WorksheetsPERNIAGAAN:T5 BAB 3-SET A
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman sesebuah perniagaan?
Kemudahan overdraf yang diberikan oleh bank.
Keuntungan perniagaan kecil masa lalu yang disimpan
MARA memberikan pembiayaaan aset tetap kepada peniaga
Jaminan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad yang membolehkan peniaga mendapat pinjaman bank.
Apakah peranan syarikat pemfaktoran?
Menyewa aset tetap yang diperlukan oleh peniaga
Memberikan pinjaman kewangan yang diperlukan oleh peniaga
Membeli invois pada harga yang lebih rendah daripada peniaga
Menjamin agar peniaga mendapat pinjaman oleh bank perdagangan
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran?
Peniaga menabung wang sedikit demi sedikit untuk memulakan perniagaan
Peniaga menyimpan sebahagian daripada keuntungan sebagai rizab untuk memajukan perniagaannya.
Keluarga peniaga membantu menyumbang wang untuk membolehkan peniaga memulakan perniagaan
Peniaga mendapatkan jaminan daripada Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad untuk mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
Yaakob hendak mengembangkan perniagaannya. Beliau berhajat untuk membuka cawangan tambahan di bandar lain. Apakah cara yang boleh digunakan Yaakob sekiranya beliau tidak mahu mendapatkan pembiayaan luaran?
Simpanan peribadi
Mengenepikan sebahagian keuntungan sebagai rizab
Mendapatkan pajakan daripada syarikat pajakan yang diluluskan
Membeli aset tambahan yang diperlukan secara sewa beli
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia memberikan jaminan kredit kepada pinjaman yang dipohon oleh peniaga yang menghadapi kesukaran berikut
Menyediakan rancangan perniagaan
Mendapatkan pembiayaan dari bank
Mendapatkan bantuan geran dari bank
Mendapatkan khidmat nasihat dari bank
Min Ho memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kek muffin di bandar Sandakan.Dia bercadang untuk menggunakan kaedah sewa beli bagi membeli sebahagian daripada keperluan di kedainya. Apakah aset secara sewa beli yang boleh dicadangkan ?
Pinggan mangkuk
Kerusi meja di kedai
Sepanduk yang digantung di kedai
Tepung dan bahan mentah lain yang diperlukan
Berikut merupakan maklumat daripada sebuah agensi kerajaan.
* Tidak menawarkan pinjaman
*Memberi jaminan agar pengusaha boleh diberi pinjaman
* Akan meneliti dan memantau perniagaan yang dikendalikan oleh pengusaha
Namakan agensi kerajaan yang mempunyai ciri-ciri di atas
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Syarikat Mega telah terikat dengan terlalu ramai penghutang. Pemilik perniagaan telah cuba untuk mendapatkan balik wang daripada para penghutang tetapi menemui jalan buntu. Oleh sebab ingin menambah baik mutu perniagaan, pemilik memerlukan wang untuk membuat beberapa pembaharuan dalam syarikat. Apakah cadangan jenis perkhidmatan yang boleh anda sarankan kepada pemilik syarikat itu untuk memperoleh wang yang diperlukan dalam masa yang terdekat?
Bank
Syarikat pajakan
Syarikat pemfaktoran
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad
Setiap pengusaha pastinya hendak menggunakan sumber pembiayaan dalaman untuk perniagaan mereka kerana tidak memerlukan permohonan dan kelulusan pihak luaran. Begitu juga dengan syarikat berhad. Apakah sumber pembiayaan dalaman untuk syarikat berhad?
Rizab
Modal
Faedah
Simpanan
Mengapakah penyediaan rancangan perniagaan penting untuk memohon pembiayaan sumber luaran?
Syarikat dapat mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan
Pengusaha akan jelas dengan syarat yang ditawarkan dan dapat membuat keputusan yang tepat
Pengusaha syarikat dapat memberikan satu gambaran yang menyakinkan tentang syarikat tersebut.
Pengusaha syarikat dapat membuat pertbandingan mengenai tawaran pinjaman yang diberikan sebelum membuat sebarang keputusan.
