Font size
WorksheetsMPV Landskap dan Nurseri : Ulangkaji Modul 1
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Antara yang berikut yang manakah merupakan POKOK RENEK?
Antara berikut yang manakah BUKAN Tumbuhan Akuatik?
Gambar menunjuk sejenis pokok hiasan landskap. Tumbuhan landskap tersebut adalah dari jenis __________________.
Pokok Utama
Pokok Renek
Pokok Palma
Pokok Hiasan Dalaman
Pokok ini adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari gurun yang bersuhu tinggi dan kurang air. Pilih gambar tanaman yang TEPAT bagi ciri yang dinyatakan.
Tanaman/ Pokok ini adalah dari jenis ________________
Pokok bunga semusim
Pokok Utama
Pokok Renek
Pokok memanjat
Antara berikut yang manakah BUKAN Tanaman Penutup Bumi?
Tanaman ini mempunyai jangka hayat yang pendek. Tumbuh, membesar, kemudian berbunga dan mati. Jangka hayatnya adalah kurang dari setahun. Ciri-ciri yang disebutkan merujuk kepada _____________________________
Pokok Renek
Pokok Orkid
Tanaman Semusim/ Pokok Bunga Semusim
Pokok Menjalar dan Memanjat
Antara yang berikut yang manakah merupakan POKOK MEMANJAT dan MENJALAR?
Antara yang berikut yang manakah merupakan Tanaman Hiasan Dalaman?
Pokok ini biasanya tumbuh di atas pokok (epifit) atau di permukaan tanah (terestrial).Pilih tanaman yang TEPAT bagi ciri yang dinyatakan…..
Yang manakah BUKAN Pokok Renek?
Tanaman ini adalah sejenis Tanaman _______________
Bunga Semusim
Memanjat dan Menjalar
Penutup Bumi
Hiasan Dalaman
Terdapat 4 Jenis Pokok Renek. Antara berikut yang manakah BUKAN jenis Pokok Renek?
Renek Berdaun
Renek Berbatang Keras
Renek Berbatang Lembut
Renek Berumbisi
Renek Berbuah
Antara elemen yang berikut, elemen yang manakah TIDAK terdapat di dalam landskap?
Tumbuh-tumbuhan
Air
Topografi
Elemen kaku dan statik / Elemen kejur
Arah mata angin
Apakah elemen landskap yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Air
Topografi
Elemen kaku dan statik/ Elemen Kejur
Flora dan fauna
Antara yang berikut yang manakah BUKAN elemen kaku dan statik/ struktur binaan?
Apakah ELEMEN yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Air
Topografi
Tumbuh-tumbuhan
Elemen kaku dan statik
Apakah fungsi tumbuh-tumbuhan di dalam landskap?
Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai pelembut penglihatan kepada satu-satu seni bina
Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi.
Mengubah arah penyaliran dan menampakkan keadaan semula jadi.
Untuk mewujudkan ruang, urutan, dan melengkapkan ruang
Gambar di atas merujuk kepada elemen ___________________.
Topografi
Air
Tumbuh-tumbuhan
Elemen kaku dan statik
Tumbuhan seperti penutup bumi ditanam di lereng bukit atau tebing sungai. Amalan ini merujuk kepada fungsi /bertujuan _________________________ melalui landskap.
Melembutkan bentuk
Mengawal iklim
Mengawal hakisan
Membentuk ruang
Tumbuhan boleh ditanam untuk membentuk sempadan atau ruang tertentu seperti kawasan rekreasi, kawasan tempat letak kereta atau kawasan perindustrian. Ini merujuk kepada fungsi landskap untuk________________________________________.
mengarah pergerakan
melembutkan bentuk
membentuk ruang
mengawal hakisan
Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi. Ini merujuk kepada fungsi elemen _____________________.
air
tumbuh-tumbuhan
rupa bumi
topografi
Faktor tambahan bagi pemilihan tumbuhan landskap adalah seperti berikut KECUALI ____________________
tekstur
warna
bau-bauan
nilai komersial
Antara berikut yang manakan BUKAN punca berlakunya kemalangan?
