wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata majmuk

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Wan Hassan telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.

a)

reka bentuk

b)

reka cipta

2.

Mereka memotong kepingan papan menggunakan __________ berdasarkan lakaran rumah yang telah dilukis dengan berhati-hati.

a)

gerudi tangan

b)

gergaji tangan

3.

Muris-murid mengambil __________ untuk membuat ukuran pada __________ yang disediakan.

a)

pita suara ........ papan hitam

b)

pita ukur ........ papan lapis

4.

Jamal dan kumpulannya sedang bertungkus-lumus menyiapkan __________ untuk dibentangkan pada hari esok.

a)

alat tulis

b)

atur cara

c)

kertas kerja

d)

hak cipta

5.

Saya berasa bangga kerana hasil kraf tangan negara kita terkenal di peringkat __________.

a)

bumiputera

b)

antarabangsa

c)

pesuruhjaya

d)

warganegara

6.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

a)

pakaian sukan

b)

pakaian seragam

c)

pakaian angkatan

7.

_____________Ah Kang berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.

a)

Ibu negara

b)

Ibu jari

c)

Ibu pejabat

8.

Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah tumpangan

9.

________________yang dijaga oleh Hakimi tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.

a)

Pintu jendela

b)

Pintu gol

c)

Pintu keluar

10.

__________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.

a)

Sukarela

b)

Tanggungjawab

c)

Tandatangan

11.

Jin Yong mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku kedatangan

b)

buku lima

c)

buku rujukan

12.

Pei Ying menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.

a)

cahaya mata

b)

cermin mata

c)

mata pisau

13.

__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

a)

Pilihanraya

b)

Olahraga

c)

Kakitangan

14.

Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.

a)

setiausaha

b)

warganegara

c)

antarabangsa

15.

Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.

a)

budi bicara

b)

budi pekerti

c)

budi bahasa