wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah KSSM Tingkatan 4 (Bab 1-5)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

3.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?

(Buku teks m/s 4)

I. Funan

II. Majapahit

III. Teluk Cam Ranh

IV. Segenting Kra

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu dan ________________

(Buku teks m/s 7)

a)

Sabah dan Sarawak

b)

Siam

c)

Pantai Timur Sumatera

d)

Jawa Timur

5.

Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai

(Buku teks m/s 8)

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pembesar Lapan Lipatan

c)

Pembesar Enam Belas Lipatan

d)

Pembesar Tiga Puluh Dua Lipatan

6.

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat dikenali sebagai

(Buku teks m/s 9)

a)

kawasan jajahan

b)

kawasan pentadbiran

c)

kawasan pegangan

d)

kawasan naungan

7.

Siapakah yang menguruskan perbendaharaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? (Buku teks m/s 9)

a)

Syahbandar

b)

Laksamana

c)

Penghulu Bendahari

d)

Bendahara

8.

Siapakah yang berperanan sebagai panglima angkatan laut Melaka?

(Buku teks m/s 9)

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Bendahara

9.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

10.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? (Buku teks m/s 10)

I. Lelaki

II. Orang tua

III. Wanita

IV. Hamba abdi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah kerana takut ditimpa ______________

(Buku teks m/s 13)

a)

pahala

b)

waadat

c)

tulah

d)

kejutan

12.

Penjagaan keselamatan kota Melaka adalah tugas

(Buku teks m/s 9)

a)

Temenggung

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Bendahara

13.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

14.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

15.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

(Buku teks m/s 26)

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Bipin Chandra Pal

16.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China? (Buku teks m/s 26)

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

San Min Chu-i

c)

Maharaja Mikado Meiji

d)

Bal Gangadhar Tilak

17.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi di Filipina?

(Buku teks m/s 28)

a)

Aguinaldo

b)

Kalayan

c)

Liga Filipina

d)

Bonifacio

18.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

(Buku teks m/s 30)

a)

Soekarno

b)

Partai Nasionalis Indonesia

c)

Sarekat Islam

d)

Raden Adjeng Kartini

19.

Gambar di atas menunjukkan presiden pertama Republik Demokrattik Vietnam. Siapakah beliau? (Buku teks m/s 29)

a)

Soekarno

b)

Aung San

c)

Ho Chi Minh

d)

Jose Rizal

20.

Apakah nama akhbar Cina yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan?

(Buku teks m/s 38)

a)

Lat Pau

b)

Modern Daily News

c)

Chong Shin Yit Pao

d)

Nanyang Siang Pao

21.

Antara yang berikut yang manakah ialah faktor perang dunia petama

a)

Perebutan Takhta

b)

Krisis Rantau Balkan

c)

Pengeboman Pearl Habour

d)

Kemasukan Pedagang Asing ke tanah Jajahan British

22.

Negara manakah yang memberi laluan kepada Jerman untuk meyerang Perancis?

a)

Finland

b)

Costa Rica

c)

Itali

d)

Belgium

23.

Apakah yang berlaku pada 28 Julai 1914

a)

Jerman Ishtihar perang terhadap rusia

b)

Itali menyertai Perancis

c)

Rusia berikan bantuan ketenteraan pertahankan Serbia

d)

Austria-Hungry dan Jerman ishtihar perang terhadap Serbia

24.

Siapakah yang memenagi Perang Dunia Pertama ?

a)

Pakatan Kuasa Tengah

b)

Pakatan Bertiga

25.

Negara manakah yang diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama

a)

Amerika Syarikat

b)

Perancis

c)

Britain

d)

Itali

26.

Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara Eropah. Manakah penyataan yang tidak benar mengenai faktor Perang Dunia Pertama?

a)

Berlaku disebabkan krisis ekonomi

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Pakatan ketenteraan

d)

Krisis Rantau Balkan

27.

Penglibatan negara manakah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Bertiga dalam Perang Dunia Pertama?

a)

Jerman

b)

Greece

c)

Amerika Syarikat

d)

Rusia

28.

Apakah antara kesan Perang Dunia Pertama?

I Keruntuhan Pemerintahan Beraja

II Kemunculan Negara Baharu

III Kesedaran Nasionalisme bermula

IV Amerika Syarikat merdeka

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah?

