Font size
WorksheetsUJIAN 1 ASK TINGKATAN 1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Pemikiran komputasional ialah
satu proses pemikiran bertujuan untuk membahagikan masalah kepada bahagian kecil
satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin
satu proses memberikan arahan kepada komputer
satu proses berfikir seperti komputer
Maklumat berikut menunjukkan proses pemikiran komputasional.
P : Kenal pasti corak yang sama
Q : Sediakan satu model penyelesaian masalah
R : Tinggalkan perkara yang tidak penting
S : Masalah dipecahkan
Antara berikut, manakah urutan yang betul?
P, Q, R, S
Q, P, R, S
S, P, R, Q
R, P, S, Q
Antara berikut, manakah contoh teknik peleraian?
Menganggar kuantiti bahan mengadun kek
Membina formula pengiraan padang bola
Membuat pengiraan luas dan lilitan sebuah bulatan
Pengiraan bil elektrik dipecahkan berdasarkan unit penggunaan dan kadar yang dikenakan
Antara berikut, pernyataan manakah yang menunjukkan pengecaman corak?
I Semua kucing mempunyai empat kaki
II Semua kereta mempunyai tayar
III Sestengah jam mempunyai penggera
IV Rumah teres mempunyai satu tingkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah teknik pemikiran komputasional yang sedang digunakan bagi mencari persamaan antara jam tangan digital dan analog?
Leraian
Peniskalaan
Pengitlakan
Pengecaman Corak
Dialog di bawah menunjukkan situasi yang dihadapi Eugene.
"Saya mahu menghasilkan 2 biji kek coklat dan sebiji kek pisang."
Berdasarkan teknik leraian, apakah masalah yang boleh dipecahkan?
Kualiti bahan yang digunakan
Jenama bahan yang digunakan
Bentuk loyang untuk meletak adunan kek
Masa yang diperlukan untuk membakar kek
Berikut menunjukkan suatu pernyataan masalah.
Aliya mahu menentukan arah mata angin sungai dari rumahnya menggunakan kompas.
Berdasarkan pernyataan di atas, manakah aspek yang boleh diabaikan?
Jarum kompas mestilah berada pada arah utara
Jenama kompas yang digunakan
Kedudukan kompas mestilah jauh dari objek besi atau magnet
Kompas mestilah diletakkan di tempat rata
Rajah berikut menunjukkan tangki air yang ingin dibina oleh Encik Leminho bagi menampung keperluan air yang banyak.
Apakah contoh teknik pengitlakan yang boleh digunakan?
Formula isi padu tangki berbentuk silinder
Bahan yang digunakan untuk membuat tangki
Bilangan besi pada tapak tangki
Ketinggian dan lebar tangki
Rajah berikut menunjukkan laluan bagi sesebuah bas sekolah.
Seseorang pemandu bas perlu menghantar penumpang di Kampung A, B, C, D, E, F dan G tetapi laluan A - B telah ditutup sementara waktu.
Antara berikut, laluan manakah yang paling dekat?
A-C-B-D-E-F-G
A-C-B-F-G-E-D
A-C-D-E-G-F-B
A-C-D-B-F-G-E
Rajah berikut menunjukkan dua jenis kenderaan.
Apakah perbezaan yang tedapat pada kedua-dua kenderaan di atas?
I Bilangan tayar
II Bilangan cermin sisi
III Reka bentuk kenderaan
IV Bilangan pintu kenderaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Melissa ditugaskan untuk membina atur cara bagi mengira isi padu botol minuman berbentuk silinder.
Menggunakan teknik pengecaman corak, apakah perbezaan yang terdapat pada pemboleh ubah?
Tinggi botol minuman
Nilai pemalar pi (3.142...)
Nilai ispadu botol minuman
Formula mengira isi padu botol minuman
Pilih pernyataan yang betul mengenai pemikiran komputasional.
Satu proses pemikiran bertujuan untuk membahagikan masalah kepada bahagian yang lebih kecil.
Satu proses memberikan arahan kepada komputer untuk menyelesaikan masalah.
Satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah oleh manusia berbantukan mesin.
Satu proses pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan model atau formula.
