wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT tahun 4 ( Amalan Keselamatan Bengkel)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Bengkel RBT hendaklah mempunyai ____________ dan peti pertolongan cemas.

a)

Gergaji tangan

b)

Pisau pemotong perspek

c)

Alat pemadam api

d)

Perlatan memasak

2.

Alat pemadam api digunakan untuk memadamkan kebakaran yang ________________________________.

a)

besar

b)

sederhana

c)

kecil

3.

Cara penggunaan alat pemadam api yang betul.

a)

1. Tarik pin picu.

2. Halakan muncung ke arah api mengikut arah angin.

3. Tekan tuas.

4. Layangkan muncung ke kiri dan ke kanan.

b)

1. Layangkan muncung ke kiri dan ke kanan.

2. Tekan tuas.

3. Tarik pin picu.

4. Halakan muncung ke arah api mengikut arah angin.

c)

1. Tekan tuas.

2. Tarik pin picu.

3. Halakan muncung ke arah api mengikut arah angin.

4. Layangkan muncung ke kiri dan ke kanan.

4.

Bengkel yang selamat dapat dilihat dari segi susun atur ______________ serta penyimpanan dan __________________ alatan.

a)

rumah,penyusunan

b)

perabot, penyelenggaraan

c)

alat tulis, barangan

5.

Kita perlu simpan alatan di tempat yang ___________ dan _____________.

a)

sesuai, selamat

b)

tinggi, bahaya

c)

tersorok, tinggi

6.

Cara penyelenggaraan gunting yang betul.

a)

1. Titiskan minyak

2. Bersihkan kotoran dengan reja kain atau berus yang sesuai.

b)

1. Bersihkan kotoran dengan reja kain atau berus yang sesuai.

2. Titiskan minyak

c)

1. Bersihkan dengan sabun pinggan.

2. Titiskan cecair peluntur.

7.

Cara penyelenggaraan papan kekunci yang betul.

a)

1. Lap papan kekunci menggunakan kain lembut yang lembap.

2. Bersihkan habuk dan kotoran dengan berus atau penyedut habuk kecil.

b)

1. Bersihkan habuk dan kotoran dengan berus atau penyedut habuk kecil.

2. Lap papan kekunci menggunakan kain lembut yang lembap.

c)

1. Bersihkan habuk menggunakan penyapu.

2. Lap papan kekunci menggunakan kain kasar.

8.

Apakah kesan jika kita masuk bengkel tanpa kebenaran guru?

a)

Boleh berlaku kecederaan atau kehilangan barang semasa ketiadaan guru.

b)

Boleh berlaku salah faham.

c)

Boleh berlaku pergaduhan.

9.

Apakah kesan jika kita tidak membuka pintu dan tingkap bengkel?

a)

Mempunyai pengudaraan yang baik dan pencahayaan yang cukup.

b)

Mempunyai ruang yang selesa.

c)

Tiada pengudaraan yang baik dan pencahayaan tidak cukup.

10.

Apakah kesan jika kita membawa beg masuk ke dalam bengkel?

a)

Ruang kerja akan menjadi luas.

b)

Ruang kerja akan menjadi sempit dan menghalang laluan.

c)

Ruang kerja akan menjadi sangat luas.

11.

Apakah kesan jika kita masuk bengkel tanpa kebenaran guru?

a)

Boleh berlaku kecederaan atau kehilangan barang semasa ketiadaan guru.

b)

Boleh berlaku salah faham.

c)

Boleh berlaku pergaduhan.

12.

Kamu melihat rakan kamu tercedera jarinya ketika sedang membuat kerja di dalam bengkel. Apakah tindakan pertama, yang perlu kamu buat?

a)

Rawat tangan rakan kamu

b)

Bawa rakan ke tandas untuk membersihkan jari yang luka

c)

Bawa rakan kamu ke klinik

d)

Beritahu guru dengan segera

13.

Manakah antara berikut merupakan langkah-langkah yang betul untuk merawat luka melecur?

a)

Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera -> Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air -> Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran

b)

Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran -> Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera -> Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air

c)

Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air -> Sapukan krim atau losen yang sesuai merawat kelecuran -> Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera

14.

Fungsi utama kit pertolongancemas adalah untuk

a)

menyimpan perkakasan bengkel

b)

menyimpan ubat-ubatan bagi merawat luka kecil

c)

menyimpan makanan kering

d)

menyimpan surat

15.

Apakah langkah perlu dielakkan sekiranya terkena renjatan elektrik?

a)

Mengalihkan mangsa dari punca renjatan menggunakan bahan berpenebat

b)

Merehatkan mangsa

c)

Mendapatkan bantuan

d)

Menyentuh mangsa yang terkena renjatan elektrk