I Pakatan Ketenteraan

II Persaingan kuasa imperialis

III Kemunculan Ideologi baharu

IV Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Terdapat dua kuasa yang terlbiat dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu. Kuasa Paksi terdiri daripada..

a)

Jerman, Britain dan Perancis

b)

Jerman, Itali dan Jepun

c)

Jepun,Perancis dan Amerika Syarikat

d)

Rusia, Perancis dan Britian

31.

Kemenangan pihak Bersekutu telah memberikan iktibar kepada kita sehingga kini. Antara berikut, iktibar yang manakah relevan berkaitan peristiwa tersebut?

a)

Bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran

b)

Sentiasa berani menempuh dugaan

c)

Rasional dalam tindakan

d)

Sentiasa bersiap siaga

32.

Apakah tugas British Military Administration (BMA)? (Buku teks m/s 94)

I. mengembalikan kestabilan

II. menubuhkan lebih banyak sekolah Inggeris

III. bekerjasama dengan Komunis

IV. memulihkan kepercayaan rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Apakah maksud jus soli ? (Buku teks m/s 96)

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan agama

c)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan kaum

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

34.

Membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London


Pernyataan di atas merujuk kepada (Buku teks m/s 96)

a)

Unit Perancangan Tanah Melayu

b)

Majlis Perundangan Malayan Union

c)

Kertas Putih 6274

d)

Majlis Eksekutif

35.

Malayan Union merupakan satu unit pentadbiran yang menyatukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat kecuali (Buku teks m/s 97)

a)

Pulau Pinang

b)

Melaka

c)

Johor

d)

Singapura

36.

Apakah bidang tugas Ahli Majlis Raja-Raja? (Buku teks m/s 97)

I. Membincangkan bidang tugas Gabenor British

II. Membincangkan syarat kerakyatan

III. Membincangkan adat-istiadat Melayu

IV. Membincangkan soal agama Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Gambar di atas merupakan seorang pegawai British yang menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja terhadap Malayan Union. Siapakah nama pegawai British tersebut? (Buku teks m/s 98)

a)

Sir Harold MacMichael

b)

H. C. Willan

c)

George Henry Hall

d)

A. T. Newboult

38.

Gambar di atas menunjukkan Persidangan Kongres Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946. Apakah kejayaan Kongres Melayu tersebut? (Buku teks m/s 105)

a)

Menerbitkan akhbar Utusan Melayu

b)

Menghantar surat bantahan ke London

c)

Mengadakan perarakan menentang Malayan Union

d)

Menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO)

39.

Orang Melayu menanggap hari lahirnya Malayan Union sebagai "Hari Kematian". Bagaimanakah orang Melayu bertindak sebagai tanda berkabung? (Buku teks m/s 105)

a)

Memakai pakaian berwarna hitam

b)

Memakai lilitan kain putih di songkok

c)

Memakai kain hitam di lengan

d)

Memakai pakaian berwarna putih

40.

Apakah yang dinyatakan dalam Prinsip Kelapan, Perlembangaan 1941? (Buku teks m/s 109)

a)

Sarawak akan diserahkan kepada British

b)

Sarawak akan kekal di bawah pemerintahan Brooke

c)

Sarawak akan menjadi sebahagian Malaysia

d)

Sarawak akan diserahkan kepada rakyat Sarawak

41.

Sabah diserahkan kepada Brittish kerana kekurangan dana untuk menanggung kerosakan. Siapakah yang menyebabkan kerosakan itu berlaku? (Buku teks m/s 115)

a)

Jepun

b)

Pengganas komunis

c)

Filipina

d)

Indonesia

42.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

43.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

44.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA? (Buku teks m/s 130)

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

45.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 130)

a)

Biru dan kuning

b)

Merah dan kuning

c)

Biru dan putih

d)

Merah dan putih

46.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)

a)

Saranan AMCJA

b)

Saranan PUTERA

c)

Saranan UMNO

d)

Saranan PBB

47.

Apakah maksud dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)

a)

Penjajahan semula

b)

Berkerajaan sendiri

c)

Penjajahan berterusan

d)

Latihan berkerajaan

48.

Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan? (Buku teks m/s 134)

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Perdana Menteri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

49.

Apakah peranan sultan di peringkat negeri? (Buku teks m/s 134)

a)

menguruskan hal kewangan

b)

mengesahkan rang undang-undang

c)

membantu Pesuruhjaya Tinggi British

d)

mengetuai ketenteraan

50.

Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli? (Buku teks m/s 135)

I. rakyat Raja

II. rakyat British

III. rakyat Singapura

IV. rakyat Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV