wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa tingkatan 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

terkenang

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

termangu

2.

Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

3.

Bendahara Ali ________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.

a)

menusukkan

b)

menyisipkan

c)

menyusupkan

d)

menyarungkan

4.

Suasana di rumah Puan Shanti _______ dengan suara cucu-cucunya yang pulang

bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

5.

Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

atas

6.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

7.

Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :


Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.

a)

Tiap-tiap warganegara-warganegara

b)

Tiap-tiap warganegara

c)

Setiap orang warganegara

d)

Tiap warganegara

8.

Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.

a)

beratur

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertingguh

9.

Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.

a)

sejak

b)

kerana

c)

dengan

d)

apabila

10.

Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

11.

Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.

a)

lalu lintas

b)

jalan raya

c)

suhu panas

d)

ruang udara

12.

Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.

a)

compang-camping

b)

comot-momot

c)

koyak-rabak

d)

serbah-serbih

13.

Kerajaan berhasrat menubuhkan sebuah __________________ khas bagi mengkaji punca-punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

a)

jawatan kuasa

b)

suruhanjaya

c)

pesuruhjaya

d)

jawatankuasa

14.

Beberapa ekor itik berjalan ______________________ di tengah laman menuju ke belakang rumah.

a)

terkedek-kedek

b)

perlahan-lahan

c)

terkial-kial

d)

terhincut-hincut

15.

Warna __________________ pada Jalur Gemilang melambangkan Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh negara Malaysia.

a)

kuning

b)

putih

c)

biru

d)

merah

16.

Tumbuhan yang ada di bukit batu kapur sangat _______ berbanding dengan tumbuhan yang ada di hutan dataran rendah yang mengelilinginya _________ segi komposisi spesies tumbuhan.

a)

pelik - daripada

b)

berbeza - dari

c)

pelik - dari

d)

berbeza - daripada

17.

Kebanyakan tumbuhan bukit batu kapur tiada nama tempatan kerana tumbuhan__________ daripada petempatan manusia __________ masa dulu.

a)

dalam - di

b)

di dalam - sejak

c)

jauh - pada

d)

jauh - di

18.

Perkataan TASKA merupakan singkatan daripada perkataan___________?

a)

Taman didikan kanak-kanak

b)

Taman bimbingan kanak-kanak

c)

Taman asuhan kanak-kanak

d)

Taman ambilan kanak-kanak

19.

___________________ sistem pungutan cukai oleh pihak Inggeris ditentang hebat oleh penduduk tempatan.

a)

Perkenalan

b)

Kenalan

c)

Memperkenalkan

d)

Pengenalan

20.

Golongan remaja semakin lupa akan budaya ketimuran yang selama ini menjadi ___________ generasi terdahulu.

a)

kehebatan

b)

kesukaran

c)

kebanggaan

d)

kesenangan

21.

"Kamu boleh mula menjawab sekarang".


Ayat di atas merupakan contoh ayat untuk jenis ayat perintah. Apakah jenis ayat perintah tersebut?

a)

Ayat suruhan

b)

Ayat silaan

c)

Ayat larangan

d)

Ayat permintaan

22.

Yang manakah antara berikut merupakan ayat tunggal?


I. Kucing itu mengiau-ngiau di depan ibu.

II. Cikgu Anita memakai baju batik hari ini.

III. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman.

IV. Encik Rahim sedang menyapu dan membersihkan kawasan rumah.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II, II, dan IV

d)

I dan IV

23.

Kakak membantu ibu untuk __________________ tauge dan ________________ sup untuk menyediakan mihun soto.

a)

mencelur... mereneh

b)

merebus... mendidih

c)

mencelur ... mendidih

d)

menggoreng... mereneh

24.

Jika tin itu tidak ditutup rapat, biskut di dalamnya akan ______________ .

a)

tengik

b)

lembik

c)

empuk

d)

lemau

25.
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
a)
bengkok
b)
lekuk
c)
bengkak
d)
botak
26.

Program ______________________ telah memainkan peranan penting dalam mempercepat pertumbuhan ekonomi negara.

a)

penswastaan

b)

pengswastaan

c)

penywastaan

d)

peswastaan

27.
Jus epal ini _______ kerana ibu memasukkan gula.
a)
manis
b)
masam
c)
licin
d)
pahit
28.

Siti menyapu sampah menggunakan se__________ penyapu.

a)

biji

b)

bilah

c)

batang

d)

raut

29.

Apabila Zakiah sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.

a)

menanak

b)

menjerang

c)

mengukus

d)

merebus

30.

Jill menyimpan se________________ kunci di dalam beg tangannya.

a)

jambak

b)

genggam

c)

batang

d)

gugus