wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 KSSM PELAJARAN 2[2]

Total questions: 25

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Pegangan akidah yang benar ialah seperti berikut .................................. [4 markah]

a)

berasaskan pemikiran manusia.

b)

menepati al-Quran dan as-Sunnah.

c)

berlandaskan ilmu, iman dan amal.

d)

berpegang dengan dalil naqli dan aqli.

e)

berasaskan tauhid.

2.

Tahap iman manusia boleh (a)   dan berkurang.

3.

Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amal yang baik supaya dapat merasai (a)   iman

4.

Amalan (a)   ialah senjata orang mukmin agar sentiasa berpegang dengan akidah yang benar.

5.

Setiap orang yang beriman hendaklah (a)   bahawa Allah s.w.t akan memperkenankan doa yang dipohon dengan bersungguh-sungguh.

6.

(a)   ialah amalan mengingati Allah s.w.t yang amat disukaiNya.

7.

Di antara kesan baik apabila kita berzikir mengingati Allah s.w.t ialah akan mendapat (a)   jiwa.

8.

Untuk memperolehi sesuatu hajat dan cita-cita, umat Islam dianjurkan supaya berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah s.w.t. Perbuatan ini dinamakan (a)  

9.

Bertawakal kepada Allah s.w.t ialah kita yakin kepada (a)   baik daripada Allah s.w.t kepada hambaNya yang bertaqwa.

10.

Bertaubat menurut Islam ialah seseorang itu....................

[4 markah]

a)

menyesal dengan perbuatan dosa yang dilakukan.

b)

meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan.

c)

meneruskan perbuatan dosa yang sedang dan telah dilakukan.

d)

memperbanyakkan istighfar agar dosa diampunkan oleh Allah s.w.t.

e)

tidak mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukan.

11.

(a)   ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan nafsu yang tidak baik.

12.

Di antara cara bermujahadah untuk melawan nafsu yang tidak baik ialah dengan meningkatkan (a)   untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

13.

Perbuatan menilai diri atas setiap perbuatan yang dilakukan dinamakan sebagai (a)  

14.

Muhasabah diri ialah dengan cara ..........................

[2 jawapan]

a)

menilai dan melihat kehebatan diri.

b)

menilai dan melihat kekurangan diri.

c)

meneruskan cara hidup yang diamalkan.

d)

bertaubat atas kesilapan dan memperbaiki diri.

15.

Pegangan akidah yang benar hendaklah berlandaskan ...............................................................................................

[3 jawapan]

a)

nafsu

b)

ilmu

c)

iman

d)

amal

16.

Kepentingan amalan akidah menurut Islam ialah ........................ [3 jawapan]

a)

disanjungi oleh orang ramai.

b)

tunjang kekuatan umat Islam.

c)

benteng mengelakkan syirik, khurafat dan bida'ah.

d)

syarat utama amalan diterima oleh Allah s.w.t.

17.

Umat Islam yang melaksanakan amalan akidah menurut syarak akan beroleh (a)   daripada Allah s.w.t.

18.

Bagi membentuk (a)   sebagai muslim sejati, umat Islam hendaklah melaksanakan amalan akidah mengikut syariat.

19.

Pelaksanaan amalan akidah yang benar mengikut kehendak syarak akan menentukan (a)   di dunia dan di akhirat.

20.

Pelaksanaan ibadah tanpa pegangan akidah yang betul akan menyebabkan .................................... [ 3 jawapan]

a)

amalan diterima oleh Allah s.w.t.

b)

amalan ditolak oleh Allah s.w.t.

c)

mudah terjebak dengan syirik, khurafat dan bida'ah.

d)

mendapat kemurkaan dan azab daripada Allah s.w.t.

21.

Amalan berdoa memohon (a)   hanya daripada Allah s.w.t merupakan amalan yang membuktikan pegangan akidah yang benar.

22.

Untuk membuktikan kita sebagai umat Islam yang berpegang dengan akidah yang benar ialah kita akan (a)   apabila beroleh kejayaan mahupun menerima ujian daripada Allah s.w.t.

23.

Setiap umat Islam yang beriman hendaklah berusaha menjauhkan (a)   yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

24.

Amalan tilik nasib atau ramalan bintang kelahiran merupakan perbuatan yang tidak berlandaskan (a)   yang benar.

25.

Orang Islam yang beriman akan membuktikan pegangan akidah yang benar dengan sentiasa (a)   dengan ketentuan Allah s.w.t.