wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Penggal 1

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan? (STPM2013)

I. Tidak boleh dibuat pindaan

II. Asas kepada pembentukan kerajaan

III. Merupakan undang-undang tertinggi

IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

2.

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan? (STPM2013)

a)

A Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak

b)

B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang

dipersetujui

c)

C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti

pengubahan wang haram

d)

D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya

semasa dalam tahanan.

3.

Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? (STPM2013)

I. Penentuan jenis mata wang

II. Penangkapan ikan di sungai

III. Pengeluaran lesen pembalakan

IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja? (STPM2015)

a)

A Jemaah Menteri

b)

B Bahasa Kebangsaan

c)

C Keanggotaan Parlimen

d)

D Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

5.

• Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan

lelaki warganegara Malaysia.

• Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh

permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan

Malaysia.


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia? (STPM2016)

a)

A Masukan

b)

B Pendaftaran

c)

C Percantuman wilayah

d)

D Kuat kuasa undang-undang

6.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan? (STPM2018)

a)

A Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

B Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

C Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan

perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

D Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan

perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja

7.

Yang manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa negeri? (STPM2019)

a)

A Penerbitan majalah keagamaan

b)

B Pembukaan pusat pemulihan akhlak

c)

C Permohonan permit melombong pasir

d)

D Tuntutan perceraian pasangan bukan Islam

8.

Yang manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?

a)

Gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja

b)

Kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran

c)

Kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi

d)

Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif, kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung

9.

Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?

a)

Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan

b)

Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet

c)

Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum

d)

Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran

10.

Perkara-perkara berikut yang manakah diletakkan di bawah kuasa kerajaan Persekutuan?


a)

Penangkapan ikan dan penyu di sungai

b)

Perpustakaan, muzium dan barang purba

c)

Penapisan akhbar tempatan dan luar negara

d)

Kelulusan dan pemberian lesen pembalakan

11.

Yang manakah benar tentang kuasa atas nasihat Yang diPertuan Agong?

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Melantik Ahli Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

c)

Bersetuju atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen

d)

Melantik mana-mana yang layak sebagai senator dari Wilayah Persekutuan

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Rakyat?

a)

Speaker Dewan Negara

b)

Ahli Dewan Undangan Negeri

c)

Setiausaha Majlis Raja-Raja

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

13.

Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

a)

Senarai Negeri

b)

Senarai Bersama

c)

Senarai Persekutuan

d)

Senarai yang disusun semula

14.

Q. Mahkamah Syariah:


X- ?

Y- Mahkamah Tinggi

Z- Mahkamah Rendah


X adalah

a)

Mahkamah Borneo

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Rayuan

15.

Peranan Mahkamah Syariah adalah

a)

membicarakan dan memustuskan mana-mana kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam bertentangan Hukum Syarak Islam

b)

membicarakan dan memustuskan mana-mana kesalahan sivil yang dilakukan oleh orang Islam

c)

mendengar dan memutuskan hukuman, denda, penjara, sebatan atau kombinasi kesemua hukuman

d)

memelihara dan menjaga kebajikan orang Islam dan bukan islam mengikut Perlembagaan Persekutuan

16.

Negeri manakah yang mempunyai Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak yang pertama?

a)

Johor

b)

Selangor

c)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

d)

Sabah

17.

Yang manakah yang benar tentang tadbir urus yang baik? (STPM2013)

a)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

b)

Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

c)

Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa

d)

Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan

18.

Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip (STPM2013)


I. Integriti

II. Prosedur

III. Budi bicara

IV. Akauntabiliti

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

· Permohonan lesen urus niaga dapat dipendekkan

· Urusan dengan agensi kerajaan dipermudah


Penyataan di atas merujuk kepada ciri tadbir urus yang (STPM2014)

a)

Akauntabiliti

b)

Responsif

c)

Cekap

d)

Telus

20.

Yang manakah penyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik? (STPM2014)

a)

Prosedur kerja yang kompleks

b)

Kepimpinan yang bersifat terbuka

c)

Penggunaan sumber yang maksimum

d)

Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa

21.

Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberikan penekanan kepada (STPM2015)

I. proses kerja

II. bilangan tenaga kerja

III. peraturan pelaksanaan

IV. sumber kos pengurusan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

22.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk (STPM2018)

a)

A Meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

b)

B Menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan

c)

C Mengekalkan karenah birokrasi dalam prosedur kerja

d)

D Melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

23.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Antara yang berikut, yang manakah unsur asas sebuah negara?

I Raja yang berdaulat

II Penduduk yang tetap

III Sempadan yang tetap

IV Pemerintah yang berkuasa penuh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.
Yang manakah konsep utama sesebuah negara?
a)
Mempunyai raja berdaulat
b)
Mempunyai penduduk tetap dalam negara
c)
Mempunyai hubungan dengan negara luar
d)
Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi