WorksheetsMAHIR TATABAHASA DAN PERIBAHASA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
"________________ gemar bersendirian sejak kemalangan jalan raya yang dialaminya sebulan lalu," kata ibu kepada nenek.
Kami
Kita
Dia
Awak
Kematian Tan Sri Daniel diratapi oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana ___________ sangat pemurah.
dia
beliau
baginda
kami
Fakhri mengajar adiknya cara-cara bermain gasing, iaitu melilit tali pada gasing sebelum ____________ gasing itu ke tanah.
merejam
membuang
melontar
menghumban
Ahli Persatuan Bahasa Melayu ____________ langkah-langkah memartabatkan bahasa Melayu dalam mesyuarat pada petang ini.
mengatakan
menyampaikan
mengucapkan
membincangkan
Muka Salina berkerut sewaktu meminum kopi yang terlalu ________________ itu.
pahit
sedap
masin
masam
Puan Zana sedang menanak nasi ______________ untuk anaknya yang berusia satu tahun kerana anaknya itu masih belum tumbuh gigi.
lembik
kecil
empuk
halus
"Harga set televisyen itu _____________?" tanya ayah kepada jurujual.
apa
apakah
berapa
berapakah
"___________________kah kamu tidak memberitahu saya tentang perkara itu?" keluh Mak Cik Som.
Ada
Mengapa
Apa
Siapa
Dalam __________________, Abang Azrul telah menyambung pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di luar negara.
bila-bila
curi-curi
diam-diam
sorok-sorok
Fahizal sangat mahir akan ______________ jalan di bandar Kota Kinabalu memandangkan dia berasal dari Sabah.
gerak-geri
selok-belok
lalu-lalang
simpang-siur
Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini.
'Kakak masih belum pulang lagi.'
FN+FK
FN+FS
Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini.
'Dewan sekolah saya sangat besar.'
FN+FK
FN+FA
Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini.
'Kami sekeluarga ke Port Diskson pada cuti sekolah yang lalu.'
FN+FS
FN+FK
Pilih peribahasa yang sesuai.
Encik Sulaiman menurut segala perintah isterinya secara membuta tuli. Sikapnya tidak disenangi oleh ibu dan ayahnya. Sikapnya itu samalah seperti
lalang ditiup angin
abu di atas tunggul
kerbau dicucuk hidung
Pilih peribahasa yang sesuai.
Mak Cik Zainab sentiasa melebih-lebihkan cerita tentang sesuatu perkara kepada jirannya. Hal ini diumpamakan seperti
melukut di tepi gantang
tanah sekepal digunungkan
kalau tiada rotan akar pun berguna
Tiga orang penagih dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. ________________ akan dihantar ke pusat serenti untuk tindakan selanjutnya.
Mereka
Kalian
Dia
Kamu
Mugilan menjadi johan dalam acara ______________ lembing semasa Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia di Kedah.
melempar
melontar
membaling
merejam
"_______________kah pandangan anda tentang kes ponteng kelas dalam kalangan murid pada masa ini?" tanya Nurlia kepada Hidayah.
Apa
Bagaimana
Ada
Mengapa
"______________, lambat betul bas datang!" rungut Mak Jah.
Eh
Wah
Oh
Aduhai
"______________ anak-anak, tuntutlah ilmu selagi kamu mampu!" pesan Tuan Haji Ghani kepada murid-muridnya.
Aduh
Eh
Wahai
Syabas
Pilih dua peribahasa yang hampir sama makna...
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturun
Para penumpang MH311 terkandas selama dua jam kerana perubahan ____________ penerbangan.
alamat
tempat
jadual
rajah
Permainan gasing digemari oleh segenap ______________ masyarakat tanpa mengira usia.
himpunan
lapisan
gerakan
kepingan
Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap ______________ kambing.
kandang
reban
pondok
sangkar
Sumbangan idea yang bernas untuk memajukan negara diharapkan daripada para _______________ .
cendekiawan
sukarelawan
dramawan
budayawan
Sebagai seorang ______________ beliau mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan.
juruhebah
juruukur
jurusolek
juruwang
Beberapa ekor kerbau sedang berkubang di dalam _____________ di sawah itu.
lopak
titi
lumpur
longkang
Sambutan murid terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ______________ .
reda
tenang
sejuk
dingin
Pisang emas yang masak ____________ itu tidak sedap digoreng.
ranum
subur
lembik
empuk
Pelajar yang menyertai bengkel di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah itu diminta menjaga _____________ apabila berada di sana.
tatatertib
tataacara
tatakerja
tatabahasa
