wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK Tahun 6 Fahami Situasi, Ambil Peduli (4/3/21)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tingkah laku seksual merujuk kepada

a)

perubahan fizikal individu

b)

tiada berlaku perubahan fizikal

c)

sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual

d)

perubahan ketinggian

2.

Bolehkah gangguan seksual berlaku di tempat-tempat awam?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda diganggu dengan sengaja ?

a)

Membiarkan saja

b)

Melaporkan kepada pihak berkuasa

c)

Tidak mengambil peduli

4.

Pilih situasi yang mendorong kepada gangguan tingkah laku sosial

a)

Berhimpit-himpit dengan penumpang lain dengan sengaja semasa berada di dalam pengangkutan awam.

b)

Memasuki tandas awam (perempuan) dengan sengaja

c)

Makan bersama-sama ahli keluarga

d)

Beriadah bersama-sama ahli keluarga

5.

Mengapakah kita tidak boleh bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Untuk mengelakkan berlaku gangguan seksual

b)

Supaya dapat belajar bersama-sama

c)

Supaya tidak bergaduh

6.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan

tidak terkawal ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

b)

Tingkah laku seksual yang terlarang boleh diamalkan.

c)

Tingkah laku seksual yang terlarang tidak menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak

d)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal akan

menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak individu.

7.

Bolehkah anda bergaul secara bebas dengan rakan-rakan yang tidak sama jantina?

a)

Boleh

b)

Tidak boleh

8.

Melayari laman pornografi dan mengunjungi pusat hiburan adalah mendorong tingkahlaku seksual.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya rakan anda mengajak anda membaca majalah yang mengandungi unsur lucah ?

a)

Membaca bersama-sama

b)

Membuang majalah tersebut

c)

Mengambil dan menyimpan majalah tersebut

d)

Memaklumkan kepada guru disiplin sekolah

10.

Nyatakan kesan melayari video lucah ?

a)

Berasa seronok

b)

Boleh mencemarkan jiwa dan hati

c)

Menghargai masa

d)

Menambah dosa

11.

Sebarang perlakuan individu yang mendorong kepada isu seksual merupakan maksud bagi

a)

Tingkah laku seksual

b)

Kesalahan vandalisme

c)

Ikon masyarakat

d)

Berfikiran negatif

12.

Keratan akhbar menunjukkan situasi-situasi .....

a)

Tingkah laku seksual

b)

Berita sukan

c)

Gosip hangat

d)

Kehebatan teknologi dalam perubatan

13.

Apakah situasi dalam gambar?

a)

Berada di tempat tertutup seorang diri bersama dengan orang yang tidak dikenali

b)

Berada di tempat terbuka seorang diri bersama dengan orang yang tidak dikenali

c)

Berada di tempat tertutup seorang diri bersama dengan orang yang disayangi

d)

Berada di tempat tertutup beramai-ramai bersama dengan orang yang tidak dikenali

14.

Gambar menunjukkan situasi ...

a)

Berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri

b)

Berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri

c)

Berjalan di kawasan yang bising seorang diri

d)

Berjalan di kawasan yang sunyi beramai-ramai

15.

Gambar menunjukkan situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual. Apakah yang berlaku?

a)

Lelaki berada di dalam tandas wanita

b)

Lelaki berada di dalam tandas lelaki

c)

Wanita berada di dalam tandas wanita

d)

Wanita berada di dalam tandas lelaki

16.

Situasi yang sesuai dengan gambar yang mendorong kepada tingkah laku seksual ialah ...

a)

Berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan di kawasan yang sesak

b)

Berdiri di dalam bas sambil bermain telefon

c)

Memotong barisan ketika menaiki bas

d)

Tidak membayar tambang bas

17.

Pilih 2 langkah yang perlu kamu lakukan bagi mengatasi situasi tingkah laku seksual.

a)

Elakkan berada di tempat tertutup seorang diri

b)

Elakkan berjalan seorang diri di tempat yang bising dan terang

c)

Sentiasa menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan

d)

Elakkan diri daripada berada di tempat yang luas dan lapang antara lelaki dan perempuan.

18.

Pilih DUA pernyataan yang betul.

a)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan

tidak terkawal ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

b)

Tingkah laku seksual yang terlarang boleh diamalkan.

c)

Tingkah laku seksual yang terlarang tidak menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak

d)

Tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal akan

menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak individu.

19.

Apakah kesan tingkahlaku seksual kepada diri dan keluarga ?

a)

Ketenangan

b)

Ketagihan

c)

kematian

d)

kepandaian

20.

Ciri-ciri seksualiti yang baik sebagai remaja ialah berpakaian menjolok mata.

a)

BENAR

b)

TIDAK