Kecuaian manusia
Kawalan keselamatan
Persekitaran bengkel
Peraturan yang spesifik
Berikut adalah kemalangan yang boleh berlaku di tapak landskap KECUALI
Tergelincir
Jatuh
Tersepit
Jatuh Cinta
Pilih tiga (3) Alat Perlindungan Keselamatan di Nurseri dan Tapak Keselamatan yang BETUL
Topi
But Keselamatan
Apron dapur
Sarung tangan
Selipar getah
Punca kemalangan akibat tiada arahan sebelum dan selepas memulakan kerja adalah di dalam kategori_____________
Kecuaian manusia
Persekitaran bengkel/ tempat kerja / tapak landskap
Kawalan keselamatan
Pematuhan arahan keselamatan
Papan tanda di atas adalah dalam kategori..............................
Tanda Amaran
Tanda Larangan
Tanda Kemudahan Keselamatan
Tanda Amaran Keselamatan Kebakaran
Sekiranya terdapat peralatan yang rosak apakah yang patut anda buat?
Gunakan selagi boleh
Buang dalam tong sampah
Maklumkan kepada guru dan asingkan alatan tersebut
Simpan di rak asal
Apakah fungsi "Tempat Pengerasan"?
Ruang terbuka untuk mengeraskan medium dan pasu tanaman
Ruang yang mempunyai struktur yang keras untuk meletak tanaman yang berat
Ruang terbuka untuk dedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur untuk sesuaikan dengan persekitaran baru
Ruang terbuka untuk memastikan anak pokok cepat membesar dan dapat cahaya matahari penuh
Gambar di atas menunjukkan salah satu struktur asas dalam nurseri. Apakah struktur yang ditunjukkan?
Stor
Tempat Jualan
Rumah Tumbuhan
Tapak penyediaan medium
Perlu dibina mengikut arah utara selatan supaya cahaya matahari sampai kepada tumbuhan secara sekata. Ini adalah satu faktor dalam pembinaan rumah tumbuhan. Apakah faktor ini?
Peratus Teduhan
Bahan Binaan
Sistem Penyiraman
Orientasi
Proses yang melibatkan kegiatan merancang,
mereka bentuk, melaksana dan menguruskan
landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan
keselamatan manusia.
Terma di atas merujuk kepada DEFINISI __________________________________
Landskap
Pelandskapan
Nurseri
Kemalangan
Gambar di atas menunjukkan salah satu alat perlindungan keselamatan di nurseri. Apakah nama alat ini?
But Keselamatan
Pelitup Hidung dan Mulut
Gogal
Respirator
Antara yang berikut yang manakah BUKAN adalah jenis susun atur kedudukan asas dalam nurseri ?
Susun atur lurus
Susun atur secara melengkung
Susun atur secara berpusat
Susun atur secara bersilang
Sekiranya ada rakan yang terkena renjatan elektrik, apakah tindakan awal yang patut diambil?
Tarik rawan tersebut
Siram rakan tersebut dengan air
Menutup suis utama bagi mematikan arus elektrik
Selimutkan rakan tersebut dengan kain basah
Apakah jenis susun atur struktur nurseri yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
Susun atur secara berpusat
Susun atur secara melengkung
Susun atur lurus
Susun atur bersimpang
Apakah tindakan yang boleh diambil bagi merawat mangsa yang melecur Tahap 1?
Mengalirkan air sejuk pada bahagian yang melecur, sapu losen dan balut dengan kain bersih
Mengalirkan air sejuk pada bahagian yang melecur selama 1 jam
Terus bawa mangsa ke hospital
Sapu antiseptik dan ubat luka
Berikut adalah TIGA Jenis Nurseri yang terdapat di Malaysia KECUALI
Nurseri Runcit
Nurseri Borong
Nurseri Landskap
Nurseri Perusahaan
Apakah maksud yang ditunjukkan oleh gambar arahan keselamatan tersebut?
Sila buat ulangkaji sebelum mula sekolah
Sila lengkapkan buku rekod peminjaman alatan
Sila rujuk buku teks
Sila rujuk buku manual
