Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAJAK KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema bagi sajak "kita umpama sehelai daun".

a)

Kecintaan manusia kepada Tuhan pencipta alam

b)

Menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan

c)

Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan

d)

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah

2.

Manusia digalakkan membuat kebaikan sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain dalam menjalani kehidupan bersama-sama di bumi ini.


Ayat di atas menepati nilai

a)

baik hati

b)

bertanggungjawab

c)

kesederhanaan

d)

prihatin

3.

Kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting

lalu melebar dan merimbun

tempat bercanda unggas meriang

di bawah redup bebayang mentari


Berdasarkan rangkap di atas, apakah maksud yang cuba disampaikan penulis sajak?

a)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa

b)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat memberi bantuan kepada haiwan yang memerlukan

c)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat bernaung kepada insan lain yang dalam kesenangan

d)

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat menerangi kehidupan insan lain yang dalam kesusahan

4.

'sehingga lupa makhluk duafa'


Berdasarkan baris di atas, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bewarna merah?

a)

Makhluk Tuhan yang dalam kesusahan

b)

Makhluk Tuhan yang dalan kesenangan

c)

Makhluk Tuhan yang dalam keadaan lupa

d)

Makhluk Tuhan yang sudah tua

5.

"Kita umpama sehelai daun"


Apakah gaya bahasa bagi ayat di atas?

a)

Personafikasi

b)

Simile

c)

Metafora

d)

Hiperbola

6.

Sajak ini berbentuk

a)

bebas

b)

terikat

7.

andai kikir jasa dan bakti


Apakah unsur bunyi bagi ayat di atas?

a)

epifora

b)

asonansi

c)

aliterasi

d)

anafora

8.

Penyajak menggambarkan kehidupan ibarat daun kering yang akan gugur, iaitu manusia akhirnya akan

a)

tidak beramaya

b)

kembali ke asalanya

c)

meninggalkan dunia ini

d)

lemah untuk meneruskan hidup

9.

andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung

dari tusukan bahang memijar

unggas kecil tidak berkudrat


Apakah maksud rangkai kata 'tidak berkudrat' dalam ayat di atas?

a)

tidak memerlukan pertolongan

b)

tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian

c)

tidak dapat berdikari

d)

tidak sombong

10.

kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting

lalu melebar dan merimbun

tempat bercanda unggas meriang

di bawah redup bebayang mentari


Apakah maksud rangkai kata 'merimbun' dalam ayat di atas?

a)

menjadi luas

b)

menjadi banyak

c)

menjadi panjang

d)

menjadi kurang