WorksheetsPENJODOH BILANGAN T6
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Encik Steven menjolok buah mangga itu dengan _____ galah.
sebilah
sebatang
sehelai
selembar
_____ rumah kedai di Kota Permai itu musnah dalam kebakaran petang semalam.
Sebiji
Sederet
Serelung
Segugus
Posmen menghantar _____ surat kepada saya pada petang tadi.
sepucuk
sebuah
sehelai
sekeping
Puan Prema mengelap pinggan mangkuk yang basah itu dengan _____ tuala kecil.
secebis
sehelai
secekak
sebuah
Pengembala itu sedang menghalau _____ kambing ke dalam kandang.
seangkatan
sepasukan
segerombolan
sekawan
Beberapa ____ rantai emas kepunyaan Datin Nora hilang apabila rumahnya dimasuki pencuri.
utas
kerat
ulas
ketul
Pak Cik Teng membelah kayu api menggunakan _____ kapak.
sebatang
seketul
sepuntung
sebilah
Emak menggunakan _____ kapas untuk membubuh ubat pada luka di tangan adik.
segumpal
segulung
selembar
sekeping
Encik Adnan menghadiahi isterinya _____ anting-anting berlian pada minggu lalu.
serangkap
sekaki
segugus
sepasang
Badan Nasir berasa panas setelah makan beberapa _____ isi durian.
biji
buah
ulas
tongkol
Hashim membeli beberapa __________ dawai di kedai Ah Chai.
rawan
kerat
lembar
gelung
Pasukan tentera terjumpa beberapa __________ kayu api yang masih menyala berhampiran dengan khemah pengganas itu.
dahan
batang
timbun
puntung
Haji Daud membeli beberapa __________ petai di Pasar Besar Kuala Kubu Baru.
biji
hiris
buah
papan
__________ kadet polis sedang mengambil bahagian dalam perarakan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 itu.
Seangkatan
Sepasukan
Segerombolan
Sekawan
Adik saya yang kecil itu makan empat __________ durian.
biji
ulas
pangsa
longgok
Rosmah mengepit sebuah buku sambil memegang __________ payung semasa meredah hujan yang lebat itu.
sekaki
sebatang
sebiji
sebuah
Pak Salleh baru pulang dari kebunnya dan membawa __________ nangka menggunakan basikalnya.
seulas
segugus
sebiji
setangkai
Izzati memetik __________ cendawan busut di perdu reput itu.
sekaki
sebatang
sepayung
sekuntum
Hanya dengan sebuah perahu kecil yang mempunyai __________ layar, nelayan itu pergi ke laut untuk menangkap ikan.
sehelai
secebis
sebidang
selembar
Pak Abu mengalami kerugian yang besar apabila beberapa __________ sawah padinya ditenggelami air.
petak
ruang
batang
kajang
Para peserta diminta menyediakan satu _____ pantun secara spontan dalam masa 60 saat.
rangkap
baris
papan
kaki
Terdapat gambar dua _____ harimau pada Jata Negara yang melambangkan anggota keselamatan yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan kedaulatan negara.
ekor
orang
biji
bentuk
Harga _____ pasu bunga ros itu lebih mahal daripada jenis bunga lain yang terdapat di kedai itu.
segugus
sebiji
sepuntung
sebuah
Puan Zalikha menghadiahkan se_____ kain songket kepada ibunya.
helai
gulung
raut
bungkus
Kemalangan ngeri itu melibatkan empat _____ kereta dan sebuah lori.
biji
bentuk
buah
baris
Mak Esah berteduh di bawah se_____ pokok yang rendang untuk melegakan keletihan.
longgok
gugus
kuntum
batang
Ibu memasukkan se_____ garam ke dalam masakannya.
kepal
cubit
hiris
biji
Beberapa _____ serainya mati akibat serangan serangga perosak.
pucuk
bidang
rumpun
ikat
Halim menulis se_____ surat kepada isterinya yang berada di luar negara.
keping
bentuk
urat
pucuk
Encik Murad membawa se_____ kapak ke dalam hutan untuk menebang pokok.
rangkap
bilah
raut
baris
Encik Zakaria memandu se_________ kereta merah ke hutan lipur.
buah
biji
ketul
bidang
Mereka mengambil gambar dengan se______ burung di depan pintu hutan lipur.
batang
kawan
orang
buah
Ibu melapiskan se_______ tikar di atas rumput dan meletakkan makanan yang sedap di atas tikar.
batang
biji
ikat
bidang
Ibu telah menyediakan se____________ rambutan dan se___________ pisang untuk berkelah.
sikat, ikat
ikat, sikat
biji, potong
biji, buah
Adik sedang makan se__________ kek coklat dengan garpu.
utas
gugus
biji
potong
Bapa memasukkan beberapa _________ ais ke dalam air limau yang disediakan.
gumpal
ketul
utas
batang
Selepas makan, mereka bermain di se_______ sungai yang bengkang-bengkok dengan gembira.
utas
gumpal
batang
ikat
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
batang
rumpun
Badan Kamil bengkak kerana disengat se __________________ lebah di hutan itu.
kawan
kumpulan
gerombolan
angkatan
Nasuha membantu emaknya mengupas se _________________ bawang merah.
biji
ulas
ketul
keping
