Font size
WorksheetsLATIHAN DAN PENDIDIKAN 3
Total questions: 63
Worksheet time: 34mins
Yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?
I Badan yang sama menjalankan kuasa kerajaan
II Sesuatu pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan
lebih daripada satu bidang kuasa pemerintahan
III Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu
tindakan yang diambil oleh sesuatu komponen kerajaan
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa
yang dimiliki oleh pihak yang lain
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Siapakah pelopor kepada idea untuk mewujudkan Sistem Doktrin Pengasingan Kuasa?
Leonardo Daa Vinci
Monstaqueiu
Abraham Lincoln
Talcott Parson
Berikut merupakan sebab-sebab mengapa doktrin pengasingan kuasa diamalkan dalam sistem pemerintahan negara, kecuali
Tidak berlaku pertindihan kuasa antara badan-badan yang sedia ada
Pemerintahan negara lebih sistematik dan tersusun
Tidak wujud pemusatan kuasa
Salah satu strategi pemimpin dalam mengawal kuasa sedia ada
Komponen Parlimen Malaysia terdiri daripada:
i) Yang di-Pertuan Agong
ii) Perdana Menteri
iii) Dewan Negara
iv) Dewan Rakyat
i, ii, dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
iii dan iv sahaja
Berikut merupakan Syarat untuk layak menjadi ahli Dewan Negara
i) Tidak kurang dari 30 Tahun
ii) Bukan seorang Muflis
iii) Tidak mempunyai rekod jenayah
iv) Warganegara Malaysia
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
i, ii, iii dan iv
Tugas-tugas dewan negara merujuk kepada
i) Membahaskan RUU yang diluluskan oleh DR
ii) Memulakan sesuatu RUU termasuk yang melibatkan kewangan
iii) DN berkuasa untuk menolak RUU yang diluluskan di peringkat DR
iv) DN tidak boleh meminda RUU sekiranya tidak diterima oleh DR selain mengkaji semula
i dan iv
ii dan iii
i dan ii
iii dan iv
Kelayakan menjadi ahli dewan Dewan Rakyat ialah
i) Warganegara dan tidak kurang 21 tahun
ii) Waras Fikiran
iii) Bukan seorang muflis
iv) bersih dari rekod jenayah
i sahaja
i dan ii
i, ii dan iii
Kesemua jawapan di atas
Demokrasi berasal daripada 2 patah perkataan Greek iaitu Demos dan Kratos yang membawa maksud?
Rakyat & Kuasa
Suara & Kuasa
Rakyat & Suara
Suara & Pimpin
Konsep terpenting tentang Doktrin Pengasingan Kuasa ialah
Badan eksekutif mesti mempunyai kuasa membuat undang-undang dan menguatkuasakanya
Badan perundangan mesti mempunyai kuasa untuk menghukum individu atau pihak yang melanggar undang-undang yang digubal
Badan kehakiman mesti mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar awam
Badan yang sama tidak semestinya bertanggungjawab untuk membuat undang-undang , menguatkuasakannya dan menghukum pihak yang melanggarnya
- - Mengisytiharkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan tidak sah
- - Mengiystiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah
Antara senarai berikut, yang manakah berkaitan dengan kuasa berikut ?
Perundangan
Perlembagaan
Kehakiman
Eksekutif
Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa?
i. Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
ii. Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan
iii. Menghadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman
iv. Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah antara yang berikut merupakan tujuan pengasingan Kuasa di Malaysia?
i. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
ii. Mengehadkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
iii. Mengekalkan ciri sebuah negara Persekutuan
iv. Menghasilkan sistem pemerintahan negara yang cekap
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah pernyataan di bawah merupakan amalan pengasingan kuasa di Malaysia?
i. Mahkamah Tinggi berfungsi sebagai badan pentafsir undang-undang
ii. Jabatan Pengangkutan Jalan berfungsi melaksanakan tugas sebagai penguatkuasa undang-undang
iii. Semua rakyat dan warganegara Malaysia boleh menjadi calon dalam pilihan raya kecil atau umum
iv. Rakyat Malaysia bebas memohon jawatan kosong yang diiklankan oleh pihak kerajaan dan swasta mengikut kelayakan akademik
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan kuasa?
i. Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
ii. Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
iii. Setiap komponen kerajaan bertindak tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain
iv. Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberi kepada bahagian lain
i dan ii
ii dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Yang manakah benar tentang konsep pengasingan kuasa di Malaysia ?
Mengasingkan semua bidang kuasa negeri dengan persekutuan
Memisahkan kuasa pemerintah persekutuan dengan Kerajaan Tempatan
Mengasingkan kuasa pentadbiran bagi penggubal dasar kerajaan, pengadil undang-undang dengan penggubal undang-undang
Mengasingkan kuasa Kerajaan Tempatan dengan Kerajaan Negeri
Konsep Doktrin Pengasingan Kuasa memperjelaskan
Pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Pengasingan kuasa antara Parlimen, Kabinet dan Mahkamah
Pengasingan kuasa antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri
Pengasingan kuasa antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Rendah
Yang manakah ciri sebuah negara?
Perlembagaan yang utuh
Simbol kenegaraan yang jelas
Sempadan negara yang diakui
Ketua kerajaan dipilih oleh rakyat
Yang manakah merujuk ciri konsep asas sebuah negara?
Raja berdaulat
Penduduk yang tetap
Sistem ekonomi yang mantap
Sistem kerajaan yang tersusun
Yang manakah benar mengenai Kerajaan Malaysia?
Perdana Menteri ialah Ketua Negara
Kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh Parlimen
Sistem pentadbirannya ialah sistem Kerajaan Persekutuan
Kerajaan terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Secara umum,sesebuah negara mempunyai unsur - unsur berikut iaitu ...
sempadan wilayah yang tetap dan jelas
penduduk berbilang bangsa
penduduk yang tetap
sistem pemerintahan atau kerajaan yang teratur
Gabungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah bertepatan dengan sistem kerajaan apa?
Kerajaan persekutuan
kerajaan kesatuan
kerajaan konfederasi
kerajaan autokrasi
Parlimen Malaysia adalah berbentuk dwidewan yang merujuk kepada 2 dewan iaitu ?
Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
Dewan Negara
Dewan Kerajaan
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap Dewan Rakyat?
Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecat Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Meluluskan rang undang-undang yang dibengtangkan dalam Dewan Rakyat
Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
Pengundian dijalankan
penamaan calon pilihan raya
keputusan pilihan raya diwartakan
mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
diluluskan oleh Majlis Parlimen
disahkan oleh Badan Kehakiman
diwartakan sebagai Warta Kerajaan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah akan menyebabkan seseorang ahli parlimen hilangkelayakan sebagai ahli dewan ?
Telah memohon kewarganegaraan asing
Telah sabit kesalahan lalu lintas dan didenda RM 1500
Telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Malaysia
Tidak hadir dalam persidangan parlimen selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran parlimen
Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
pengundian dijalankan
penamaan calon pilihan raya
keputusan pilihan raya diwartakan
mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya
Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?
Majoriti mudah Majlis Parlimen
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
Yang manakah antara berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri?
Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan
Undang-undang Persekutuan dan undang-undang Negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan
Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang Negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja
Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum secara langsung?
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Negara
Ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli Kabinet
Badan perundangan persekutuan ialah
Senator
Majlis Raja-Raja
Parlimen
Yang Dipertua Negeri
Dalam Pilihanraya 2008, Encik X bertanding dalam kawasan parlimen Y dan memenangi kerusi tersebut
yang manakah antara pernyataan yang berikut benar tentang Encik X
i Dia dikenali sebagai ahli Dewan Rakyat
ii Dia boleh menjadi ahli Dewan Negara
iii Dia boleh dilucutkan jawatannya oleh Perdana Menteri
iv Dia boleh dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Berikut merupakan Mahkamah Atasan KECUALI
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Majistret
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah yang melanggar hukum hakam Agama Islam seperti
Khalwat zina
Mengamal ajaran sesat
Tuntutan penceraian
Nusyuz
Pilih TIGA bidang kuasa berkaitan Mahkamah Tinggi
Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen
Kemuflisan
Pembatalan kontrak
Pertikaian antara tuan rumah dan penyewa
Pilih pernyataan tepat berkaitan perkara yang melibatkan pertelingkahan antara pihak majikan, pekerja dan kesatuan pekerja
Mahkamah Koroner
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Tentera
Yang manakah tepat berkaitan writ ?
Bukti yang menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan
Dokumen rasmi untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah
Perintah bertulis mahkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu
Mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes
Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau boleh ditahan oleh polis melalui beberapa cara iaitu
Perintah waran
Waran tangkap
Perintah saman mahkamah
Tangkapan tanpa waran
Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa kehakiman?
sesuatu kes di Semenanjung Malaysia perlu dibicarakan di Mahkamah Rayuan sebelum kes itu dirayu kepada Mahkamah Persekutuan
sesuatu kes di Sabah dan Sarawak tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sebelum kes itu dirayu ke Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mendengar kes-kes rayuan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
Mahkamah Seksyen berkuasa membicarakan semua kes kesalahan sivik dan jenayah
Mahkamah yang manakah tidak menjatuhkan hukuman?
