Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2 KSSM

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Nasionalisme di barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

Apakah kesan perkembangan nasionalisme tersebut?

a)

Berjaya mengukuhkan kuasa rakyat

b)

Memantapkan kedudukan parlimen

c)

Menjejaskan kedaulatan negara bangsa

d)

Kebangkitan perjuangan kedaulatan raja.

2.

*Revolusi Perancis

*Revolusi England

Mengapakah revolusi tersebut berlaku ?

a)

Memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Mempertahankan peradaban

c)

Menentang penguasaan ekonomi

d)

Penentangan pemerintahan beraja

3.

Antara pernyataan berikut yang manakah menjelaskan maksud Semangat bushido?

a)

Taat setia.

b)

Bertolak ansur.

c)

Tolong menolong.

d)

Sanggup berkorban

4.

” Hilang Gelap Terbitlah Terang “merupakan hasil karya Raden Adjeng Kartini daripada Indonesia.

Apakah kandungan buku tersebut?

a)

Kemunduran peribumi.

b)

Kemerdekaan negara

c)

Kepentingan kerjasama

d)

Kesetiaan kepada raja

5.

Apakah sumbangan Zainal Abidin Ahmad ( za’ba ) dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?

a)

Perjuangan melalui penulisan.

b)

Perjuangan bercorak radikal.

c)

Perjuangan berpendidikan agama.

d)

Perjuangan terawal di Tanah Melayu.

6.

Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.

Apakah kesan tersebut ?

a)

Pentadbiran sistematik

b)

Penentangan terhadap British.

c)

Peningkatan sistem pendidikan.

d)

Perluasan pengaruh barat.

7.

Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda?

a)

Terdiri daripada golongan pemuda

b)

Memperjuangkan nasaib golongan muda

c)

Membawa idea baru dari timur tengah

d)

Mengasingkan diri dari golongan tua.

8.

Persatuan sahabat pena Malaysia (PASPAM) telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Apakah peranan PASPAM ?

a)

Membincangkan masalah ekonomi.

b)

Menggalakkan kemajuan bangsa

c)

Memajukan budaya dan maruah

d)

Menegakkan ajaran islam

9.

Thailand telah bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua.

Apakah kesan terhadap negara tersebut?

a)

Pemantapan kuasa raja.

b)

Persaingan kuasa barat

c)

Pengekalan kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh imigran.

10.

*Filipina dijadikan wilayah Sepanyol

*Bangsa Filipina diberi kebebasan bersuara


Berdasarkan maklumat di atas, bagaimanakah perjuangan Jose Rizal dilakukan?

a)

Liga Filipina

b)

Gerakan Sosial

c)

Kerajaan Revolusi

d)

Penubuhan Katipunan

11.

*Bal Gangadhar Tilak

*Bipin Chandra Pal


Yang manakah sumbangan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Menggerakkan perjuangan militant.

b)

Mempertahankan pemerintahan islam.

12.

• Diterbitkan pada 23 julai 1906

• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran Islam sebenar.


Maklumat tersebut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Apakah nama akhbar tersebut?

a)

Saudara

b)

Al – iman

13.

• Mari kita berjuang

• Angan-angan dengan gurindam

• Sedarlah


Pernyataan di atas berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.

Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut?

a)

Memupuk semangat kebangsaan

b)

Menyeru penubuhan persatuan

14.

"Rumah Besar Tiang Sebatang"

"Cerita Awang Putat"


Antara berikut, yang manakah tema cerpen di atas?

a)

Menyekat pengaruh Komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

15.

Karya Pak Sako menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan kepentingan menikmati kebebasan.

Antara berikut yang manakah karya Pak Sako?

a)

Cerita Awang Putat

b)

Anak Mat Lela Gila

c)

Putera Gunung Tahan

16.

Maksud nasionalisme ialah..

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap harta

c)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap budaya dan adat resam

d)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap keturunan

17.

Hans Kohn berpendapat nasionalisme bermaksud...

a)

Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat yang boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri

b)

Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua

c)

Satu gerakan yang meletakkan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya

d)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri

18.

Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.


Siapakah yang telah menyatakan maksud nasionalisme di atas?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

c)

Dr. R. Suntharalingam

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

19.

Revolusi Keagungan di England berlaku pada tahun...

a)

1685

b)

1686

c)

1687

d)

1688

20.

Revolusi Keagungan tercetus berikutan pemerintahan ____________ membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.


Siapakah nama pemerintah tersebut?

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Mary II

d)

Raja William of Orange

21.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

22.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

(Buku teks m/s 24)

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Raja William of Orange

d)

John Locke

23.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah

(Buku teks m/s 24)

I. Revolusi Amerika

II. Revolusi Keagungan di England

III. Revolusi Perancis

IV. Revolusi Perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

(Buku teks m/s 25)

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

British

d)

Sepanyol

25.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

(Buku teks m/s 25)

a)

Raja James II

b)

Raja William of Orange

c)

Raja Louis XVI

d)

Jean Jacques Rousseau

26.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

27.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

(Buku teks m/s 26)

a)

Sri Lanka

b)

Bangladesh

c)

Nepal

d)

Pakistan

28.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

(Buku teks m/s 26)

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Bipin Chandra Pal

29.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China? (Buku teks m/s 26)

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

San Min Chu-i

c)

Maharaja Mikado Meiji

d)

Bal Gangadhar Tilak

30.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat (Buku teks m/s 27)

a)

Kamikaze

b)

Bushido

c)

Kimigayo

d)

Nippon-Go