wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan K1A

Total questions: 27

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Amy

b)

Restoran Mami

c)

Koperasi Bersatu Berhad

d)

Syarikat Pinapin Sdn. Bhd.

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. Apakah bentuk pemilikan tersebut?


- Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

- Terdiri daripada beberapa ahli yang menggabungkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran

- Semua ahli membayar cukai pendapatan persendirian.

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat Awam Berhad

4.

Usaha sama ialah

a)

Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya.

b)

Hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis.

c)

Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna.

d)

Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu

5.

Rajah berkaitan dengan sektor perniagaan.

Manakah yang mewakili X?

I Pertanian

II Pembinaan

III Perhotelan

IV Perhutanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?

a)

Menyediakan infrastruktur

b)

Menyediakan bantuan pelaburan

c)

Memajukan sistem Pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

7.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

I Sumber manusia

II Teknologi maklumat

III Persaingan dan jaringan

IV Sosiobudaya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan. Apakah trend persekitaran yang berlaku?


Encik Raju mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju.

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

9.

Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?

a)

Target keuntungan dalam perniagaan

b)

Menjadi panduan untuk membuat keputusan

c)

Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekerja

d)

Sasaran yang boleh diukur dalam pencapaian perniagaan

10.

Syarikat Batik Siti Kelantan mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 6,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara.

Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Siti Kelantan.

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka Masa

d)

Boleh dicapai

11.

Berkaitan dengan memaksimumkan keuntungan perniagaan, apakah kepentingan perancangan jangka panjang dari aspek daya pengeluaran?


I Dapat mewujudkan kesetiaan jenama

II Mengurangkan kos seunit keluaran

III Mengelakkan pembaziran sumber

IV Dapat menguasai syer pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Maklumat berikut menunjukkan dua buah perniagaan yang terdapat di Bandar Alor Gajah, Melaka.


A Family Store

B Kilang Biskut Julie

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan Sumber Manusia

13.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan agar aktiviti perniagaan berjalan lancar

c)

Menjalankan aktiviti pengurusan sumber manusia untuk memastikan pengeluaran dapat dijalankan dengan sempurna

d)

Merancang dan mengawal pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi

14.

Maklumat di bawah berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat terhadap bahagian fungsian E dalam sesebuah organisasi.

Apakah bahagian fungsian E?


- Laman Web

- Blog

-Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter

a)

Jualan

b)

Pembelian

c)

Pemasaran

d)

Pengeluaran

15.

Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan ?

a)

Dapat meningkatkan produktiviti

b)

Memudahkan pengurusan inventori

c)

Memastikan keselamatan sistem ICT

angan

d)

Dapat membuat perancangan kewangan

16.

Mengapakah teknolgi maklumat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan ?

a)

Dapat meluaskan pasaran

b)

Dapat memproses barang dengan cepat

c)

Dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran

d)

Dapat mengagihkan barang kepada pengguna

17.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi

18.

Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?

a)

Memohon kelulusan daripada SIRIM

b)

Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO

d)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

19.

Encik Jaman ingin menambah seorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian beliau. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan oleh Encik Jaman?

a)

Mendaftarkan semula perniagaan

b)

Membubarkan perniagaan perkongsian

c)

Menghantar Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan

d)

Menghantar Borang Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan

20.

Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan?

a)

Puan Hafizah menambahkan stok buku di kedainya

b)

Encik John merasmikan cawangan baharu perniagaanya

c)

Encik Latif melantik dua orang Pengurus Pemasaran di syarikatnya

d)

Puan Anitah membuka pusat asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

21.

Apakah fungsi Penyata Aliran Tunai kepada usahawan?

a)

Membantu usahawan mengehadkan perbelanjaan semasa

b)

Menunjukkan penerimaan dan pembayaran perniagaan

c)

Menunjukkan kedudukan anggaran tunai pada masa depan

d)

Menjadi panduan kepada pihak bank untuk menuntut hutang

22.

Kemudahan yang disediakan olehbank atau institusi kewangan yang mempunyai akaun semasa ialah

a)

Sewa beli

b)

Draf bank

c)

Overdraft

d)

Kad kreditr

23.

Berikut merupakan prosedur untuk mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan kecuali

a)

Membuat permohonan

b)

Menyediakan penyata kewangan

c)

Menyediakan rancangan perniagaan

d)

Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

24.

Sumber pembiayaan dalaman merupakan

a)

Modal yang diperoleh daripada bank

b)

Modal yang diperoleh daripada agensi kerajaan

c)

Modal yang diperoleh daripada simpanan peribadi

d)

Modal permulaan yang diperoleh daripada kemudahan overdraf

25.

Pernyataan manakah yang benar berkaitan rajah?

a)

Hak ekslusif untuk suatu rekacipta

b)

Hak ekslusif kepada pencipta karya

c)

Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian

d)

Perlindungan terhadap hasil ciptaan agar tidak disalahgunakan

26.

Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?

a)

Memohon kelulusan daripada SIRIM

b)

Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia

c)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan pihak MyIPO

d)

Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans

27.

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?

a)

Usaha untuk membina imej baik organisasi

b)

Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi

c)

Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan

d)

Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi