NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Lim Hoi Qi seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 5E.
Hamba
Patik
Saya
Dia
"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Ewe pada petang nanti" kata Ang Jun Wei kepada Lucas.
Saya
Beta
Patik
Kami
"_____ perlu mengalahkan pasukan lawan jika hendak ke pusingan seterusnya" kata Tey Yong Sheng kepada pasukannya.
Kami
Mereka
Kita
Kalian
"_____ berjanji akan memastikan rakyat negara ini hidup dalam aman dan makmur" titah Yang Dipertuan Agong.
Baginda
Beta
Hamba
Patik
"Sebagai murid, ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata Cikgu Michelle.
dia
kita
kamu
mereka
Syamimi dan Himayah bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
Dia
Kita
Kami
Mereka
Guru besar sedang berucap di perhimpunan sekolah. _________ menasihati murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.
Dia
Beliau
Kami
"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.
beta
tuanku
patik
hamba
Puan Chung ialah Guru Besar SJK (C ) Chee Tong. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
Baginda
Dia
Beliau
Kamu
"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Soo kepada murid-murid.
mereka
beta
kalian
beliau
"Syarikat kami memberikan peluang kepada .................. untuk menikmati ganjaran hebat," kata pekerja itu kepada Chris.
anda
engkau
mereka
tuan hamba
Ng Cheng Yuan pergi ke Johor Bharu. Beliau ada urusan di........
itu
sini
sana
mana
"Alif, tolong ambilkan kamus yang terletak di atas meja ......" kata Aaron kepada Alif.
sana
situ
itu
ini
"Nah, ambil wang _______ !” kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
sini
ini
situ
__________ yang menjaga binatang di dalam Zoo?
Apakah
Di manakah
Bilakah
Siapakah
_____________ kamu akan bertolak ke London?
Apakah
Bilakah
Di manakah
Siapakah
_________kah yang ada di dalam beg kamu itu?
Apa
Bila
Siapa
Mengapa
"____________kah kamu tidak datang ke sekolah?" tanya Cikgu Syarifudin kepada Low Kuan.
Mengapa
Bagaimana
Bila
Apa
_____________ harga sebiji telur ?
Ke manakah
Bilakah
Apakah
Berapakah
_____________ warna meja itu ?
Bilakah
Apakah
Di manakah
Siapakah
