wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PJK Tingkatan 5 - Kekeluargaan

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat dua bentuk komunikasi dalam keluarga iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal.

a)

Betul

b)

Salah

2.

Komunikasi verbal didefinisikan sebagai

a)

proses komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan mesej kepada penerima.

b)

proses komunikasi menggunakan bahasa isyarat.

c)

proses komunikasi melibatkan gerak tubuh.

d)

proses komunikasi melibatkan gerakan tangan dan kaki.

3.

Komunikasi bukan verbal seperti

a)

komunikasi secara langsung dalam bilik darjah.

b)

komunikasi menggunakan telefon secara dalam talian.

c)

ekspresi wajah, menggunakan anggota badan lain seperti mata, tangan, senyuman dan bersalaman yang merupakan salah satu cara berinteraksi.

d)

bercakap dengan seseorang ketika menunggu bas.

4.

Komunikasi dalam sesebuah keluarga penting untuk mewujudkan kefahaman dan sikap toleransi dalam keluarga. Berikut cara meningkatkan hubungan kekeluargaan KECUALI

a)

Rekreasi

b)

Menjalin ikatan kekeluargaan

c)

Mewujudkan masa berkualiti

d)

Menyendiri dalam bilik tidur.

5.

Berikut merupakan aktiviti menjadikan keluarga yang bahagia dan harmoni KECUALI

a)

Aktiviti riadah

b)

Aktiviti keagamaan

c)

Bersukan

d)

Bersuka ria di kelab malam

6.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketegangan dalam keluarga seperti:

a)

Keganasan Rumah Tangga

b)

Kepincangan Keluarga

c)

Bertolak ansur

d)

Perceraian

7.

Ibu atau bapa tunggal terpaksa menjaga anak secara bersendirian. Bebanan menguruskan anak dan bekerja membuatkan mereka tertekan. Tekanan akan menyebabkan hubungan dengan anak menjadi tegang.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Kahwin kontrak bermaksud menetapkan tempoh waktu dalam sesuatu perkahwinan. Hal ini membawa banyak masalah seperti hubungan kekeluargaan, hak penjagaan anak selepas habis kontrak, pembahagian harta pusaka dan tanggungjawab suami terhadap isterinya.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Kesan daripada perceraian menyebabkan anak-anak kekurangan kasih sayang dan tertekan kerana terpaksa berpisah daripada ibu atau bapa. Suami atau isteri yang bercerai juga mempunyai emosi yang tidak stabil.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Keganasan rumah tangga melibatkan penderaan secara fizikal, mental, emosi, seksual dan spiritual.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Cara mengatasi ketegangan perhubungan dalam keluarga

a)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

b)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

c)

Menjadi keluarga yang penyayang

d)

Mengutamakan pendidikan

12.

'Ibu bapa berusaha untuk meningkatkan sumber kewangan supaya mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan.'

Penyataan di atas merujuk kepada..

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

13.

'Setiap ahli keluarga hendaklah mengamalkan sikap saling mengambil berat dan bertoleransi untuk melahirkan keluarga yang harmoni dan penuh dengan kasih sayang.'

Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

14.

'Menyediakan peluang untuk anak melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.'

Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

15.

'Meluangkan masa untuk berbual bersama seisi keluarga supaya ikatan kekeluargaan menjadi erat.'

Penyataan di atas merujuk kepada...

a)

Menjadi keluarga yang penyayang

b)

Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam keluarga

c)

Meningkatkan taraf ekonomi keluarga

d)

Mengutamakan pendidikan

16.

Pilih 3 aktiviti yang boleh menjadikan keluarga bahagia dan harmoni.

a)

Beriadah

b)

Bersukan

c)

Berdansa di kelab

d)

Menyertai aktiviti keagamaan

17.

Aktiviti riadah dapat memberi faedah seperti ...

a)

mewujudkan persaingan

b)

mewujudkan memesraan

c)

membina jati diri

d)

mengelakkan toleransi

18.

Aktiviti bersukan mampu memberi faedah berikut KECUALI ..

a)

meningkatkan tahap kecergasan

b)

melepaskan tekanan kerja

c)

memberi pendapatan sampingan

d)

meningkatkan kesihatan diri

19.

Pilih 2 faedah yang diperolehi melalui penglibatan dalam aktiviti keagamaan.

a)

mengurangkan tekanan emosi

b)

mengelakkan cukai

c)

memberi ketenagan jiwa

d)

menjadikan diri lebih bersedia

20.

Mengapakah keluarga perlu sentiasa bahagia dan harmoni?

a)

mengelakkan bayaran cukai individu

b)

mengurangkan pesakit di hospital

c)

Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai

d)

memberi imej yang baik kepada masyarakat luar