WorksheetsTAHUN 4 : PENJODOH BILANGAN
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Pilih penjodoh bilangan yang betul bagi tempat kosong ini.
Pak Man memelihara dua _________ angsa.
a. ulas
b. biji
c. ekor
d. jambak
Pilih penjodoh bilangan yang betul bagi tempat kosong ini.
Ayah membeli tiga __________ tembikai di pasar tani.
a. baris
b. ketul
c. utas
d. biji
Pilih penjodoh bilangan yang betul bagi tempat kosong ini.
Nora terjumpa se__________ kunci di tapak perhimpunan.
a. buah
b. gugus
c. pucuk
d. ketul
Pilih penjodoh bilangan yang betul bagi tempat kosong ini.
Adik tergelincir kerana terpijak beberapa __________ guli di atas lantai.
a. biji
b. ulas
c. sikat
d. jambak
Pilih penjodoh bilangan yang betul bagi tempat kosong ini.
Kakak telah menjumpai __________ kunci di tengah jalan sewaktu dalam perjalanan ke kedai.
a. sebiji
b. seulas
c. segugus
d. sesikat
Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
a. Pak Seman pulang dari kebun dengan menjunjung segugus kayu api.
b. Pak Kassim menebang pokok di belakang rumahnya menggunakan seulas kapak.
c. Dua gugus keris pusaka tersimpan di rumah atuk saya.
d. Emak membeli enam biji telur dari kedai runcit itu.
Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
a. Kakak memasukkan segugus garam ke dalam masakannya.
b. Ayah membeli tiga gugus anggur di gerai itu.
c. Segugus cincin berlian itu berharga RM 3000.
d. Dua gugus tayar itu perlu diganti kerana sudah haus.
Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
a. Ammar membelikan segugus bunga dahlia untuk ibunya sempena Hari Ibu.
b. Kakak membeli tiga jambak sayur kubis di pasar tani semalam.
c. Encik Tan meminta sesikat tali untuk mengikat kayu api itu.
d. Mira menerima sejambak bunga ros daripada adiknya.
Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
a. Ibu mengutip enam biji telur di dalam reban ayam itu.
b. Segugus anggota bomba sedang menjalankan tugas mereka.
c. Noni minum seulas susu setiap malam sebelum tidur.
d. Ayah menghadiahi abang sebiji kasut berjenama terkenal.
Pilih ayat yang menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
a. Emak sedang memasak beberapa sikat sayur sawi dan dua jambak sayur kangkung.
b. Doktor Azlan menggunakan segugus jarum untuk menyuntik pesakit.
c. Ibu menghidangkan beberapa ulas nangka kepada tetamu yang datang ke rumah.
d. Lola menaiki sebiji bas untuk pergi ke sekolah bersama rakan-rakannya.
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penjodoh bilangan yang betul.
I. Pak Abu menyembelih empat ekor lembu peliharaannya.
II. Wanda berasa sungguh gembira menerima sejambak bunga daripada tunangnya.
III. Wahida memasak tiga ulas telur dan sesikat sayur bayam.
IV. Adam membantu neneknya menghidang lima gugus cempedak kepada tetamu.
a. III dan IV
b. II dan III
c. I dan II
d. I dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penjodoh bilangan yang betul.
I. Abang memasukkan sesikat bunga ke dalam pasu bunga.
II. Pak Tam menjual enam sikat pisang kepada Encik Majid.
III. Khairi memakan dua ulas durian yang dibawa pulang dari kebun.
IV. Pak Mail membeli tiga ulas roti canai untuk sarapan.
a. I dan IV
b. I dan II
c. II dan III
d. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penjodoh bilangan yang betul.
I. Kak Melah menjual sesikat pisang dengan harga RM1.80.
II. Ah Kiok terjumpa seulas rambut di dalam nasi goreng itu.
III. Suhail hanya sempat makan seulas roti kerana sudah terlewat ke sekolah.
IV. Beberapa gugus pulau di Indonesia ditenggelami air.
a. II dan III
b. I dan II
c. I dan IV
d. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penjodoh bilangan yang betul.
I. Baju saya terkena beberapa gugus dakwat hitam.
II. Adik membeli sebiji minyak tanah untuk diisikan ke dalam pelita.
III. Sarah tidak boleh makan durian walaupun seulas kerana alahan.
IV. Beberapa sikat pisang di kebun Pak Mat dimakan oleh monyet.
a. I dan II
b. II dan III
c. I dan IV
d. III dan IV
Pilih ayat-ayat yang mengandungi penjodoh bilangan yang betul.
I. Emak memetik dua gugus rambai yang terletak di halaman rumah.
II. Adik memelihara tiga ekor arnab dan dua ekor kucing.
III. Puan Yeng memasukkan sekelompok pakaian kotor ke dalam mesin basuh.
IV. Wanita itu memakai sebiji subang berlian dan segugus rantai.
a. III dan IV
b. I dan IV
c. II dan III
d. I dan II
