WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 1 BAB 1: MENGENALI SEJARAH
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun. Apakah maksud syajaratun?
A. Sumbangan
B.Salasilah
C. Peradaban
D. Peristiwa
Kamus Dewan mendefinisikan Sejarah sebagai:
A. asal usul (keturunan), salasilah.
B. cerita tentang seseorang
C.riwayat
D. penyelidikan
Siapakah sejarawan berikut yang telah memberi pandangan bahawa sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
A. Ibn Khaldun
B. E.H. Carr
C. Muhd Yusof Ibrahim
D. Herodotus
"Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah."
A. E.H.Carr
B. Ibn Khaldun
C. Herodotus
D, Muhd Yusoft Ibrahim
Apakah karya Ibn Khaldun yang mengupas tentang kehidupan manusia zaman primitif hingga kehidupan bandar?
Sulalatus Salatin
The Persian War
Muqaddimah
What is History
Istilah TAMBO sering digunakan oleh sejarawan. Apakah maksudnya?
A, Riwayat dahulu kala
B. Pengajaran sejarah
C. Tulisan karyawan
D. Penyelidikan lampau
Apakah yang menjadi asas pengkajian masa silam dalam pengajian sejarah?
A.) Monograf
B.) Tafsiran
C.) Iktibar
D.)Kronologi
Berapakah jenis sumber sejarah?
A. Empat
B. Dua
C. Lima
D. Satu
Sumber sejarah yang kedua juga dikenali sebagai sumber....?
A. Sekunder
B. Primer
C. Tertiar
D. Primeer
Berikut adalah contoh-contoh bagi sumber sekunder KECUALI
A. Diari
B. Risalah
C. Akhbar
D. Ensiklopedia
Apakah yang dimaksudkan dengan bukan artifak?
A. Mengandungi beberapa tema seperti sejarah awal, sejarah moden awal, arkitektur dan tumbuh-tumbuhan.
B. Data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia
C. Peralatan ciptaan manusia
D. Diperbuat daripada kaca, logam dan batu
Apakah yang dapat dibuktikan berkaitan penemuan Candi Lembah Bujang?
A. Terbentuk hubungan perdagangan
B. Terbentuk hubungan pentadbiran
C. Terbentuk hubungan kebudayaan
Terbentuk hubungan ekonomi
Anda mengikuti pengajian dalam bidang epigrafi. Kajian memerlukan anda mempelajari tulisan pada
A. kulit kayu
B. Batu Bersurat
C. manuskrip
D. bangunan
Ilmu mengkaji dan menganalisis tulisan kuno pada daun lontar, papirus, tanah liat atau batu.
A. Geografi
B. Kaligrafi
C. Paleografi
D. Epigrafi
Bilakah proses pendokumentasian telah dimulakan oleh Arkib Negara Malaysia?
A. 1960-an
B. 1970-an
C. 1980-an
D. 1950-an
Kaedah yang digunakan untuk memperoleh sumber sejarah seperti tembikar, mata lembing dan batu nisan.
A. Lisan
B. Arkeologi
C. Temubual
D. Lisan
DUA bahan yang boleh digunakan untuk mendapat maklumat melalui kaedah arkeologi.
A. Lakaran pada dinding gua
B. Tulisan yang dipahat pada batu
C. Binaan daripada batu
D. Tapak petempatan masyarakat awal
Mengapakah sejarawan tempatan menyifatkan Tok Janggut dan Dato' Bahaman sebagai pejuang tanah air?
A. Berjaya mengalahkan pembelot
B. Memperjuangkan kemerdekaan negara
C. Ketua agama
D. Berani menentang penjajah British
DUA kepentingan mempelajari sejarah.
A. Melahirkan perasaan jati diri
B. Membentuk sifat berani
C. Memupuk nilai-nilai murni
D. Melahirkan rasa bangga terhadap negara
TIGA sebab mata pelajaran Sejarah diberi penekanan dalam sistem persekolahan di sekolah kita pada hari ini?
A. Mengekalkan kegemilangan tanah air
B. Memupuk semangat cinta akan tanah air
C. Melengkapkan sukatan pelajaran
D. Melengkapkan sukatan pelajaran
