Font size
WorksheetsBab 1.6, 1.7 Tafsiran dalam Sejarah & Kepentingan Sejarah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut merupakan sebab wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah.
(Pilih 3 sebab)
perbezaan ideologi
persamaan sumber
tujuan penulisan
perbezaan pandangan
Tafsiran dalam sejarah bermaksud ___________ sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
mengkaji
menerangkan
menyelidik
menyebarkan
Salah satu kepentingan kita memperlajari sejarah ialah untuk mengukuhkan perpaduan. Hal ini kerana sejarah akan menjadi sumber kesedaran masyarakat dalam menjaga ___________ dan tradisi kita.
kepentingan kaum
adat resam
masa depan
kepentingan diri
Berikut merupakan kepentingan mempelajari sejarah KECUALI
mengenall asal usul
memupuk patriotisme
membangunkan negara dan bangsa
mengaplikasikan kemahiran menyelidik
Antara berikut, pernyataan manakah yang merupakan faktor kebangkitan Tok Janggut menurut pengkaji tempatan?
Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai
Campur tangan pihak British dalam adat istiadat orang Melayu
Rampasan tanah orang Melayu oleh British
Pengenalan cukai pelabuhan yang tinggi
Apakah yang perlu dilakukan oleh sejarawan agar dapat menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh?
Mengendalikan penulisan
Mengadakan penilaian
Melaksanakan pentafsiran
Menggunakan pelbagai sumber
Apakah kesan jika sejarawan tidak membuat tafsiran sejarah dengan betul dan tepat?
I Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
II Masyarakat akan mempercayai maklumat yang salah
III Menjejaskan hubungan antara kaum atau sesebuah
negara dengan negara lain
IV Masyarakat akan mempercayai maklumat yang betul
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Merujuk kepada ?
Apakah pengajaran peristiwa 13 Mei 1969 (Berlakunya rusuhan kaum di Tanah Melayu) kepada penduduk Malaysia?
Kita patut mementingkan diri sendiri
Kita mesti mengekalkan perpaduan kaum
Kita hendaklah patuh dan taat kepada arahan kerajaan
Kita mestilah mempertahankan kebudayaan masing-masing
Melalui sejarah kita dapat mengekalkan
kegemilangan yang dicapai oleh negara.
Kita juga akan lebih memahami budaya
dahulu dan budaya kini untuk dijadikan
perbandingan bagi membangunkan negara
dan bangsa pada masa akan datang.
Betul
Salah
Melalui sejarah, pemikiran kritis dan
analitis tidak dapat ditingkatkan. Di samping
itu, kita tidak dapat membuat tafsiran terhadap
sesuatu peristiwa.
Betul
Salah
Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
Pilih 3 kepentingan.
Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
Membuktikan kajian kita adalah lebih hebat daripada kajian orang lain.
Antara berikut, pernyataan manakah yang merupakan faktor kebangkitan Tok Janggut menurut pengkaji Barat?
Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai
Pemberontak yang tidak mengikut undang-undang
Pemberian tanah kepada orang Melayu oleh British
Pengenalan pemodenan kepada Tanah Melayu
