wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ TING.4 BAB 9

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.

Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?

a)

Mengamalkan sistem perhambaan

b)

Mementingkan keperluan akhirat

c)

Mengenakan cukai yang tinggi

d)

Mendukung sistem monarki

2.

Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ?

a)

Melindungi para petani

b)

Mentadbir wilayah takluk

c)

Mengetuai aktiviti gereja

d)

Menaungi para seniman

3.

Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah?


I Sistem feudal runtuh

II Kerajaan pusat lemah

III Ilmu pengetahuan terhad

IV Institusi agama merosot

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ?

a)

Pengukuhan sistem feudal

b)

Penghargaan terhadap seni

c)

Peningkatan kuasa gereja

d)

Peluasan tanah jajahan

5.

Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.

Apakah peranan golongan tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Menjelajah ke kawasan luar

c)

Menganggotai pasukan tentera

d)

Menaungi golongan pelukis

6.

Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap?

a)

Memiliki banyak tanah

b)

Berhak mengutip cukai

c)

Mendapat sokongan petani

d)

Bergiat dalam perdagangan

7.

Istilah Renaissance berasal daripada perkataan renisciment.

Apakah maksud Renaissance?

a)

Revolusi

b)

Pembaharuan

c)

Masa Peralihan

d)

Kelahiran semula

8.

Apakah faktor utama yang menyebabkan pihak gereja tidak bersedia menaungi ahli sains dalam kegiatan Renaissance?

a)

Pengetahuan yang cetek

b)

Pemikiran yang berbeza

c)

Pembiayaan kos yang tinggi

d)

Persaingan dalam kalangan ahli

9.

Apakah bidang yang diceburi oleh tokoh-tokoh Zaman Renaissance berikut?


  • Thomas More
  • Francis Bacon
  • William Shakespeare
a)

Muzik

b)

Sastera

c)

Pemikiran

d)

Kejuruteraan

10.

Apakah persamaan antara sistem feudal masyarakat Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional?

a)

Ahli agama berbangsa asing

b)

Raja memiliki tanah secara mutlak

c)

Pembesar merupakan penaung utama

d)

Golongan agama menguasai pentadbiran

11.

Gereja Katolik sering dikatakan telah mengongkong kehidupan masyarakat Eropah semasa Zaman Gelap.

Bagaimanakah Gereja Katolik dapat berbuat demikian?

a)

Memiliki hartanah

b)

Mendapat sokongan raja

c)

Mempunyai tentera yang kuat

d)

Memfokuskan ilmu keakhiratan

12.

Senarai berikut merupakan zaman-zaman yang wujud di Eropah. Susun kedudukan zaman tersebut mengikut kronologi.


I. Zaman Reformation

II. Zaman Penerokaan

III. Zaman Renaissance

IV Zaman Gelap

a)

I, III, II, IV

b)

II, III, I, IV

c)

III, I, IV, II

d)

IV, III, I, II

13.

Puak berikut pernah wujud sejarah Eropah


  • Orang Viking
  • Orang Magyar


Orang tersebut dikenal sebagai....

a)

orang nomad

b)

orang Hadari

c)

orang Badwi

d)

orang gasar

14.

Aktiviti perdagangan di Itali membawa kepada kemunculan golongan berikut.


  • Golongan Patron


Apakah peranan mereka dalam pembangunan bandar-bandar di Eropah?

a)

Menyumbangkan modal bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di Eropah

b)

Mengindahkan bandar untuk dijadikan tumpuan para seniman

c)

Membuka jalan ke arah pembentukan negara bangsa di Eropah

d)

Membina gereja bagi semua penganut agama Kristian

15.

Dialog berikut mungkin dituturkan semasa Zaman Gelap di Eropah.


Golongan Petani : Kita perlukan perlindungan daripada tuan tanah.


Tuan Tanah : Aku boleh memberi perlindungan kepada kamu tetapi dengan satu syarat.


Apakah yang dijadikan tukaran kepada perlindungan yang diharapkan itu?

a)

Menjadi hamba kepada tuan tanah

b)

Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi

c)

Menyerahkan hasil tanaman mereka kepada tuan tanah

d)

Para petani perlu menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah