WorksheetsKuiz Penandaan Harga Barang & Caj Perkhidmatan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Bilakah bermulanya perundangan bagi melabelkan tanda harga pada barangan jualan di dalam premis perniagaan?
1 April 1977
1 Mei 1977
1 Mei 1998
1 April 1998
Apakah kuasa penguatkuasaan bagi AKHAP 2011 di bawah Bahagian VI Seksyen 19 hingga 40?
Penggeledahan, Perisikan, Pemeriksaan, Penyitaan, Pendakwaan dan Pelupusan.
Perisikan, Pemeriksaan, Penyiasatan, Pendakwaan dan Pengurusan Ekshibit.
Penggeledahan, Pemeriksaan, Penyitaan, Pendakwaan dan Pelupusan.
Penggeledahan, Pemeriksaan, Perisikan, Penyitaan, Pendakwaan dan Pelupusan.
Antara berikut turutan manakah yang benar berkaitan perundangan bagi penandaan harga?
Perundangan tahun 2020 kepada perundangan tahun 1993 kepada perundangan pada 1 Mei 1977.
Perundangan pada 1 Mei 1977 digantikan dengan perundangan tahun 1993 dan yang terkini perundangan pada tahun 2020.
Perundangan pada 1 Mei 1977 digantikan dengan perundangan terkini pada tahun 2020.
Perundangan pada 1 Mei 1998 digantikan dengan perundangan tahun 1993 dan yang terkini perundangan pada tahun 2020.
Berapakah bilangan sektor perkhidmatan yang terlibat bagi penandaan harga bagi caj perkhidmatan yang terkini?
3
5
7
9
Mengapakah peruntukan Akta Kawalan Harga 1946 (Akta 121) dibatalkan dan digantikan dengan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Akta 723)?
AKH 1946 mengawal harga barangan, caj perkhidmatan dan aktiviti pencatutan.
AKHAP 2011 hanya mengawal harga barangan sahaja.
AKHAP 2011 dibatalkan kerana hanya mengawal harga barangan tidak termasuk caj untuk perkhidmatan dan membendung aktiviti pencatutan.
AKH 1946 dibatalkan kerana hanya mengawal harga barangan tidak termasuk caj untuk perkhidmatan dan membendung aktiviti pencatutan.
Apakah Perintah Kawalan Harga yang terkini?
Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 2020.
Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020.
Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2019.
Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2021.
Peniaga hendaklah meletakkan label, teg atau tanda pada setiap barangan itu atau pada beg atau pada bekas barangan itu yang menunjukkan perkara berikut, kecuali?
Tidak perlu harga unit bagi tiap satu unit.
Satu unit timbangan atau setiap sukatan barangan tersebut.
Harga unit bagi tiap satu unit.
Senarai harga barangan.
Peranti sistem harga termasuklah mana-mana peranti yang menunjukkan atau memaparkan harga secara elektronik seperti berikut, kecuali?
Berapakah penalti yang dikenakan ke atas Bukan Pertubuhan Perbadanan (Individu) bagi kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan) 2020?
Denda tidak melebihi RM25,000.00
Denda tidak melebihi RM100,000.00
Denda melebihi RM50,000.00
Denda tidak melebihi RM50,000.00
Berapakah penalti yang dikenakan ke atas Pertubuhan Perbadanan (Syarikat) bagi kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan) 2020?
Denda tidak melebihi RM25,000.00
Denda tidak melebihi RM50,000.00
Denda tidak melebihi RM100,000.00
Denda melebihi RM100,000.00
