Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA BAHASA MELAYU PDPR 2.0

Total questions: 24

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa gila bahasa membawa maksud.....

a)

mencintai bahasa

b)

kurang waras fikirannya

c)

bercakap kasar

d)

suka mengumpat

2.

Jalan buntu bermaksud....

a)

berasa gelisah

b)

berasa pening

c)

tidak mendapat kata sepakat

d)

tidak tahu apa yang hendak dibuat

3.

Kecantikan anak gadis Pak Mail dan Mak Midah bagai ............... itu sering menjadi buah mulut penduduk kampung.

a)

cincin dengan permata

b)

langit dengan bumi

c)

bulan dipagari bintang

d)

pungguk merindukan bulan

4.

Anak yang baik akhlaknya dan baik asal keturunannya, ke mana-mana sahaja pergi, pasti akan mencerminkan akhlak yang baik ibarat kata;

a)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

b)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

c)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

d)

ke mana tumpahnya kuah, kalu tidak ke nasi

5.

Ayah Cindy selalu pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia _____.

a)

kaki lima

b)

kaki ayam

c)

kaki botol

d)

kaki perempuan

6.

Peribahasa berikut membawa maksud yang sama, kecuali;

a)

biduk berlalu kiambang bertaut

b)

carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua

c)

air dicencang tidak akan putus

d)

bagai tikus membaiki labu

7.

Lengkapkan,

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.......

a)

bersakit-sakit dahulu, bersuka-suka kemudian

b)

bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian

c)

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

8.

Lengkapkan,

Banyak udang, banyak garam..

a)

banyak orang, banyak geram

b)

banyak orang, banyak ragam

c)

banyak orang, pelbagai kerenah

9.

Lengkapkan,

Masuk kandang ................ mengembek, masuk kandang kerbau ................

a)

kambing......... menguak

b)

lembu..........mengaum

c)

kambing.........mengembu

10.

Mak Minah yang banyak bercakap itu ibarat .............. tidak disukai oleh orang kampung.

a)

katak diharung ular

b)

itik pulang petang

c)

murai dicabut ekor

11.

Menurut sahaja kehendak orang lain....

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti lembu dicucuk hidung

c)

seperti lembu berpegang pada talinya

12.

Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya....

a)

umpama harimau menyembunyikan kukunya

b)

umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

c)

umpama perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

13.

Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja...

a)

di mana ada gula, di situ ada semut

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti hujan jatuh ke pasir

14.

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi....

a)

seperti layang-layang putus talinya

b)

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

c)

sudah jatuh ditimpa tangga

15.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain...

a)

Seperti menatang minyak yang penuh

b)

Seperti aur dengan tebing

c)

Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.

16.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan..

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

c)

wang saku

17.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya mereka akan kehilangan segala-galanya....

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peribahasa di atas ialah............kecuali;

a)

Bersatu teguh, bercerai roboh.

b)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

c)

Seperti anai-anai makan kayu

18.

Lengkapkan,

Sampan sudah di air,..........

a)

pendayung belum dicari

b)

pendayung masih di jeti

c)

pendayung sudah di tangan

d)

pendayung telah hilang

19.

Lengkapkan,

Kalau takut dilambung ombak,.........

a)

jangan berumah di tepi pantai

b)

jangan buat rumah

c)

jangan berumah di tepi sungai

d)

jangan berumah di tepi kolam

20.

Lengkapkan,

Kuman di seberang laut nampak,.......

a)

gajah liar berkeliaran

b)

gajah di depan mata dibaikan

c)

gajah di depan mata tidak nampak

21.

Harga pakaian di butik ini ___________________________

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

indah khabar dari rupa

c)

mahal seperti berlian

22.

“Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap _______________________”, kata ibu kepada abang.

a)

bagai melepas batuk di tangga

b)

bagai cincin dengan permata

c)

bagai anjing dengan kucing

23.

Persengketaan antara Murni dengan abangnya itu merupakan perkara biasa kerana ___________________________

a)

besar periuk, besarlah keraknya

b)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

c)

gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga

24.

Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang diperkatakan oleh Kamal hanyalah ________________________________

a)

berat mulut

b)

bagai lembu dicucuk hidung

c)

indah khabar daripada rupa