wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sem 1 JPN MUAR 2021

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Antara berikut ciri manakah yang menjadikan Malaysia sebagai negara berdaulat?

a)

mewujudkan doktrin pengasingan kuasa

b)

mengamalkan demokrasi berparlimen

c)

mempunyai penduduk yang berbilang kaum

d)

memiliki kerajaan yang mampu mentadbir sendiri

2.

2. Yang manakah antara berikut merupakan salah satu syarat seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang

a)

dilahirkan di Singapura pada atau selepas Hari Malaysia dan pada masa kelahiran itu ibu atau bapanya warganegara Persekutuan

b)

dilahirkan dalam kapal atau kapal terbang ketika berada di ruang udara atau laut Malaysia

c)

dilahirkan di luar Persekutuan tetapi berniat untuk tinggal di Persekutuan dan tidak mempunyai rekod jenayah

d)

dilahirkan di dalam Persekutuan selepas Hari Merdeka tetapi ibu dan bapanya bukan warganegara Persekutuan

3.

3. Yang manakah tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang melibatkan Sabah Dan Sarawak?

I Ternakan binatang

II Perkapalan

III Penyu dan penangkapan ikan di sungai

IV Pangung wayang dan tempat hiburan awam

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

4. Antara berikut perkara manakah yang tidak melibatkan Yang Dipertua Negeri dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja?

a)

Pemilihan dan pemecatan Yang DiPertuan Agong

b)

Pemilihan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu

c)

Perubahan sempadan negeri Semenanjung Malaysia

d)

Persetujuan untuk mengisytiharkan proklamasi darurat

5.

5 Antara yang berikut, yang manakah merupakan penyataan yang benar tentang ahli Kabinet?

I. Dilantik oleh Perdana Menteri atas nasihat Ketua Setiausaha Negara


II. Ahlinya mestilah daripada Dewan Rakyat


III. Ahlinya bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen


IV. Wang saraan bagi anggota Kabinet ditentukan oleh Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

· Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan kerajaan

Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Perbendaharaan

b)

Kementerian Kewangan

c)

Unit Perancang Ekonomi

d)

Bank Negara Malaysia

7.

· Mewujudkan Integrasi Kerajaan Elektronik

· Menyelaras perancangan dan pembangunan tenaga manusia


Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

b)

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan

c)

Unit Inovasi Khas

d)

Jabatan Perkhidmatan Awam

8.

8. Yang manakah prinsip yang perlu diamalkan oleh penjawat awam untuk memastikan tadbir urus yang baik?

I keterangkuman

II berdasarkan peraturan

III pengekalan prestasi

IV persekitaran kondusif

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

9 Yang manakah pernyataan yang benar tentang ahli ex-officio Kerajaan Negeri?

a)

Di Melaka dan Pulau Pinang, hanya Pegawai Kewangan Negeri yang boleh mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri

b)

Di Sabah dan Sarawak, semua ahli ex-officio tidak berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri

c)

Terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Timbalan Menteri Besar

d)

Perlantikan ahli ex-officio mesti mendapat persetujuan kerajaan Negeri

10.

10. Siapakah antara berikut yang diberi hak untuk menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang?

a)

Pegawai Kewangan Negeri

b)

Pegawai Kemajuan Negeri

c)

Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

Penasihat Undang-Undang Negeri

11.

11. Antara berikut yang manakah merupakan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Menerima petisyen pilihan raya

b)

Menjalankan pilihan raya umum dan kecil

c)

Meluluskan persempadanan semula bahagian pilihan raya

d)

Membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri

12.

· Penyata perbelanjaan pilihan raya mestilah dihantar kepada Z dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta Kerajaan.


Z yang dinyatakan dalam pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Yang DiPertuan Agong

b)

Pengarah Pilihan Raya Negeri

c)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Setiausaha Pilihan Raya Negeri

13.

· Prosiding perbicaraan dimulakan selepas mendapat keizinan Peguam Negara

· Keputusan penghakiman adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Mahkamah Rayuan

b)

Mahkamah Koroner

c)

Mahkamah Khas

d)

Mahkamah Perusahaan

14.

14. Pihak mana yang dirujuk oleh Perdana Menteri sebelum menasihati Yang DiPertuan Agong untuk perlantikan hakim-hakim Mahkamah Atasan?

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

b)

Pesuruhjaya Kehakiman

c)

Suruhanjaya Perlantikan Hakim

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

15.

15 Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?

a)

Ketidakstabilan politik negara

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Penglibatan aktif masyarakat

d)

Kelemahan sistem pendidikan