Pernyataan berikut merujuk kepada salah satu teknik pemikiran komputasional.
"Nailah merupakan seorang pengembara “backpackers”. Beliau hanya membawa barang yang penting sahaja semasa pengembaraan"
Berdasarkan pernyataan 1, apakah teknik yang digunakan oleh Nailah?
Leraian (Decomposition)
Pengecaman corak (Pattern recognition)
Peniskalaan (Abstraction)
Pengitlakan (Generalisation)
Apakah kepentingan meleraikan masalah yang kompleks
Menjadikan masalah lebih rumit
Menukarkan masalah yang ada
Menjadikan masalah mudah diselesaikan
Menjadikan masalah lebih kecil
Mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional?
Membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah
Membolehkan kita memahami cara komputer meneyelesaikan masalah
Membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian
Membolehkan penyelesian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik
Antara berikut, yang manakah bukan teknik pemikiran komputasioanl
Leraian
Pengekodan
Pengecaman
Peniskalaan
Antara pernyataan berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak
Semua rumah ada pintu
Rumah saya mempunyai 3 tingkat
Rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung dihadapan rumah
Belakang rumah saya terdapat kolam besar
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik peniskalaan?
Mengabaikan ciri-ciri yang tidak perlu bagi sesuatu unsur dalam suatu perkara
Suatu proses mengenal pasti ciri-ciri yang penting yang dapat membantu menyelesaikan masalah
Satu proses mengambil kira semua ciri-ciri yang perlu dalam sesuatu perkara
Proses menambahkan ciri-ciri yang berkaitan dalam sesuatu perkara
Apakah kepentingan teknik peniskalaan?
Sebagai penambahbaikan bagi membolehkan sesuatu masalah diselesaikan
Membolehkan masalah yang besar diselsaikan
Bagi membuat keputusan untuk menentukan aspek penting dalam sesuatu masalah
Membolehkan masalah diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat
Senaraikan empat teknik asas pemikiran komputasional
1. Teknik Leraian
2. Teknik (a)
3. Teknik Peniskalaan
4. Teknik Pengitlakan
Guru anda perlu merancang satu lawatan sambil belajar ke Taman Negara
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang diaplikasikan dalam situasi berikut?
(a)
Restoren makanan Sedap Yakmat kerap dipenuhi dengan pelanggan setiap kali pada hujung bulan.
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang diaplikasikan dalam situasi berikut?
(a)
Anda perlu menyiapkan 10 soalan matematik yang melibatkan pengiraan luas untuk bentuk yang berbeza
Nyatakan teknik pemikiran komputasional yang diaplikasikan dalam situasi berikut?
(a)
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai sistem asas 10?
Menggunakan sepuluh pilihan digit
Pilihan digit terdiri daripada 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Digunakan oleh komputer untuk menyimpan data
Digunakan dalam kehidupan seharian manusia
Apakah kepentingan untuk belajar nombor perduaan dan penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan?
Komputer memahami data dalam perwakilan nombor perduaan sahaja.
Nombor perduaan yang menggunakan 2 digit sahaja senang dipelajari
Nombor perduaan mudah difahami ramai berbanding dengan nombor perpuluhan
Penyimpanan data-data dalam nombor perduaan lebih kemas
Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai jenis ukuran yang lazim digunakan untuk membezakan dan mngukur saiz serta kualiti imej digital?
resolusi
kedalaman bit imej
kedalaman bit warna
dimensi
Apakah kedalaman bit warna imej digital yang mempunyai 16 warna?
65 536 bit
16 bit
8 bit
4 bit
Nyatakan sebab mengapa imej perlu dimampatkan?
untuk meningkatkan kualiti imej
untuk menukar warna imej
untuk menjadikan imej mudah disimpan
untuk meningkatkan kualiti fail
Antara berikut, yang mana satukah format fail mampatan yang sering digunakan untuk menyimpan imej kamera digital?
JPEG
PNG
BMP
TIFF
jenis fail imej yang manakah menyokong animasi?
JPEG
GIF
TIFF
PNG
jenis fail imej yang manakah menampung bilangan warna sehinga 256 sahaja?
JPEG
GIF
BMP
PNG
