wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKHLAK TAHUN 6 (BAB 1: MENZIARAHI JENAZAH )

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang salah

a)

Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan kematian

b)

Umat Islam harus menziarahi keluarga si mati apabila mendengar berita kematian di kampung

c)

Orang yang menziarahi jenazah dapat melahirkan simpati dengan mengucapkan takziah

d)

Menghantar jenazah adalah salah satu dari lima hak seorang muslim kepada muslim yang lain

2.

Tujuan menziarahi jenazah adalah:

a)

melaksanakan tanggungjawab seorang muslim terhadap saudaranya yang ditimpa musibah

b)

bekerjasama membantu menyelenggara urusan jenazah

c)

menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati

d)

mengingatkan orang yang hidup tentang kematian

e)

menzahirkan rasa bangga kerana dapat menziarahi jenazah

3.

Kelebihan menziarahi jenazah dalam konteks masyarakat, kecuali

a)

mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara mereka

b)

menghayati ruh ukhwah islamiyah

c)

menghayati prinsip kejiranan dan kemasyarakatan

d)

menzahirkan perasaan simpati terhadap si mati

4.

Kelebihan menziarahi jenazah dari konteks keluarga si mati:

a)

menenangkan dan meringankan perasaan sedih keluarga si mati

b)

menguatkan ketabahan hati

c)

mengurangkan beban tanggungan pengurusan jenazah

d)

mendidik diri untuk terus menunaikan tuntutan fardu kifayah

5.

Antara adab-adab menziarahi jenazah yang betul

a)

tidak meninggikan suara atau berbual kosong

b)

berzikir dan membaca al-quran dengan suara yang kuat

c)

menyediakan makanan untuk keluarga si mati

d)

mendoakan kesejahteraan jenazah

6.

Berikut merupakan adab-adab menziarahi jenazah, kecuali

a)

mengucapkan innalillah wa inna ilaihi raajiun

b)

segera menziarahi jenazah apabila mendengar berita kematian

c)

menyegerakan pengurusan jenazah

d)

menceritakan keaiban jenazah

7.

Hukum seorang muslim mengucapkan takziah kepada keluarga si mati

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

8.

Hukum menziarahi jenazah bukan muslim

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

9.

أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك

a)

Ucapan takziah

b)

Salam di perkuburan

c)

Doa harian

10.

Hal yang dilakukan apabila menziarahi jenazah bukan Muslim:

a)

hadir ke rumah si mati sebagai tanda si mati

b)

tidak menyertai upacara keagamaan jenazah

c)

mengucapkan takziah kepada keluarga si mati

d)

turut menyembahyangkan jenazah

11.

Hukum seorang muslim mengucapkan takziah kepada keluarga si mati

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

haram

12.

Kenal pasti adab menziarahi jenazah.

a)

Meratap si mati

b)

Mencari-cari aib si mati

c)

Menangis dan meraung

d)

Duduk dengan tenang dan sopan

13.

Pilih larangan ketika menziarahi jenazah.

a)

Memberikan senyuman kepada orang berziarah

b)

Meratap si mati

c)

Membaca Al-Quran

d)

Memakai pakaian yang menutup aurat

14.

Berikut merupakan adab menziarahi jenazah kecuali

a)

Memakai pakaian yang menutup aurat

b)

Mendoakan jenazah

c)

Mengotorkan kawasan perkuburan

d)

Duduk dengan tenang dan sopan

15.

Berikut merupakan larangan ketika menziarahi jenazah kecuali

a)

Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat

b)

Melakukan perkara yang bertentangan syariat Islam

c)

Merosakkan kawasan tanah perkuburan

d)

Melangkah tanah perkuburan

16.

Anda menziarahi jenazah saudara di kampung. Sebagai hamba Allah yang beriman, apakah bukti anda menjaga adab terhadap jenazah?

a)

Saya akan memakai pakaian mengikut trend semasa

b)

Saya akan memastikan pakaian saya berbau wangi

c)

Saya akan memakai pakaian yang cantik dan bergaya.

d)

Saya memastikan pakaian saya menutup aurat dan besopan.

17.

Sebagai seorang hamba Allah yang beriman, apakah yang perlu saya elakkan ketika menziarahi jenazah?

a)

Memaklumkan berita kematian kepada saudara mara

b)

Mencari aib si mati

c)

Mendoakan kebaikan buat jenazah

d)

Memakai pakaian menutup aurat

18.

Ketika menziarahi jenazah saudara anda, anda melihat ramai orang tidak menjaga adab menziarahi jenazah dengan bersembang dan bergelak ketawa. Apakah tindakan yang anda harus lakukan?

a)

Mengajak mereka membaca Yaasin bersama-sama.

b)

Memarahi semua hadirin yang ada.

c)

Meninggalkan jenazah tanpa berbuat apa-apa.

d)

Menyertai hadirin bersembang dan bergelak ketawa.

19.

"menziarahi orang Islam yang meninggal dunia sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak"


Kenyataan berikut merujuk kepada adab _____

a)

Menziarahi kawan

b)

Menziarahi jenazah

c)

Menziarahi orang tua

d)

Menziarahi ahli keluarga

20.

Ketika menziarahi jenazah jiran, Siti asyik bermain telefon tanpa henti. Adakah perbuatan Siti dikira sebagai beradab terhadap jenazah?

a)

Ya kerana bermain telefon termasuk dalam adab terhadap jenazah.

b)

Ya kerana bermain telefon tidak salah di sisi undang-undang

c)

Tidak kerana bermain telefon ketika menziarahi jenazah adalah perbuatan yang kurang beradab

d)

Tidak kerana bermain telefon ketika menziarahi jenazah akan menghabiskan data internet.