Font size
WorksheetsKUIZ TI : PELAJARAN 2 (SISTEM KEWANGAN ISLAM)
Total questions: 20
Worksheet time: 3mins
_____________ bermaksud hubungan antara manusia dengan manusia dalam segenap aspek kehidupan seperti kekeluargaan, ekonomi, politik dan sebagainya.
Muamalat
Muafakat
Kewangan
Munakahat
Muamalat dalam ________________ bermaksud tatacara urusan harian yang melibatkan transaksi kewangan berlandaskan syariat Islam.
Sistem Ekonomi Islam
Sistem Perundangan Islam
Sistem Pemerintahan Islam
Sistem Kewangan Islam
Matlamat Muamalat Islam ialah mengawal manusia dalam menguruskan sistem ekonomi dan kewangan agar lahir masyarakat harmoni dan bersatu padu.
Betul
Salah
Prinsip Muamalat Islam ialah tidak mengandungi elemen haram seperti riba, gharar dan perjudian.
Betul
Salah
Ciri-ciri Muamalat Islam ialah (pilih 3 sahaja)
Bersumber al-Quran dan al-Hadis
Adil dan mendatangkan manfaat
Tidak melakukan penipuan
Mempunyai elemen riba
Berikut adalah jenis-jenis Muamalat Islam kecuali
Al-Wadiah
Al-Musyarakah
Al-Ijarah
Al-Gharar
Al-Rahnu bermaksud
Simpanan
Gadaian
Sewa-menyewa
Insurans Islam
Al-Takaful bermaksud
Insurans Islam
Syarikat
Jual beli penambahan untung
Pelaburan
Najeb (pemodal) bersetuju untuk membiayai projek yang akan dilaksanakan oleh Rusmah (pengusaha) menurut nisbah keuntungan dipersetujui. Kenyataan ini merujuk
Al-Mudarabah (pelaburan)
Al-Musyarakah (syarikat)
Al-Ijarah (sewa-menyewa)
Al-Rahnu (gadaian)
Muhiden mengamanahkan wangnya kepada bank untuk disimpan. Bank memberi jaminan wang akan dikembalikan apabila diminta. Kenyataan ini merujuk
Al-Rahnu
Al-Bai' bithaman ajil
Al-Murabahah
Al-Wadiah
Persamaan Al-Wadiah, Al-Mudarabah dan Al-Musyarakah ialah
Simpanan dan pelaburan
Kontrak jual beli
Membantu orang yang memerlukan pembiayaan tunai segera
Berikut adalah contoh Institusi Kewangan Islam di Malaysia kecuali
Perbankan Islam
Baitulmal
Tabung Haji
Ceti
Pada zaman Rasulullah SAW, baitulmal ditubuhkan untuk mengumpul harta negara seperti (pilih 3 sahaja)
zakat
jizyah
ghanimah
cukai pendapatan
Fai' ialah
harta yang diambil dari bukan Islam, bukan melalui peperangan
harta rampasan dalam peperangan
cukai bagi bukan Islam yang menetap dalam negara Islam
Menyediakan sistem perlindungan yang patuh syariah dalam hal ehwal insurans Islam. Kenyataan ini merujuk
Takaful
Tabung Haji
Wakaf
Baitulmal
Menerima pelbagai sumber kewangan dan harta untuk negara seperti zakat, wakaf, cukai dan lain-lain. Kenyataan ini merujuk
Baitulmal
Tabung Haji
Takaful
Perbankan Islam
Berikut adalah langkah menggalakkan masyarakat bermuamalat secara Islam. Pilih (3 sahaja)
Memberi didikan agama tentang ekonomi dan kewangan Islam
Kembangkan kemudahan perbankan Islam
Memberi penerangan melalui media massa
Mendenda individu tidak mengamal muamalat Islam
Adik anda ingin membuka akaun simpanan konvensional kerana inginkan faedah yang tinggi. Apakah nasihat anda kepadanya? (pilih 3 sahaja)
Melarangnya kerana ada unsur riba
Menyuruhnya memilih perbankan Islam
Menasihatinya agar sentiasa mematuhi hukum syarak
Membiarkannya membuat keputusan sendiri
Anda didatangi oleh agen insurans yang menawarkan insurans kesihatan. Nyatakan tindakan anda yang sepatut.
Memilih insurans kesihatan yang memberi perlindungan terbaik
Memilih insurans yang memberi pulangan lumayan
Memilih insurans yang mengandungi unsur gharar
Memilih insurans kesihatan Islam
Rakan anda Daem ingin mengembangkan perniagaannya tetapi kekurangan modal. Bagaimanakah cara anda membantunya?
Menyuruhnya meminjam wang di bank melalui sistem al-Rahnu
Menyuruhnya meminjam wang di Tabung Haji
Menyuruhnya meminjam wang di Baitulmal
Menyuruhnya meminjam wang di institusi wakaf
