wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Asas Seni Reka II

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Jenis garisan yang memberi perasan lembut ialah

a)

garisan beralun

b)

garisan halus

2.

Garisan boleh diolah untuk menghasilkan ton dengan cara

a)

merapatkan atau menjarangkan garisan

b)

menggunakan pelbagai jenis garisan yang berbeza-beza

3.

Gambar di atas menujukkan daun yang mempunyai

a)

garisan estetik

b)

garisan benda alam

4.

Berikut ialah bahan-bahan melukis yang dapat menghasilkan garisan, kecuali

a)

arang

b)

pembaris

c)

pena kaligrafi

d)

krayon

5.

Apakah fungsi garisan yang terdapat dalam gambar rajah diatas?

a)

Menghasilkan bentuk

b)

Menghasilkan rupa

6.

Berdasarkan gambar rajah di atas, garisan berjaya menghasilkan

a)

pergerakan

b)

kesatuan

7.

Unsur-unsur garisan sering diaplikasikan dan ditonjolkan dalam karya seni khasnya dalam

a)

karya-karya seni abstrak

b)

karya-karya seni landskap

8.

Garisan-garisan kasar dan halus yang ditunjukkan dalam lukisan landskap di atas memberi kesan

a)

jalinan

b)

ruang

9.

Gambar foto di atas menunjukkan garisan pada tayar yang memberi kesan

a)

jalinan sentuh

b)

bentuk konkrit

10.

Berikut ialah teknik-teknik menghasilkan garisan, kecuali

a)

teknik pualaman

b)

teknik kolaj

c)

teknik anyaman

d)

teknik campuran

11.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai peranan rupa?

I Menghasilkan logo

II Menghasilkan bentuk

III Menghasilkan corak

IV Menghasilkan ilustrasi

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, II dan IV

12.

Apakah jenis rupa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

a)

Rupa cendawan

b)

Rupa organik

13.

Berikut ialah ciri-ciri rupa, kecuali?

a)

garisan penghujung bercantum dengan permulaannya

b)

tidak mempunyai jisim

c)

satu kawasan dilingkari oleh satu garisan yang mempunyai pangkal dan hujung

14.

Antara yang berikut, yang manakah bukan logo simbol?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Apakah jenis rupa dan reka bentuk huruf?

a)

Muka taip

b)

Kapsyen

16.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai gambar rajah di atas?

I Ulangan rupa menghasilkan corak

II Rupa organik menjadi motif corak

III Bentuk rama-rama menjadi asas motif

IV Motif rama-rama membentuk gubahan corak

a)

I dan II

b)

III dan IV

17.

Gambar rajah di atas menunjukkan rupa yang terdiri daripada tindanan

a)

bintang

b)

segi tiga

18.

Merujuk kepada gambar rajah di atas, apakah jenis rupa yang dihasilkan oleh kunci tersebut?

a)

Rupa bentuk

b)

Rupa positif

19.

Apakah cara untuk melukis rupa geometri?

a)

Melukis dengan alat set geometri

b)

Melukis dengan pena teknikal

20.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang rupa?

a)

Terdapat rupa organik

b)

Dua penghujuing dalam garisan bercantum

c)

Rupa mempunyai jisim

d)

Terdapat rupa positif dan rupa negatif

21.

Merujuk kepada gambar rajah di atas, apakah unsur seni yang dapat ditonjolkan pada buah jambu?

a)

Jalinan

b)

Bentuk

22.

Bentuk dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu

I bentuk konkrit

II bentuk ilusi

III bentuk imaginasi

IV bentuk fantasi

a)

I dan II

b)

III dan IV

23.

Terdapat hubungan rapat antara rupa dengan bentuk kerana

a)

bentuk bergabung dengan rupa untuk menghasilkan bentuk tiga dimensi

b)

rupa sebagai asas panduan untuk melukis bentuk

24.

Pernyataan yang berikut menerangkan sifat-sifat bentuk maujud. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenainya?

a)

bentuk mempunyai panjang, lebar, dan tinggi

b)

bentuk mempunyai jisim

c)

bentuk mempunyai tiga dimensi

d)

bentuk mempunyai kontra

25.

Gambar rajah di atas menggambarkan tiga bentuk piramid yang berlainan saiz. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenainya?

a)

Menimbulkan perspektif

b)

Menunjukkan saiz piramid yang berbeza-beza

26.

Berikut adalah unsur-unsur seni. Unsur seni yang manakah perlu diaplikasikan demi menghasilkan karya bentuk ilusi yang berkesan?

I Jalinan

II Ruang

III Garisan

IV Ton

a)

I, II dan III

b)

I, II, III dan IV

27.

Berikut adalah bahan-bahan untuk menghasilkan karya seni berbentuk konkrit. Bahan yang manakah tidak sesuai untuk tujuan tersebut?

a)

Lilin

b)

Papier mache

c)

Warna krayon

d)

Tanah liat

28.

Bunga apakah yang dijadikan kajian untuk menghasilkan ilustrasi seperti di atas?

a)

Bunga raya

b)

Bunga matahari

29.

Manakah yang berikut menjadi asas kepada olahan bentuk?

a)

Rupa

b)

Ton

30.

Merujuk kepada bentuk objek di atas, pandangan atas yang manakah mencerminkan objek tersebut?

a)

b)

31.

Terdapat rumah tradisional Melayu di kampung yang dihiasi dengan jalinan ukiran kayu tebuk tembus. Apakah kelebihan jalinan ukiran ini?


I Pancaran cahaya

II Aliran pengalir udara

III Keunikan dan keindahan

IV Menambahkan ruang

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

32.

Antara hasil kraf tangan Malaysia yang berikut, yang manakah tidak menunjukkan jalinan sentuh?

a)

Seni tenunan

b)

Seni batik

33.

Antara teknik yang berikut, teknik yang manakah tidak dapat menghasilkan jalinan sentuh dalam karya seni?

a)

Impasto

b)

Basah atas basah cat air

34.

Kriteria yang manakah tidak menampakkan unsur jalinan dalam sesuatu karya seni?

a)

Terdapat permukaan yang tidak sama rata

b)

Persembahan yang mengutamakan unsur warna

c)

Apresiasi berlaku melalui visual

d)

Berkarya di atas permukaan yang rata

35.

Antara tafsiran yang berikut, yang manakah dapat memberikan maksud jalinan?

a)

Kehalusan pada permukaan objek

b)

Kesan-kesan yang dapat mengubah dan mempengaruhi mutu permukaan objek

36.

Mengapakah tayar kenderaan mesti mempunyai jalinan?

a)

Untuk keselamatan

b)

Untuk memberi cengkaman kuat pada permukaan jalan

37.

Apakah peranan utama jalinan dalam sesuatu karya seni tampak?


I Mewujudkan pandangan perspektif

II Memberi kesan nilai estetik

III Menghasilkan nilai realistik

IV Menjadikan jalinan lebih mantap

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

38.

Apakah teknik yang digunakan untuk memindah jalinan sentuh sesuatu permukaan objek ke atas sehelai kertas?


I Renjis

II Capan

III Gosokan

IV Celup

a)

I dan IV

b)

II dan III

39.

Antara objek yang berikut, yang manakah mempunyai jalinan berfungsi nilai estetik?

a)

Tapak kasut sukan

b)

Kain batik

40.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan jenis jalinan dalam bidang seni?

a)

Jalinan visual dan jalinan tampak

b)

Jalinan tampak dan jalinan sentuh

41.

Gambar rajah di atas, campuran warna biru dan kuning yang menghasilkan warna Y. Apakah warna Y,

a)

Jingga

b)

Hijau

42.

Apakah fungsi utama warna hijau yang terdapat pada badan belalang?

a)

Sebagai jalinan

b)

Memberi perlindungan

43.

Berikut adalah aspek utama peranan ton warna dalam catan landskap. Aspek yang manakah tidak benar?

a)

Perspektif

b)

Realistik

c)

Batik

44.

Pernyataan di bawah menerangkan ciri-ciri warna. Pernyataan manakah benar mengenai warna asas?


I Dapat diperoleh daripada campuran dua warna sekunder

II Dapat diperoleh daripada campuran satu warna sekunder dan satu warna tertier

III Mempunyai kuasa impak yang kuat

IV Tidak dapat diperoleh daripada campuran warna-warna lain

a)

I dan II

b)

III dan IV

45.

Berikut adalah warna-warna dalam roda warna. Warna yang manakah merupakan kumpulan warna harmoni?

I Merah

II Hijau

III Kuning

IV Ungu

V Biru

VI Jingga

a)

I, II dan III

b)

IV, V dan VI

c)

I, III dan IV

d)

II, IV dan V

46.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang warna sewarna?

a)

Kroma warna yang bercampur dengan warna lain

b)

Campuran satu warna dengan hitam atau putih

47.

Merujuk kepada roda warna di atas, kumpulan yang manakah menunjukkan nilai warna panas?

a)

B, F dan G

b)

C, H dan I

c)

A, D dan E

d)

A, B dan C

48.

Apakah teknik yang digunakan untuk melukis bentuk di atas?

a)

Perspektif satu titik lenyap

b)

Persepktif dua titik lenyap

49.

Pernyataan yang berikut menggambarkan sifat-sifat warna sejuk. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenainya?

a)

Sesuai untuk karya bertemakan perayaan

b)

Berhubung kait dengan tumbuh-tumbuhan, air kolam dan gunung-ganang

50.

Pernyataan yang manakah menerangkan bahawa warna objek yang sama berlatarbelakangkan warna yang berbeza-beza akan memberi impak yang berlainan?

a)

Suhu warna

b)

Warna bertindak

51.

Antara yang berikut, karya-karya seni kraf tangan tradisional yang manakah tidak menunjukkan ruang nyata?

a)

Batik

b)

Anyaman bakul

52.

Merujuk kepada ilustrasi landskap di atas, susun objek-objek mengikut susunan ruang yang betul dari jauh ke dekat.

a)

4, 6, 2, 8 dan 5

b)

1, 8, 7, 3, dan 4

c)

5, 1, 6, 7 dan 4

d)

5, 8, 6, 4 dan 3

53.

Merujuk kepada ilustrasi di atas, apakah jenis unsur seni yang dititikberatkan dalam gambar tersebut?

a)

Rupa

b)

Ruang

54.

Konsep ruang amat diutamakan dalam catan landskap. Unsur-unsur konsep ruang yang manakah telah diaplikasikan dalam penghasilan karya tersebut?


I Warna panas dan warna sejuk

II Pencahayaan

III Perbezaan saiz objek

IV Pandangan perspektif

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

55.

Untuk menghasilkan sebuah gambar landskap, apakah nilai warna yang seharusnya diaplikasikan pada gunung-ganang bagi menghasilkan kesan jauh?

a)

Warna sejuk

b)

Warna neutral

56.

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah bukan mencerminkan ruang ilusi?

a)

Risalah promosi pelancongan

b)

Pentas dewan besar

57.

Berdasarkan konsep seni visual, apakah asas seni reka yang diolah dengan pelbagai saiz atau ton yang berbeza-beza untuk menimbulkan ruang?


I Ruang

II Bentuk

III Jalinan

IV Rupa

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

58.

Mengapakah pelukis menggunakan garisan yang jauh lebih tebal untuk mengolah objek Y berbanding dengan objek-objek lain dalam ilustrasi di atas?

a)

Kerana objek Y berada di depan

b)

Kerana saiz objek Y lebih besar

59.

Apakah aspek kepelbagaian yang ditegaskan dalam ilustrasi di atas?

a)

Jalinan

b)

Ruang

60.

Apakah jenis pandanganruang yang terdapat pada lukisan objek di atas?

a)

Ruang rata

b)

Ruang dua titik lenyap