Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJPK Tahun 4 Minggu 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama imbangan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Imbangan Y

b)

Imbangan bangau

c)

Imbangan songsang

d)

Imbangan satu tapak sokongan

2.

Nyatakan faktor yang memainkan peranan ketika melakukan imbangan songsang.

a)

kebersihan tempat aktiviti

b)

kekuatan otot kaki dan otot perut

c)

bilangan rakan yang membantu

d)

Kekuatan otot tangan, otot teras dan otot tengkuk.

3.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan kecederaan semasa melakukan imbangan songsang?

a)

fokus dan meminta bantuan guru/rakan

b)

melakukan regangan lebih lama

c)

membuat imbangan secara sambil lewa

d)

menunjukkan kemahiran yang lebih tinggi arasnya

4.

Mengapakah imbangan songsang dapat dilakukan dengan mudah semasa kedudukan badan masih rendah berbanding ketika kaki dilejangkan ke atas?

a)

badan lebih ringan jika direndahkan

b)

kedudukan pusat graviti masih rendah

c)

berat badan semakin bertambah ketika kaki dilejangkan

d)

tidak melakukan di tempat yang betul

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan hambur tangan secara umunya?

a)

melompat menggunakan tangan

b)

menari secara berkumpulan

c)

berguling di atas tilam

d)

bergayutn pada palang

6.

Apakah kekuatan otot yang diperlukan ketika melakukan hambur tangan?

a)

otot kaki dan kepala

b)

otot tangan dan teras

c)

otot paha dan pinggul

d)

otot perut

7.

Berikut merupakan alatan yang diperlukan ketika melakukan hambur tangan kecuali...

a)

tilam

b)

trampolin

c)

peti lombol

d)

kon

8.

Bagaimanakah kawalan pernafasan semasa melakukan aktiviti hambur tangan dari tempat tinggi ke rendah?

a)

menahan nafas ketika melakukan hambur

b)

menghembus nafas ketika melakukan hambur

c)

menarik nafas ketika melakukan hambur

d)

menarik dan menghembus serentak ketika melakukan hambur

9.

Selain daripada trampolin, apakah alatan lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan lonjakan ketika melakukan hambur?

a)

papan selaju

b)

papan anjal

c)

kerusi plastik

d)

tilam

10.

Sebagai seorang yang bakal melalui zaman remaja, apakah perubahan yang paling merisaukan akan berlaku jika sudah akil baligh.

a)

muka akan tumbuh jerawat

b)

suara menjadi lunak

c)

otot dada membidang

d)

otot tangan dan kaki membesar

11.

Apakah reaksi kamu sekiranya kamu mengalami situasi seperti dalam gambar?

a)

menerima dengan hati yang terbuka

b)

berasa malu

c)

mengelakkan daripada berjumpa rakan

d)

kurangkan menonjol

12.

Perubahan fizikal seperti tumbuh jerawat, berat badan bertambah dan ketinggian bertambah akan berlaku kepada semua orang. Berikut merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri kecuali....

a)

berpakaian kemas

b)

memakai semburan pewangi

c)

kurangkan bersosial dengan rakan sebaya

d)

mengucapkan pertuturan yang sopan

13.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan jika terdapat rakan kamu yang mengejek murid yang berjerawat dan berbadan besar?

a)

memberitahu bahawa perubahan tersebut akan berlaku kepada semua orang

b)

mengejek murid tersebut juga

c)

ketawa

d)

tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut

14.

Berikut merupakan cara menghargai perubahan fizikal apabila melalui zaman remaja kecuali....

a)

mnerima dengan hati yang terbuka

b)

bersyukur dengan kurniaan tuhan

c)

mengamalkan pemakaian yang sopan

d)

sedih dengan perubahan yang berlaku

15.

Sebagai seorang murid yang mempunyai akhlak yang baik, adakah kamu akan mengejek rakan yang mengalami perubahan fizikal seperti tumbuh jerawat dan berbadan besar?

a)

Ya, kerana saya suka mentertawakan dan mengejek orang lain

b)

Tidak, kerana saya seorang murid yang mempunyai akhlak dan pekerti yang baik