Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN T4

Total questions: 25

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan komponen asas perniagaan, kecuali...

a)

Penjual dan pembeli

b)

Milikan tunggal

c)

Barang dan perkhidmatan

2.

Jenis milikan ini dikecualikan daripada cukai

a)

Syarikat Sendirian Berhad

b)

Milikan tunggal

c)

Perkongsian

d)

Koperasi

3.
Perniagaan bermaksud aktiviti...
a)
menjaga kebajikan masyarakat
b)
memperoleh keuntungan maksimum
c)
menyediakan barang dan perkhidmatan
d)
melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dan pembeli
4.
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?
a)
Meningkatkan imej perniagaan
b)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
c)
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
d)
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
5.
Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dan pembeli dikenal sebagai...
a)
konsep asas perniagaan
b)
konsep asas keuntungan
c)
konsep pemilikan perniagaan
d)
konsep penawaran dan permintaan
6.
Konsep asas perniagaan merangkumi ________ komponen utama
a)
tiga
b)
empat
c)
lima
d)
enam
7.
Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam perniagaan?
a)
Keperluan - susah dipenuhi
Kehendak  - mudah dapat dan dipenuhi
b)
Keperluan - untuk meneruskan kehidupan
Kehendak - untuk hidup lebih selesa
c)
Keperluan - dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
Kehendak - tidak dipengaruhi oleh pendapatan perseorangan
d)
Keperluan - barang yang tidak semestinya perlu
Kehendak - barang yang semestinya perlu
8.
Aktiviti perniagaan terbahagi kepada aktiviti berasaskan barang dan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Pilih pernyataan yang betul.
a)
Aktiviti berasaskan barang - Kembara Travel & Tour Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Butik Jahit dan Sulaman Nadia
b)
Aktiviti berasaskan barang - Kilang perabot Siva Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kilang Elektrik Infineon Melaka
c)
Aktiviti berasaskan barang - kilang Kopi ah Long Sdn Bhd
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Pusat Tuisyen Akademik Kasturi
d)
Aktiviti berasaskan barang - Kedai Gunting Rambut Moorthy
Aktiviti berasaskan perkhidmatan - Kedai Dobi Fast Enterprise
9.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
I    Mengembangkan perniagaan
II   Merancang strategi perniagaan
III  Melancarkan proses pengeluaran
IV  Mengukur tahap prestasi perniagaan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
10.
Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu barang.
Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang meningkat secara mendadak.
Apakah kaedah perniagaan ini?
a)
Secara percuma
b)
Pada harga kos
c)
Pada harga di bawah kos
d)
Secara sumbangan masyarakat
11.
Susun langkah-langkah dalam prosedur pendaftaran penubuhan perniagaan selepas langkah mengisi Borang Carian Nama.
I   Mengisi Borang A
II  Membuat pembayaran
III Mendapatkan Borang D
IV Hantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
a)
I --> II --> III --> IV
b)
I --> IV --> II --> III
c)
IV --> I --> III --> II
d)
IV --> I --> II --> III
12.
Gambar yang berikut menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.
Mengapakah Siti memilih membuka perniagaan tersebut?
a)
Perniagaan tidak berterusan
b)
Diuruskan secara berseorangan
c)
Saiz kecil dan mudah diuruskan
d)
Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
13.

Sektor primer terdiri daripada

a)

Pembinaan

b)

Pembalakan kayu merbau

c)

Kejuruteraan

d)

Perkhidmatan badan bukan kerajaan

14.

Yang manakah berkenaan dengan gambar di atas?

a)

Aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu

b)

Contoh perkhidmatan swasta

c)

Menghasilkan barang siap atau separuh siap

d)

Contoh sektor utama

15.

Saiz klasifikasi perniagaan terbahagi kepada :

a)

Sektor utama

b)

Kecil

c)

Sektor kedua

d)

Sederhana kecil

16.

Faktor manakah yang menentukan saiz perniagaan?

a)

Kos overhed yang rendah

b)

Bilangan pekerja sementara

c)

Jumlah Pekerja tetap

d)

Jualan setiap tahun

17.

Yang manakah merupakan keburukan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kos upah buruh rendah

b)

Kurang berdaya saing

c)

Sumber kewangan tidak mencukupi

d)

Sukar mendapat pekerja mahir

18.

NILAI JUALAN = RM 350 000

PEKERJA TETAP = TIDAK LEBIH 30 ORANG


Pilih saiz perniagaan yang sesuai

a)

Kecil

b)

Sederhana

c)

Sederhana kecil

d)

Besar

19.

Nyatakan kelebihan yang dimiliki perniagaan di atas?

a)

Ketidakpastian pasaran global

b)

Meningkatkan keuntungan tahunan

c)

Wujud pengkhususan pekerjaan

d)

Banyak peraturan dan polisi syarikat

20.

Aktiviti yang manakah terlibat dalam sektor sekunder?

a)

Ahmad menjual insuran kemalangan

b)

Syahmi Sazli menternak udang galah

c)

Razin menyediakan perkhidmatan hotel kucing

d)

Mustafa memproses madu kelulut dijadikan sabun mandi

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Berhad' (bhd.) pada nama sesetengah perniagaan?

a)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

b)

Tidak dibenarkan membuka cawangan

c)

Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja

d)

Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan

22.

Gambar berikut menunjukkan satu organisasi bukan bermotifkan untung.


Pernyataan manakah benar tentang tujuan organisasi tersebut?

a)

mengeluarkan hasil keluaran yang berkualiti

b)

memuaskan kehendak dan keperluan pengguna

c)

menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

memasarkan produk kepada pengguna

23.

Gambar berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


Manakah ciri yang benar bagi bentuk pemilikan tersebut?

a)

Pemegang syer ialah 2 orang dan maksimum 50 orang

b)

Pemilik syer boleh menjual syer secara bebas

c)

Penyata kewangan perlu dirahsiakan

d)

Penubuhan lebih mudah dan murah

24.

Maklumat berikut berkaitan ciri sejenis bentuk pemilikan perniagaan.

*Sekurang-kurangnya 50 orang anggota

*Aktiviti tidak berunsurkan politik

*Mempunyai perkataan "berhad" di belakang


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Syarikat Awam Berhad

d)

Syarikat Sendirian Berhad

25.

Rakan kongsi nominal ialah....

a)

Mengeluarkan modal dan menguruskan perniagaan.

b)

Menguruskan perniagaan tanpa mengeluarakn modal.

c)

Nama digunakan sebagai rakan kongsi dengan mengeluarkan modal.

d)

Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal.