wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan Ting 4 (Modul 1.2 & 1.3)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Luca Pacioli diberikan gelaran 'Bapa Perakaunan' kerana beliau telah

a)

mencipta kaedah Venice

b)

memulakan Sistem Catatan Bergu

c)

menerbitkan pelbagai karya perakaunan

d)

memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis

2.

Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan?

a)

Mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan.

b)

Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perniagaan.

c)

Menjamin peluang perkerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan.

d)

Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan.

3.

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan termasuk


I Kebolehbandingan

II kebolehfahaman

III Keseragaman

IV Pemasaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

4.

Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri Kualitatif Penyata Kewangan.


Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.


Berpandukan pernyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan?

a)

Kebolehbandingan

b)

Kebolehsahan

c)

Perwakilan benar

d)

Kebolehfahaman

5.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri kualitatif tetingkat Penyata Kewangan.


I Pemasaan

II Kerelevanan

III Perwakilan benar

IV Kebolehfahaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Antara berikut, yang manakah memperbaiki kaedah menyimpan rekod di Mesir pada tahun 400SM?


I Kain

II Papyrus

III Calamus

IV Kepingan tanah liat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan?


I Pelabur

II Pemilik perniagaan

III Akauntan luaran

IV Bank

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Penyata Kewangan terdiri daripada

a)

Akaun Perdagangan & Untung Rugi ; Penyata Kedudukan Kewangan.

b)

Akaun Perdagangan ; Akaun Pengeluaran.

c)

Akaun Untung Rugi ; Imbangan Duga

d)

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ; Penyata Penerimaan dan Pembayaran

9.

Butiran yang manakah terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Hasil dan Belanja

b)

Kos Jualan dan Belanja

c)

Aset Semasa & Aset Bukan Semasa

d)

Liabiliti Semasa dan Hasil

10.

Apakah tujuan pelabur menggunakan Penyata Kewangan?

a)

Menilai keupayaan aliran tunai sesebuah perniagaan sebelum memberikan kemudahan kredit.

b)

Untuk semakan pendapatan perniagaan dan percukaian.

c)

Mempertimbangkan kelulusan pinjaman.

d)

Menilai kemampuan sesebuah perniagaan menjana keuntungan.

11.

Siapakah yang menjadi pengguna luaran penyata kewangan?

a)

Kerani

b)

Pembekal

c)

Pengurus jualan

d)

Pemilik perniagaan

12.
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?
a)
Bank
b)
Pemiutang
c)
Pengurusan
d)
Pesaing perniagaan
13.

“ Sesuatu maklumat dapat diperoleh semasa maklumat tersebut diperlukan”

Pernyataan di atas merujuk kepada kepada salah satu daripada ciri kualititatif. Ciri tersebut ialah

a)

Kebolehfahaman

b)

Pemasaan

c)

Relevan

d)

Kebolehbandingan

14.

Apakah fungsi Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Menentukan keuntungan atau kerugian perniagaan dalam tempoh kewangan yang tertentu

b)

Memastikan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada tarikh tertentu

c)

Menunjukkan jumlah hutang perniagaan terhadap pemilik perniagaan

d)

Menyemak ketepatan catatan bergu dalam perniagaan

15.

Tujuan utama penyediaan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ialah untuk .......

a)

mengukur prestasi perniagaan

b)

melihat kedudukan kewangan perniagaan.

c)

menunjukkan aset dan liabiliti perniagaan.

d)

menyenaraikan baki-baki akaun perniagaan.