Mahkamah Khas
Mahkamah Koroner
Mahkamah Majistret
Mahkamah Tentera
Yang manakah tugas badan kehakiman?
meluluskan undang-undang negara
menggubal undang-undang negara
melaksanakan undang-undang negara
menentukan kesahan undang-undang negara
Antara berikut, yang manakah merupakan kuasa Mahkamah Persekutuan?
memutuskan sebarang pertikaian antara mahkamah rendah
berkuasa meminda Perlembagaan Persekutuan
mendengar rayuan ulang bicara kes sivil atau kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
memutuskan persoalan perlembagaan yang ditimbulkan dalam perbicaraan di mahkamah lebih rendah
Manakah antara kesalahan berikut dikategorikan sebagai kes jenayah?
meminta ganjaran dan saguhati daripada pelanggan
menuntut harta warisan daripada kedua-dua ibu bapa
tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman perumahan
mencuri maklumat akaun dan peribadi pelanggan melalui internet
Prosiding dibuat secara tertutup berkaitan dengan?
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Syariah
Mahkamah Juvana
Antara berikut, manakah perbezaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah lain?
mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah di mahkamah di bawahnya
menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan
menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya
Mahkamah yang manakah yang kes rayuannya boleh didengar di Mahkamah Tinggi ?
i. Mahkamah Khas Raja-raja
ii. Mahkamah Perusahaan
iii. Mahkamah Syariah
iv. Mahkamah Juvana
i dan iii
i dan iv
ii dan iii
ii dan iv
Kuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang dilaksanakan oleh
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Khas Raja-Raja
- - Mengadili semua kes jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati
- - Mengeluarkan saman, waran dan perintah mahkamah
- - Mengadili tuntutan kes sivil tidak melebihi RM250 000.00
Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah Persekutuan
Jika berlaku pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan , pertikaian tersebut boleh diselesaikan di
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Tinggi
Tribunal Khas
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret terbahagi kepada
Mahkamah Majistret Kelas Khas
Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah Majistret Kelas 2
Mahkamah rendah terbahagi kepada
Mahkmah Sesyen
Mahkamah Majistret
Mahkamah Tinggi
Bukti seseorang yang menunjukkan tidak berada di tempat kejadian ialah
Sapina
Habeas Corpus
Prima Facie
Alibi
Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen.
Pernyataan di atas membawa maksud
semua anggota Parlimen mesti mematuhi arahan Kabinet
semua anggota Kabinet sama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan Kabinet
semua anggota Kabinet secara individu bertanggungjawab kepada Parlimen
semua anggota Kabinet mesti menghadirkan diri di Parlimen
Antara yang berikut, yang manakah anggota Kabinet?
I Yang di-Pertuan Agong
II Perdana Menteri
III Timbalan-timbalan Menteri
IV Menteri-menteri
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah tugas Kabinet?
Melantik setiausaha politik
Merancang dasar pembangunan negara
Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan
Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan
Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, beliau boleh
membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja mengikut budi bicaranya
memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya umum
mengekalkan jawatannya sehingga tempoh Parlimen tamat
meletakkan jawatan bersama-sama menteri Kabinetnya
Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri ?
I Mengetuai Jemaah Menteri
II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri
III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
IV Memohon kepada Yang di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam persekutuan?
Ketua kerajaan
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Kementerian
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
Semua pernyataan berkaitan Perdana Menteri (PM) di bawah adalah benar KECUALI
PM mestilah seorang anggota Dewan Rakyat
PM ialah ketua eksekutif negara
PM memegang kuasa eksekutif
PM mempengerusikan Kabinet
Badan penggubal dasar tertinggi Kerajaan Persekutuan ialah
Kabinet
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian
Jabatan Peguam Negara
Berikut merupakan tugas barisan kabinet kecuali..
mentadbir Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa
membuat dasar kerajaan
mengesahkan satu undang-undang negara
bersama membentuk dasar koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif
Apakah syarat kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara? (Pilih jawapan lebih dari satu)
Mestilah berumur 30 tahun ke atas
Dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri
Dilantik atas perkhidmatan cemerlang dan sumbangan dan jasa yang banyak kepada negara
Tempoh keahlian selama 5 tahun
Ahli Dewan Negara dikenali dengan gelaran ____________.
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Arif
Senator
Yang Di Pertua Dewan
