wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA 1

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Apabila hendak berbuat sesuatu, bertindak atau berbelanja hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri.

a)

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

d)

Ada gula ada semut

2.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Menang atau kalah dalam sesuatu perselisihan, kedua-duanya tetap akan mengalami kerugian.

a)

Bagai layang-layang putus talinya

b)

Biduk berlalu kiambang bertaut

c)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

d)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

3.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Berbuat sesuatu janganlah separuh jalan, biar bersungguh-sungguh hingga matlamat tercapai.

a)

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

b)

Bagai langit dengan bumi

c)

Di mada ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

Alang-alang berdakwat biar hitam

4.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.

a)

Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama

b)

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

c)

Air beriak tanda tak dalam

d)

Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya

5.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


i) Pekerjaan yang sulit dan rumit harus dilakukan dengan berhati-hati dan cermat

ii) Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

a)

Sudah terhantuk baru tengadah

b)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

c)

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak

d)

Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

6.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera

a)

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

b)

Mencurahkan air ke daun keladi

c)

Lembu dogol jangan dibalun

d)

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

7.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Genggam bara api biar sampai jadi arang

a)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

b)

Alang-alang mandi biar basah

c)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

d)

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

8.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu

a)

Air dicencang tak akan putus

b)

Bagai isi dengan kuku

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bersatu teguh bercerai roboh

9.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin

a)

Bagai minyak dengan air

b)

Bagai hempedu lekat di hati

c)

Bagai cincin dengan permata

d)

Bagai langit dengan bumi

10.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Alang-alang berminyak biar licin

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

b)

Bagai gagak pulang ke benua

c)

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

d)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

11.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

a)

Membuka pekung di dada

b)

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Seperti aur ditarik songsang

12.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Menatang minyak yang penuh

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

Mencurahkan air ke daun keladi

13.

Berikan SATU peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

Tiada rotan akar pun berguna

b)

Habis manis sepah dibuang

c)

Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tidak akan berbau

d)

Ulat lupakan daun

14.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain

a)

Bagai langit dengan bumi

b)

Ada gula ada semut

c)

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

d)

Bermuka dua

15.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


i) Jika bernasib baik akan mendapat kejayaan, jika bernasib tidak baik, akan mendapat kerugian

ii) menyerahkan nasib kepada takdir

a)

Seperti lintah menghisap darah

b)

Bagai layang-layang putus talinya

c)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

Bagai gembala diberi keris

16.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Walaupun harga sesuatu barang itu mahal sedikit, namun berbaloi kerana kualitinya yang bagus.

a)

Alah membeli menang memakai

b)

Tiada beban batu digalas

c)

Alah bisa tegal biasa

d)

Rambang mata

17.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

a)

Sambil menyelam minum air

b)

Lintah darat

c)

Menangguk di air keruh

d)

Indah khabar daripada rupa

18.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Kalau takut berhadapan dengan kesusahan atau penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah dan berisiko.

a)

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

b)

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

c)

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

19.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Seseorang yang walaupun telah keluar negeri (merantau), tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja.

a)

Anak dagang

b)

Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

c)

Bagai gagak pulang ke benua

d)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

20.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.


Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

a)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

b)

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

c)

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

d)

Biar mati anak jangan mati adat

21.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan.

a)

Dicabut layu, diubah mati

b)

Condong ditumpil, lemah dianduh

c)

Bersekutu bertambah mutu

d)

Bagai telur di hujung tanduk

22.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Suzanna ........................................... apabila ayahnya menghadiahkan kereta idamannya sempena kejayaannya dalam SPM.

a)

Bagai kaca terhempas ke batu

b)

Bagai kera mendapat bunga

c)

Bagai gembala diberi keris

d)

Bagai itik mendapat air

23.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Jika berpendapatan besar, maka perbelanjaannya pun besar.

a)

Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai

b)

Daripada segenggam jadi segantang

c)

Besar periuk, besarlah keraknya

d)

Di mana air bertakung, di situ ikan berkampung

24.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya

a)

Langkah seribu

b)

Ambil langkah

c)

Langkah bendul

d)

Langkah kanan

25.

Pilih peribahahasa yang SESUAI berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Encik Rahman tidak disukai oleh orang bawahannya kerana dia suka berjanji, namun tidak pernah menepati janji yang dibuat, sesuai dengan peribahasa .......................................................... .

a)

Ukur baju di badan sendiri

b)

Senduk besar tak mengenyang

c)

Orang mengantuk disorongkan bantal

d)

Jauhari sahaja yang mengenal manikam