wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MIKROORGANISMA TAHUN 6 FALAH

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan sejenis peralatan yang digunakan untuk melihat mikroorganisma. Apakah nama peralatan tersebut?

a)

Binokular

b)

Teleskop

c)

Mikroskop

d)

Stetoskop

2.

Mikroorganisma yang dilihat di bawah mikroskop membuktikan bahawa

a)

Mikroorganisma bergerak.

b)

Mikroorganisma bernafas.

c)

Mikroorganisma bertumbuh.

d)

Mikroorganisma berkumuh.

3.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar

b)

hidupan yang besar yang sukar dilihat

c)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

d)

hidupan berseni yang mudah dilihat

4.
Antara yang berikut, yang manakah senarai kumpulan mikroorganisma yang betul?
a)
Bakteria, virus, protozoa, kulat dan alga
b)
Bakteria, virus, proton, fungi dan alga
c)
Bakteria, berus, protozoa, kulat dan alga
d)
Bakteria, virus, protozoa, fungi dan agar-agar
5.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
6.

Ini ialah mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan roti. Apakah jenis mikroorganisma ini?

a)

Alga

b)

Kulat

c)

Protozoa

d)

Bakteria

7.

Kehadiran yis menyebabkan roti itu mengembang kerana yis membebaskan.....

a)

karbon dioksida

b)

oksigen

c)

karbon monoksida

8.

Apakah fungsi gula kepada yis?

a)

sumber tenaga

b)

sumber air

9.

Faktor pertumbuhan mikroorganisma ialah udara, air, suhu, _________________ dan _______________________.

a)

nutrien , kealkalian yang sesuai

b)

garam , gula

c)

nutrien , keasidan yang sesuai

10.

Yang manakah antara berikut cara terbaik untuk mengurangkan pertumbuhan mikroorganisma pada makanan

a)

Letakkan di tempat yang terdedah kepada udara

b)

Simpan dalam peti sejuk

c)

Simpan dalam tempat yang lembab

d)

Letakkan di dalam larutan gula

11.

Razif menghidap batuk. Apakah cara yang berkesan untuk mengelak bakteria daripada merebak kepada orang di sekelilingnya?

a)

Minum banyak air yang telah dimasak

b)

Menutup mulut ketika batuk

c)

Pakai pakaian yang bersih

d)

Tidak berada berhampiran dengan orang ramai

12.
Mikroorganisma boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit. Contoh penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma ialah?.
a)
Kurap
b)
Kegemukan
c)
Sakit jantung
d)
Kencing manis
13.

Gambar menunjukkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma. Apakah penyakit tersebut?

a)

Konjuntivitis

b)

Malaria

c)

Kurap

14.

Nyatakan bakteria baik yang digunakan untuk menghasilkan yogurt.

a)

Salmonella

b)

Laktobasilus

c)

Spirogyra

d)

Paramecium

15.

Nyatakan mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tempe?

a)

Yis

b)

Mukor

c)

Bakteria

d)

Penicilium

16.

Nyatakan mikroorganisma yang digunakan untuk merawat sisa kumbahan dalam loji kumbahan?

a)

Bakteria

b)

Protozoa

c)

Fungi

d)

Alga

17.

Mengapakah lelaki itu perlu menutup hidung dan mulutnya?

a)

Orang sekeliling akan bersin jika ia tidak menutup hidungnya

b)

Untuk mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

c)

Untuk mengelakkan bunyi yang kuat semasa bersin

18.

Penduduk di Taman Perumahan Sri Wangi mengalami wabak penyakit demam denggi. Apakah langkah yang patut diambil oleh penduduk taman perumahan tersebut untuk mengelakkan penyakit itu daripada menular?

a)

Mencuci tangan sebelum makan

b)

Menyembur racun serangga perosak

c)

Membuang sampah ke dalam bakul sampah

d)

Memastikan sekeliling rumah bersih dan tiada air bertakung

19.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?

a)

Balut luka jika ada.

b)

Tutup mulut kita apabila batuk.

c)

Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.

d)

Basuh tangan sebelum makan.

20.

Malaysia sedang dilanda wabak Covid 19. Ramai pesakit yang dijangkiti telah dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas. Mengapakah pesakit perlu dikuarantin?

a)

membolehkannya berehat.

b)

memberikannya penjagaan rapi.

c)

membolehkannya sembuh dengan cepat.

d)

mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.