitan kecuali
Awalan
Akhiran
Apitan
Genggaman
Pilih contoh perkataan awalan kata kata kerja.
menyikat, berjalan
pembawa, pekerja
terbesar, secantik
tatabahasa, prasejarah
Pilih contoh perkataan kata terbitan bersisipan yang salah.
jelajah, selerak
telunjuk, seruling
sinambung, sambung
gemilang, gelembung
Berikan contoh sisipan yang betul KECUALI
-el- = telunjuk
-in- = linangan
-em- = gemilang
-er- = seruling
Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Khairul menghadiahkan ibunya sebentuk cincin.
Alia rajin mensapu sampah di lantai.
Harith sedang mempasang lampu di rumahnya.
Erin rajin membaca buku di perpustakaan.
Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Cikgu Shahir tidak pernah mengenepikan anak muridnya.
Program itu banyak mengenengahkan bakat para pelajar.
Para pelajar diminta mengemaskan kelas pada waktu pagi.
Pihak berkuasa telah menghadkan tahap kelajuan kenderaan di lebuh raya.
Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Bola itu di sepak dengan sangat kencang.
Para pelajar amat rindukan guru mereka.
Penduduk kampung diminta kehadiran diri ke mesyuarat.
Pihak sekolah telah melaksanakan Hari Sukan Sekolah pada minggu lepas.
Soalan berdasarkan gambar di atas.
Pegawai itu ________________ beg yang berisi fail-fail penting ke pejabat.
mengepit
membimbit
memikul
mengenggam
Kebanyakan pelajar kelas saya mengantuk pada hari ini kerana mereka ____________ mata pada malam tadi menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia.
berkelip
berkedip
bersengkang
bertentang
Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk _________ produk kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan ke luar negara.
menggerakkan
menguruskan
menambahkan
memasarkan
Ayah berasa sungguh ___________ kerana tidak dapat menunaikan impian adik untuk melancong ke luar negara.
tertekan
terkilan
terharu
tersinggung
Duit syiling di dalam tabung itu _________ di atas lantai selepas tabung itu jatuh dan pecah.
bertaburan
bertebaran
berserakan
berlimpahan
Kereta yang dipandu oleh Encik Kumar terbabas lalu ________ ke dalam parit.
tercampak
terhumban
tersasar
terpelanting
Penduduk kampung sedang bergotong-royong ___________ mengacau dodol sempena hari Keluarga.
memasak
menggoreng
mengacau
merebus
Kaki Pak Man ______________ duri semasa dia melalui kawasan ladang kelapa sawit.
tersangkut
tersengat
tertikam
tertusuk
Arus sungai yang deras itu telah ___________ perahu nelayan yang diletakkan di tebing sungai.
menggerakkan
merosakkan
menenggelamkan
menghanyutkan
Ayah sedang ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran dengan rumah nenek.
memasang
menebar
melontar
melambung
Leman dan kawan-kawannya ___________ khemah untuk didiami oleh mereka sepanjang aktiviti perkhemahan itu.
mendirikan
menaikkan
menghiaskan
menangguhkan
Penjenayah itu masih ___________ walaupun semua orang tahu dia yang meragut beg tag tangan perempuan itu.
bertanya-tanya
bertapi-tapi
berbisik-bisik
berlengah-lengah
Puan Noraini ____________ sebentuk cincin di jari manis bakal menantunya dalam majlis pertunangan itu.
meletakkan
menyarungkan
memuatkan
menyisipkan
Puan Teoh _____________ tiga periuk nasi kerana rakan-rakannya akan makan tengah hari di rumahnya.
memasak
menanak
merebus
menjerang
Seorang sukarelawan Pasukan Bulan Sabit Merah ______________ seorang pemain bola yang cedera ke luar padang untuk diberikan rawatan.
mengusung
memimpin
mendukung
memapah
Encik Hazwan berasa ___________ ketika berada di luar bilik bersalin.
tercungap-cungap
tertanya-tanya
berdebar-debar
berkobar-kobar
_________________ wajah Aishah berjaya menarik perhatian para juri untuk menobatkan beliau sebagai Ratu Busana Muslimah sempena Minggu Fesyen Islam 2020.
Kesayuan
Kesucian
Keindahan
Keayuan
Pekerja sawit itu sedang _____________ tandan kelapa sawit dengan menggunakan galah.
memetik
mengait
memotong
menarik
Ekoran permintaan yang tinggi, pengeluaran kereta syarikat itu mencatatkan ________________ sejak bulan April.
kemajuan
perangkaan
peningkatan
kenaikan
Dia ________tong itu ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh dengan air.
dekat
mendekati
berdekatan
mendekatkan
Pak Hassan telah _________________ anak gadisnya dengan seorang pemuda yang kaya.
mempersuami
mempersuamikan
memperisteri
memperisterikan
Saya sangat _______________ dengan pendapat Muaz itu.
setuju
bersetuju
menyetujui
menyetujukan
Perasaan kasih dan sayangnya kepada Alif itu sangat _______________
dalam
mendalami
mendalam
mendalamkan
Rashid menggigil kesejukan kerana ___________ semasa berjalan pulang dari sekolah.
dihujan
berhujan
kehujanan
penghujanan
Anis pergi ke Jepun untuk _________pengetahuannya dalam bidnag perubatan.
dalam
mendalam
mendalami
mendalamkan
Pemerintah ____________ kuasa kepada pihak polis dan tentera untuk membanteras pengganas.
memberikan
memberi
diberi
beri
Ayahnya _____________rancangannya untuk pergi ke luar negara.
bersetuju
menyetujui
menyetujukan
persetujuan
Pak Ramli berasa sangat gembira kerana baru ____________ seorang cucu.
peroleh
beroleh
memperoleh
memperolehi
Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
A mengumpul
B berkumpul
C kumpulan
D dikumpul
Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya.
A kedua
B berdua
C berduaan
D berdua-duaan
Budak itu __________________ ke dalam rumahnya.
A pelari
B berlari
C dilarikan
D melarikan
Daging itu _________________ oleh anjing.
A memakan
B termakan
C pemakan
D dimakan
Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam
kemalangan.
A penglibatan
B melibatkan
C terlibat
D dilibat
Encik Ali telah mengedarkan kad_____________perkahwinan anaknya kepada jiran tetangga.
jemputan
undangan
panggilan
pelawaan
Pak Razak bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah______________yang dipajaknya daripada Encik Chong.
penanaman
pertanian
Afiqah mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya membuat____________yang jauh.
rejaman
lemparan
lontaran
balingan
_________________ sudut Shahrul yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan kejayaan pasukan sekolah.
Hentaman
Lambungan
Lantunan
Tendangan
_________________terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat sekeliling.
Pembakaran
Kebakaran
Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap ___________________undang-undang oleh mana-mana pihak.
pelanggaran
perlanggaran
____________________ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada penduduk negara kita.
Perluasan
Peluasan
Cikgu Julayda meminta para murid supaya memberikan________________menarik ketika mengakhiri penutupan karangan.
ulasan
ungkapan
Pilih ayat yang salah.
Dia membincangkan tentang perancangannya untuk ke luar negara.
Emak menanam sayur di kebun belakang rumahnya.
Semua pelajar memasuki dewan.
Lelaki itu menaiki bas ke Kuala Lumpur.
