Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B3T5 (3.1-3.2)

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun, bagaimanakah kedudukan sistem pemerintahan beraja di negeri-negeri Melayu?

a)

Sistem pemerintahan beraja kekal

b)

Sistem pemerintahan beraja terhapus

c)

Sistem pemerintahan beraja digulingkan

d)

Sistem pemerintahan beraja di bawah Ratu England

2.

Pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan DUA undang-undang iaitu

a)

Hukum Kanun Manu

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-undang Laut Melaka

d)

Undang-undang Maritim Melaka

3.

Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh kesultanan berikut KECUALI

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Johor Riau

4.

DUA kesultanan berikut merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau.

a)

Perak

b)

Kelantan

c)

Selangor

d)

Terengganu

5.

DUA kesultanan yang diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Perlis

b)

Kelantan

c)

Selangor

d)

Terengganu

6.

Kesultanan ini merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita. Kesultanan ini mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Perak

b)

Kedah

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

7.

Secara tradisinya, Raja-raja Melayu dianggap sebagai __________________, ___________________ dan ________________

a)

dewa raja

b)

ketua agama

c)

ketua kerajaan

d)

sumber undang-undang

8.

Semasa peluasan pengaruh British, British telah memperkenalkan Sistem Penasihat di __________

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Borneo Utara

c)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

9.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pengenalan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Kedudukan raja digantikan oleh Residen

b)

Raja diberikan pencen bulanan

c)

Raja kekal sebagai pemerintah berdaulat

d)

Raja mesti menerima nasihat daripada Residen

10.

Bagaimanakah bentuk pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu Sistem Penasihat diperkenalkan?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Kedudukan raja yang memerintah lebih kukuh

b)

Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja

c)

Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh Penasihat British

d)

Raja tidak mempunyai kuasa pentadbiran dan perundangan

11.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pendudukan Jepun? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kedudukan Raja-raja Melayu diganti oleh Gabenor Jepun

b)

Raja-raja Melayu diberi pampasan pencen bulanan

c)

Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu di bawah pengawasan Gabenor Jepun

12.

Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu ketika British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu?

Pilih DUA jawapan tepat.

a)

Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri

b)

Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England

c)

Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan

d)

Raja-raja Melayu berkuasa mutlak

13.

Apakah DUA kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu?

a)

Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan

b)

Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam

c)

Raja-raja Melayu kekal di takhta tetapi tiada kuasa pentadbiran dan perundangan

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu diangkat sebagai Raja Berperlembagaan

14.

Sebelum Perang Dunia Kedua, British telah memperkenalkan Sistem Residen di __________

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Borneo Utara

c)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

15.

Bagaimanakah kedudukan pemerintahan beraja dalam Perlembagaan Persekutuan? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Raja-raja Melayu berkuasa menggubal undang-undang

b)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak diteruskan

c)

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara

d)

Kedudukan, kuasa dan tugas Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

16.

Apakah DUA peranan Durbar yang dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam

b)

Majlis Persidangan bagi Raja-Raja Melayu

c)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British

d)

Menentang pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu

17.

Siapakah yang mempengerusikan Durbar?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Residen British

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

18.

Siapakah yang mempengerusikan Majlis Sultan-Sultan (The Council of Sultans)?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Ketua Setiausaha Malayan Union

c)

Gabenor Malayan Union

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

19.

Siapakah yang diberi bidang kuasa untuk menguruskan Majlis Raja-Raja?

a)

Raja-raja Melayu

b)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

c)

Penasihat undang-undang

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

20.

Apakah TIGA fungsi Majlis Raja-Raja?

a)

Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

b)

Membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

c)

Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu

d)

Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu