Font size
WorksheetsPUISI TRADISIONAL : PANTUN KIASAN
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud peribahasa burung terbang dipipiskan lada dalam rangkap 13 pantun?
A Menginginkan sesuatu yang mustahil untuk dimiliki.
B Mengharapkan sesuatu yang belum pasti dapat dimiliki.
C Mengalah sebelum berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
D Berhasrat untuk memiliki sesuatu yang dimiliki oleh orang lain.
Yang manakah nasihat yang ingin disampaikan dalam rangkap keenam pantun?
A Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.
B Orang yang malas tidak akan berjaya.
C Sentiasa merendah diri apabila memperoleh kejayaan.
D Kejayaan yang tidak seberapa tidak usah dibesar-besarkan.
Yang berikut ialah kebaikan amalan berjimat cermat, kecuali
A mengindari sikap boros.
B membantu golongan yang susah.
C menjadikan diri amanah dan jujur.
D membantu dalam mengatasi masalah kewangan pada masa hadapan.
Nyatakan contoh gaya bahasa Hiperbola?
A Hujan ribut gunung terbakar
B Bagai anjing dengan kucing
C Kaduk naik junjung
D Elok rupanya kumbang jati
Yang manakah contoh gaya bahasa Simile yang betul?
A Indah tampan kerana budi
B Bijak bertemu dengan jauhari
C Macam melukut di tepi gantang
D Tikar pucuk tikar mengkuang
Berdasarkan 2 baris pantun tersebut, nyatakan nilai yang paling tepat.
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
A Kejujuran
B Rasional
C Ketaatan
D Keberanian
Pantun ini terdiri daripada ........... rangkap.
A 10
B 17
C 20
D 22
Berdasarkan baris pantun tersebut, pilih gaya bahasa yang sesuai
Kilat memancar hujan tak lalu;
A Sinkope
B Aliterasi
C Epifora
D Personafikasi
Berdasarkan Pantun Kiasan, nyatakan maksud rangkap kedua tersebut.
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
A Sikap merendah diri dalam kalangan orang yang merantau apabila berada di tempat orang.
B Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang merugikan.
C Pendirian manusia sering berubah-ubah.
D Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah lernadap orang lain.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia?
Memberikan pendidikan agama dan moral yang sempurna
Ibu bapa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak
Ibu bapa selalu sibuk bekerja dengan mengabaikan anak-anak
Tiada masa untuk keluarga sendiri
