wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 3: Hidup Bermoral Pemangkin Kesejahteraan

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah kepentingan mempelajari moral, KECUALI

a)

Memupuk perpaduan dalam masyarakat

b)

Memilih perkara yang buruk dan memudaratkan diri

c)

Melatih diri menjadi insan berakhlak mulia

d)

Membentuk jati diri yang unggul

2.

Amir, Ah Seng dan Raju adalah contoh anak yang sangat menjaga maruah diri dan keluarganya. Berikut adalah contoh sikap baik yang diamalkan oleh mereka, KECUALI.

a)

Tidak melanggar peraturan sekolah

b)

tidak melawan cakap guru

c)

hormat kepada pandangan rakan

d)

merosakkan harta benda sekolah

3.

Cara hidup bermoral ialah

a)

Bercakap kasar dengan guru

b)

menconteng peralatan sekolah

c)

Bersikap jujur sepanjang masa

d)

Tidak pedulikan nasihat kaunselor sekolah

e)

Tidak mempunyai matlamat hidup

4.

Jasmine ternampak seekor anak kucing yang menangis kelaparan. Dia memberi sedikit makanan supaya kucing itu berhenti menangis. Perbuatan Jasmine memberi kucing itu makan adalah perlakuan

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

5.

Kelvin menggunakan tempat letak kereta OKU kerana ingin cepat, perbuatan tersebut adalah tingkah laku

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

6.

Pilih contoh perlakuan bermoral ketika di rumah

a)

Membantu ibu mengemas dapur selepas makan tengahari

b)

Memberi makan kepada haiwan peliharaan

c)

Membantu adik menyelesaikan kerja sekolah

d)

Memasang radio dan televisyen dengan kuat hingga mengganggu abang belajar

7.

Berpakaian kemas semasa pergi ke sekolah ialah perlakuan

a)

bermoral

b)

tidak bermoral

8.

Saya perlu berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

9.

Menghormati amalan dan upacara keagamaan rakan yang beragama lain ketika upacara agama dijalankan

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

10.

Meninggalkan kelas tanpa menutup suis lampu dan kipas adalah perbuatan bermoral.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Letchumy tidak sempat mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan, lalu dia membawa nota kecil masuk ke dalam dewan peperiksaan.

a)

Bermoral

b)

Tidak bermoral

12.

Antara berikut, yang manakah cara hidup bermoral? (jawapan boleh lebih daripada 1)

a)

menggunakan telefon ketika memandu

b)

membuang sampah ke dalam tong sampah

c)

Beramah mesra dengan jiran tetangga

d)

menghormati tetamu yang datang

e)

menggunakan tempat letak kereta OKU walaupun sihat sempurna

13.

Amalan perlakuan bermoral ialah

a)

Belajar bersungguh - sungguh

b)

Pilih dan bergaul dengan rakan yang berakhlak baik

c)

Aktif dalam bidang kokurikulum

d)

Bercakap sopan dengan ibu bapa, guru dan rakan

e)

Ke semua pernyataan di atas adalah menunjukkan perlakuan bermoral

14.

Saya akan mengucapkan salam sejahtera setiap kali bertemu rakan dan guru sekolah:

a)

Ya

b)

Tidak

15.

Saya akan berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Negaraku

a)

Ya

b)

Tidak

16.

Berikut bukan tujuan mengadakan rumah terbuka KECUALI

a)

Mendapat populariti

b)

Menunjuk-nunjuk kemewahan

c)

Mengeratkan silaturahim

d)

Membazirkan makanan

17.

Bertoleransi, amanah dan berintegriti merupakan cara hidup tidak bermoral

a)

Betul

b)

Salah

18.

Berikut adalah menunjukkan ciri seorang pelajar yang berintergriti, KECUALI ?

a)

Mudah dipengaruhi

b)

berpegang pada prinsip

c)

kejujuran

d)

ketulusan

19.

Antara berikut, yang manakah cara hidup bermoral? (jawapan boleh lebih daripada 1)

a)

mencuri

b)

menepati masa

c)

bersikap jujur

d)

berintegriti

e)

gangsterisme

20.

Saya sentiasa bersedia menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diterima oleh semua, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti