NEW
Font size
WorksheetsBM STPM-SEM3 LATIHTUBI
Total questions: 35
Worksheet time: 2hrs 45mins
Pernyataan yang manakah BENAR tentang wacana?
Tidak mengutamakan susunan idea
Kedudukannya lebih tinggi daripada ayat
Sangat mementingkan pemilihan perkataan
Memperlhatkan buah fikiran yang bertentangan
Yang berikut ialah ciri wacana, KECUALI
mempunyai tumpuan
maklumatnya berlawanan
memiliki susunan yang berurutan
wujudnya hubungan antara penutur dengan pendengar
Yang manakah mempunyai hubungan semantik sebab dan hasil?
Rumah di tepi laut itu besar. Rumah yang sebuah lagi lebih besar.
Kemalangan malam tadi sungguh mengerikan. Kereta remuk dan semua penumpangnya terbunuh.
Orang itu bekerja keras pada setiap hari. Sekarang dia hidup dengan senang-lenang dengan keluarganya.
Dia menghabiskan wang simpanannya demi kawan-kawannya. Setelah hidupnya susah dia tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya.
Pemikiran dan keyakinan khalayak dapat dikuasai menerusi
I pemerian
II pemujukan
III penceritaan
IV penghujahan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah paling sesuai dengan retorik pendedahan?
Promosi dan jualan barang
Kisah perjalanan hidup individu
Menjelaskan maksud sesuatu istilah
Pembentangan rang undang-undang di Parlimen
(i) - Memperlihatkan turutan peristiwa.
(ii) - Bahasanya bersifat kreatif.
(iii) - Gaya penulisannya tersendiri
Ciri-ciri di atas merujuk kepada
retorik pemerian
retorik penceritaan
retorik pendedahan
retorik penghujahan
(i) - Jenis bahasa terkawal
(ii) - Mengutamakan ketepatan
(iii) - Mematuhi penggunaan tatabahasa
Variasi bahasa di atas digunakan dalam
perbualan antara rakan karib
penulisan laporan kajian ilmiah
percakapan semasa berada di restoran
penghasilan karya kesusasteraan bahasa Melayu
Yang manakah pernyataan yang tepat tentang isoglos?
Bahasa kacukan yang telah mantap
Kewujudan dua variasi dalam sesuatu bahasa
Kelainan penggunaan bahasa disebabkan masalah pertuturan
Garis sempadan antara satu dialek dengan satu dialek lain dalam sesuatu bahasa yang sama
Yang manakah ciri yang membezakan sesuatu dialek dengan sesuatu dialek yang lain?
I - Berdasarkan individu
II - Kosa kata yang tersendiri
III - Cara sebutan dialek tersebut
IV - Penggunaannya dalam suasana tidak rasmi
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Cuaca sangat sejuk. Hujan lebat yang membasahi bumi malam tadi yang pertama selepas kemarau berbulan-bulan. Anak-anak pokok dapat membesar kembali setelah bantut oleh pantulan cahaya matahari setiap hari sekian lama. Banyak sudah pokok yang mati dek tanah yang kering kontang.
Yang manakah jenis laras bahasa yang terdapat dalam teks di atas?
I - Laras iklan
II - Laras sains
III - Laras sastera
IV - Laras geografi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang berikut ialah pernyataan yang benar tentang laras bahasa, KECUALI
kelainan bahasa disebabkan perbezaan konteks penggunaan
kelainan bahasa yang memperlihatkan perbezaan antara satu dengan yang lain dari aspek leksikal
kelainan bahasa yang penggunaannya difahami oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang yang diperkatakan
kelainan bahasa yang menunjukkan perbezaan antarar satu dengan yang lain disebabkan perbezaan tempat asal penuturnya
Yang manakah persamaan antara laras bahasa agama dengan laras bahasa undang-undang?
Mementingkan kegramatisan ayat
Tidak menggunakan kosa kata khusus
Memerlukan takrifan dan tafsiran yang tepat
Berkaitan dengan uji kaji dan fakta yang jelas
Ayat yang manakah mengandungi frasa yang memperlihatkan makna denotatif?
I - Dia suka makan kaki ayam goreng.
II - Pisau pencukur elektrik itu sangat mahal.
III - Mereka makan angin di Pulau Phuket selama seminggu.
IV - Mempelai yang bersanding di pelamin tersenyum simpul.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah frasa yang mengandungi perkataan yang bersifat polisemi?
Masih di sekolah
Pakaian yang dijemur itu
Berguguran ketika musim luruh
Hangat diperkatakan oleh orang ramai
Perkataan yang manakah mengalami peluasan makna?
Bukan
Sayang
Jemput
Saudara
Semak di belakang rumahnya sudah dibersihkan.
Dari segi perkaitan leksikal, perkataan yang bergaris dalam ayat di atas merupakan
hiponim
homonim
homograf
superordinat
Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu
Peribahasa di atas bermaksud
Pekerjaan yang dilakukan dengan sedaya upaya
Menolong orang yang dalam kesusahan
Bersatu hati dalam segala hal
Orang yang rajin bekerja
Ayat yang manakah mengandungi kiasan pemanis dan kiasan melompat?
Orang rumah Azli pulang ke kampung untuk bersalin.
Ketika berbadan dua, isteri Azli tidak larat untuk memasak nasi.
Mentua Azli sudah lama menoreh getah di kebun kepunyaannya sendiri.
Mentua Azli pernah digelar harimau berantai kerana pernah berlawan dengan Pak Belang.
Yang manakah merupakan ragam bahasa besar?
Pekikannya menggugurkan batu-batu dari bukit itu.
Tiada orang yang lebih pandai daripadanya di kelas kami.
Niat hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Yasmin tidak hadir ke sekolah kerana kepalanya berdenyut-denyut kesakitan.
Ragam bahasa tempelak dengan ragam bahasa herdik berbeza dari aspek
waktu berlakunya teguran seseorang
musabab terjadinya kesilapan seseorang
tujuan kedua-dua ragam bahasa itu dipilih
cara gambaran kedua-dua ragam bahasa itu
Orang itu bergelar Tan Sri. Dia menamatkan pengajian doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan dua tahun lalu.
Yang manakah gelaran yang dimiliki oleh orang itu?
Gelaran keagamaan dan gelaran kekeluargaan
Gelaran anugerah dan gelaran akademik
Gelaran keturunan dan gelaran kurniaan
Gelaran warisan dan gelaran ikhtisas
(i) - Ayah Masnida ialah Tengku Musa
(ii) - Masnida pegawai di sebuah jabatan kerajaan
(iii) - Masnida dipilih sebagai wakil rakyat
Yang manakah rujukan kehormat yang sesuai untuk Masnida?
Yang Berbahagia Masnida binti Tengku Musa
Yang Berusaha Tengku Masnida binti Tengku Musa
Yang Berhormat Tengku Masnida binti Tengku Musa
Yang Berhormat Mulia Tengku Masnida binti Tengku Musa
Yang manakah antara yang berikut mengandungi gabungan gelaran?
Tan Sri Sepiah
Prof. Dr. Haji Shahril
Tengku Farhana Syahira
Tuan Haji Mohd Adib Abdullah
Haji Abdullah mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.
Apakah rujukan kehormat untuk isterinya, Habibah?
Yang Berbahagia Tan Sri Habibah
Yang Berbahagia Puan Sri Habibah
Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Habibah
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Hajah Habibah
Tuan Haji Maliki dilantik sebagai Mufti di sebuah negeri. Sebelum itu beliau merupakan Kadi Besar.
Apakah yang gelaran yang digunakan untuknya bagi jawatan baharu itu?
Al-Fadil
Sahibul Fadilah
Sahibus Samahah
Sahibul Fadilah dan Sahibus Samahah
Dialek merupakan kelainan bahasa yang disebabkan oleh
situasi
individu
tahap sosial
pengguna bahasa
Pernyataan yang benar tentang dialak
perbezaan bentuk-bentuk bahasa
variasi bahasa tertentu bagi seseorang
kelainan bahasa berdasarkan konteks penggunaan
perbezaan variasi bahasa berdasarkan sebutan, tatabahasa dan kosa kata
Tiga ciri bagi dialek ialah
sebutan, kata, bahasa
kata, kosa kata , tatabahasa
sebutan, kosa kata, tatabahasa
sebutan kata, perkataan, tatbahasa
Yang manakah padanan yang betul
A
B
C
D
Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang homograf?
mempunyai makna yang sama
mempunyai makna yang berbeza
mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna
mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna dan sebutan
Setelah setengah jam berada di dalam kedai itu, matanya terpaku pada sebuah buku cerita kanak-kanak. Nama penulisnya tercatat di dada buku. "Kulit buku itu amat menarik."Bisik hatinya. Lakaran wajah wanita pada kulit buku itu sesuai dengan judul cerita. Dia menyelak muka surat buku itu satu demi satu. Tulisannya jelas.
Perkataan yang bergaris dalam petikan di atas merupakan
hiponim
polisemi
meronim
homograf
Antara kumpulan kata berikut, yang manakah yang polisemi?
i. kecil, muda, tua
ii. mata, muka, kaki
iii. semak, perang, selak
iv. tulang, dulang, pulang
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
i. Setiap organ yang ada pada tubuh kita, perlulah kita jaga supaya sihat.
ii. Alunan muzik yang menghiburkan kedengaran sebaik saja dia memetik organ itu.
Kata organ dalam ayat i dan ii di atas ialah kata dalam kategori semantik
i. sinonim
ii. polisemi
iii. hiponim
iv. homonim
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Karnivor - buaya, harimau, singa, seladang, serigala
Dalam bidang semantik, jenis haiwan karnivor yang dinyatakan dalam rajah di atas tergolong dalam kata
sinonim
hiponim
polisemi
homonim
Antara yang berikut, yang manakah pasangan kata yang sinonim?
tangkas - cerdas
musnah - binasa
sedih - menangis
saranan - bantahan
