Worksheetskuiz kata adjektif
Total questions: 22
Worksheet time: 16mins
Air sungai di belakang rumah Encik Hussin mengalir dengan ___________________ selepas hujan lebat turun pagi tadi.
deras
cepat
Murni berasa _______________ apabila dia lulus dalam ujian memandu kereta pada hari Jumaat lepas .
gembira
kecewa
Pengantin lelaki itu kelihatan sungguh _____________apabila memakai sepersalinan songket.
comel
kacak
Pengalaman _________________ yang pernah dialami oleh Zuriati mengajarnya erti kehidupan.
pahit
kesat
Biskut di dalam tin itu sudah _________ kerana penutupnya tidak ditutup dengan rapat.
lemau
lembik
Shila berasa_____________ ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan.
ganjil
kekok
Penduduk kampung memandang _______________ terhadap perbuatan tidak bermoral pemuda-pemuda yang sedang melepak itu.
condong
serong
Program motivasi di sekolah saya telah berjalan dengan ________________.
lancar
pantas
Bunyi gesekan biola itu kurang merdu kerana talinya telah __________________________.
kendor
bengkok
Makcik Anis menghiris daging bakar yang _______________ itu nipis-nipis sebelum dihidangkan kepada tetamu
kenyal
kental
Aiman berjalan dengan pantas apabila hujan mulai _______________.
lebat
kuat
Cikgu Zaleha amat ____________ akan kebolehan Murni untuk mendeklamasikan sajak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada bulan hadapan.
waswas
yakin
Nasi yang ______________ itu telah dibuang oleh emak ke dalam tong sampah .
basi
busuk
Saiful seronok berenang di sungai itu kerana airnya sangat sejuk dan ______________.
putih
jernih
Keadaan datuk yang semakin ____________ tidak mengizinkannya turun ke laut untuk menangkap ikan lagi.
sihat
uzur
Ibu berasa ________________ kerana ayah belum pulang ke rumah walaupun hari telah lewat.
bimbang
ngeri
Suara Lina yang ______________ itu membolehkannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan nyanyian yang disertainya.
merdu
serak
Baju yang baru dibelinya menjadi _________selepas dibasuh.
kendur
kecut
Jenang pintu dapur rumah nenek telah _______________ kerana dimakan anai-anai.
buruk
lapu
reput
hancur
Penglihatan Azila menjadi _______ kerana dia selalu menonton televisyen dalam jarak yang sangat dekat.
hitam
jernih
kabur
gelap
Biksut yang dibeli oleh ibu menjadi lemau kerana lambat disimpan di dalam bekas ____________ udara
kedap
kerap
rapat
padat
Nasi yang ditanak oleh kakak telah ___________ lantaran dia sibuk berbual di telefon
hapak
hangit
hangus
rentung
