WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 19
Worksheet time: 21mins
Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa belajar di SMK Seri Gombak dahulu.
kakak-kakak
rakan-rakan
guru-guru
jiran-jiran
Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
moga-moga
kuat-kuat
tegap-tegap
cukup-cukup
Adik makan asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
sembunyi-sembunyi
gelap-gelap
sekat-sekat
jauh-jauh
Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun April nanti.
padat-padat
nyaris-nyaris
genap-genap
bulat-bulat
_______ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.
Mana-mana
Cara-cara
Siapa-siapa
Aksi-aksi
Pak Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.
mentah-mentah
masin-masin
pekat-pekat
cantik-cantik
Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.
murah-murah
cantik-cantik
mahal-mahal
baru-baru
Penyanyi itu menyampaikan lagu yang ______ untuk menghiburkan para penonton.
rendah-rendah
rancak-rancak
pelik-pelik
terang-terang
“ ________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita,” kata Farid kepada Kelvin.
Mentang-mentang
Harap-harap
Kadang-kadang
Moga-moga
Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.
sedikit-sedikit
turun-turun
laris-laris
nipis-nipis
Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
berkobar-kobar
beringat-ingat
berpeluh-peluh
berkali-kali
Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.
terumbang-ambing
terjengket-jengket
terkekeh-kekeh
terkinja-kinja
Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
menggerak-gerakkan
membeza-bezakan
mencerai-ceraikan
membuang-buangkan
“Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
berlonggok-longgok
berlumba-lumba
berpada-pada
berlalai-lalai
Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
memandai-mandai
melambai-lambai
melaung-laung
meleret-leret
Abang cuba mengambil bola adik yang _____ di permukaan air itu.
tersengguk-sengguk
terumbang-ambing
terapung-apung
tergolek-golek
Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.
mendayu-dayu
membelai-belai
menjerit-jerit
mengilai-ilai
Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
termengah-mengah
terumbang-ambing
terlayang-layang
terpinga-pinga
Berdasarkan muka surat 30 buku teks Bahasa Melayu, tandakan Kata Ganda Majmuk yang terdapat dalam petikan bertajuk Warna-Warni Masyarakat.
anak-anak murid
gerai-gerai pakaian
masing-masing
barang-barang dapur
alat-alat tulis
