NEW
Font size
WorksheetsEkonomi Tingkatan 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
En. Yazib mengusahakan kilang Satey. Beliau mempunyai 20 orang pekerja dan berjaya menjadi pembekal Satey utama untuk negeri Perak, Kedah & Perlis. Apakah faktor pengeluaran yang terlibat dalam perniagaan En Yazib?
I. Pasar Raya
II. Bahan Makanan
III. Tenaga Pekerja
IV. Bangunan Kilang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Objektif Penubuhan Syarikat Haluan Reka melaksanakan projek pelaburan di Vietnam dan menangguhkan projek pembinaan kilang terbaru di Alor Setar, Kedah adalah untuk memaksimumkan..
A. Kos Pengeluaran
B. Keuntungan Syarikat
C. Kepuasan para pelanggan
D. Kebajikan masyarakat setempat
Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah "Apa yang hendak dikeluarkan" dalam Sistem Ekonomi Campuran?
A. Memberi subsidi
B. Mengenakan cukai
C. Mengeluarkan barang awam
D. Mengawal tingkat harga barang
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan Sistem Ekonomi Islam?
I. Menggalakkan persaingan yang sihat
II. Kepentingan masyarakat lebih diutamakan
III. Mementingkan kebendaan dan kekayaan didunia
IV. Mengeluarkan barang yang mempunyai permintaan yang tinggi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara berikut, yang manakah menunjukkan permintaan yang berkesan?
A. Cik Nawwar mempunyai RM10 dan ingin membeli sebuah beg berharga RM15
B. Puan Rosmawar mempunyai RM20 dan ingin membeli sebuah buku yang berharga RM15
C. En Rahul tidak mempunyai wang dan ingin membeli sebatang pen yang berharga RM3
D. En Hairol mempunyai RM50 dan tidak membeli jam tangan berharga RM30
Maklumat berkaitan dengan dua barang ialah seperti berikut:
"Apabila harga barang M turun, kuantiti diminta untuk barang O bertambah"
Antara berikut, yang mungkin merupakan barang M dan barang O
A. Gula dan Beras
B. Kopi dan Teh
C. Komputer Peribadi dan Kereta
D. Telefon pintar dan Alat pengecas
Pemberian Subsidi kepada pengeluar minyak masak menyebabkan
A. Harga kelapa sawit menurun
B. Penawaran minyak masak menurun
C. Permintaan minyak masak menurun
D. Kos pengeluaran minyak masak menurun
Malaysia telah mencatatkan guna tenaga penuh sejak tahun 2000. Kesan daripada situasi tersebut ialah:
A. Penurunan kadar inflasi
B. Peningkatan Pendapatan negara
C. Penurunan kadar pertumbuhan ekonomi
D. Penurunan kadar pertumbuhan penduduk
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk daripada pertumbuhan ekonomi?
A. Kejatuhan hasil kerajaan
B. Kejatuhan taraf hidup rakyat
C. Pengurangan sumber ekonomi
D. Peningkatan kadar pengangguran
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Indeks Harga Penguna (IHP)?
A. Perubahan kuantiti diminta akibat daripada harga barang itu sendiri
B. Perubahan harga barang itu sendiri akibat daripada perubahan kuantiti ditawarkan
C. Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi suatu tahun berbanding dengan tahun dasar
D. Perubahan harga purata sekumpulan barang bagi sesuatu tahun berbanding dengan tahun semasa
