wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KFIS'23 SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Apakah cabang falsafah yang membincangkan tentang asas, matlamat, sumber dan ciri-ciri ilmu pengetahuan?
a)
Logik
b)
Ontologi
c)
Etimologi
d)
Epistemologi
2.
Bagaimanakah aspek kerohanian diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
a)
Melibatkan murid dalam program motivasi
b)
Mengajarkan subjek agama dan moral di sekolah
c)
Menganjurkan program kemasyarakatan di sekolah
d)
Menggalakkan interaksi antara murid lelaki dan perempuan
3.
Apakah matlamat pendidikan dalam Islam?
a)
Melahirkan insan beradab
b)
Melahirkan insan berdikari
c)
Melahirkan insan cemerlang
d)
Melahirkan insan pempengaruh
4.
Manakah antara pernyataan berikut merupakan tujuan pengenalan Rukun Negara?
a)
Menentukan cara hidup berkeluarga
b)
Memelihara nilai-nilai keimanan dan ketakwaan
c)
Membina satu masyarakat yang progresif dan dinamik
d)
Membentuk kepercayaan hanya kepada Tuhan yang Esa
5.
Apakah yang dimaksudkan dengan "a good man" dalam falsafah?
a)
Insan berilmu
b)
Insan beradab
c)
Insan beramal
d)
Insan beriman
6.
Manakah antara berikut yang SALAH mengenai kategori Ilmu Falsafah?
a)
Metafizik
b)
Kosmologi
c)
Matematik
d)
Astrologi
7.
X merujuk kepada perbincangan falsafah mengenai hakikat kewujudan roh. Apakah cabang ilmu falsafah yang sesuai dengan X?
a)
Logik
b)
Metafizik
c)
Aksiologi
d)
Epistemologi
8.
Apakah kategori ilmu falsafah yang membahaskan mengenai hakikat kejadian dan kewujudan alam semesta?
a)
Biologi
b)
Astrologi
c)
Astronomi
d)
Kosmologi
9.
Teori epistemologi terbahagi kepada dua aliran utama iaitu aliran empirisme dan aliran rasionalisme. Manakah antara berikut yang digunakan oleh aliran rasionalisme untuk mendapatkan ilmu yang sahih?
a)
Intuisi
b)
Emosi
c)
Intelektual
d)
Pancaindera
10.
Mengapakah tokoh falsafah Islam meletakkan hikmah pada kedudukan yang lebih tinggi daripada falsafah?
a)
Hikmah adalah ilmu bersumberkan wahyu Allah
b)
Falsafah hanya dipelajari oleh masyarakat Barat
c)
Hikmah hanya boleh dicapai oleh para nabi dan rasul
d)
Falsafah dan hikmah mempunyai kaedah berfikir yang berbeza
11.
Apakah maksud logik dari sudut terminologi?
a)
Mengkaji prinsip persepsi yang betul
b)
Mengkaji prinsip pendapat yang betul
c)
Mengkaji prinsip penaakulan yang betul
d)
Mengkaji prinsip persefahaman yang betul
12.
Pilih pernyataan yang SALAH mengenai tujuan mempelajari ilmu logik.
a)
Mempercayai setiap berita yang diterima
b)
Mengetahui kaedah atau cara berfikir yang betul
c)
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran analisis
d)
Mengenal pasti baik buruk setiap perbuatan yang dilakukan
13.
Semua remaja lelaki di Kota Kinabalu berbudi pekerti mulia. Kesimpulannya, semua remaja lelaki di Sabah berbudi pekerti mulia. Apakah kaedah logik dalam penghujahan di atas?
a)
Induktif
b)
Deduktif
c)
Abduktif
d)
Heuristik
14.
Manakah antara berikut merupakan matlamat penciptaan manusia menurut falsafah Konfusius?
a)
Menjadi penebus dosa
b)
Mencapai tahap nirvana
c)
Melahirkan sebuah kehidupan baru yang berulang
d)
Mencapai tahap manusia yang sempurna dan teragung
15.
Apakah takrif INSAN menurut ahli falsafah?
a)
Insan adalah manusia yang alpa
b)
Insan adalah manusia yang berfikir
c)
Insan adalah manusia yang harmonis
d)
Insan adalah manusia yang diciptakan oleh Tuhan
16.
Berikut merupakan peranan hamba Allah di muka bumi, KECUALI;
a)
Mematuhi segala suruhan
b)
Berfikir bebas secara mutlak
c)
Meninggalkan segala larangan
d)
Beribadah kepada Allah sahaja
17.
Manakah antara berikut BUKAN kedudukan manusia dalam pandangan al-Quran?
a)
Makhluk paling mulia
b)
Makhluk paling awal diciptakan
c)
Makhluk yang dikurniakan akal fikiran
d)
Makhluk yang paling indah kejadiannya
18.
Satu bidang falsafah yang mengkaji hakikat tuhan,hakikat manusia dan hakikat alam. Apakah istilah yang PALING TEPAT menggambarkan pernyataan di atas?
a)
Kosmologi
b)
Causality
c)
Ontologi
d)
Ekologi
19.
Berikut adalah negara yang mengangkat kedudukan sekularisme dalam pemerintahan, KECUALI:-
a)
Iran
b)
Turki
c)
Perancis
d)
Amerika Syarikat
20.
Suatu fahaman yang berteraskan akal rasional dan buktian sains semata-mata di dalam menentukan kebenaran. Apakah fahaman yang bersesuaian dengan pernyataan di atas?
a)
Empirisisme
b)
Rasionalisme
c)
Modenisme
d)
Relativisme